Jumaat, 22 April 2011

Atok di taja!!

Ha, kau jangan jeles wokey. Even atok ni orang kata "rumah kata pergi, kubur kata mari", tapi masih ado lagi orang nak spedo atok tau. Kau ado?? *matiler riak!

Ceritanya bermula apabila Pengurus felda ni singgah rumah ke rumah kat kampung atok tu. Pengurus ni orang baru then dia nak beramas-tamaslah dengan penduduk kan. So, dia buat lawatan. Atok lupo nak bagitahu, atok ni anak peneroka felda. Lahir dan membesar kat felda. Zaman kanak-kanak sampai remaja kat felda. Sekolah pun kat felda. Kalau sakit domam pergi klinik kat felda. Nama kampung atok tu Felda Palong 5.

Dulu atok susah. Nak beli buku rujukan pun susah nak dapat. Apatah lagi nak poie sekolah tadika. Atok terus masuk darjah satu tau. Sodih tengok kawan-kawan masuk tadika. Baju sekolah, kasut sekolah setahun sekali baru berganti. Tapi atok sentiaso sematkan kat kepalo atok ni, ado yang lagi susah kat luar sana. Langsung tak mampu bersekolah.

Budak-budak sekarang makan mewah-mewah. Spagethi, pizza, chicken chop, secret recepi, makanan-makanan orang puteh. Atok dulu makan nasi lauk telur kicap ngan ikan masin yo. Kadang-kadang kutip sayur kangkung, pucuk ubi, yang tumbuh melata di tepi jalan. Masa sekolah rendah bawak duit belanja 30 sen dah cukup. Beli mee 20 sen. Air 10 sen. Kadang-kadang atok bawak bekal. Duit tu boleh simpan. Tapi alhamdulillah, kesusahan tulah yang telah menjadikan diri atok seadanya sekarang. Atok bersyukur dilahirkan begitu.   :'-)

Haa, senyum balik...Tak moo sedih2. Itu cerita lama. Sekarang ni, atok dan adik-beradik yang lain ada usahakan tanaman cendawan tiram. Kalau nak ikutkan, kami dah mula dekat 2 tahun secara suka-suka. Tapi mula serius since bulan Julai tahun lepas. Alhamdulillah, nak kata hasil tu berlambak tak jugak. Cukuplah untuk kami beli barang dapur dan lepas lah duit petrol. Sobab tu tiap-tiap minggu atok balik kampung walaupun jarak dekat 100 km sehala!

So, sebaik sajok si Pengurus felda ni tadi datang rumah atok, dia tertarik dengan bangsal kat belakang rumah tu. Dio koba camni
"Ini tompek apo ni,"kata Pengurus.
"Cendawan tiram. Anak-anak sey yang usahokan,"koba ayah atok.
"Lah, kenapa saya tak tahu pun?"  (ni lah dikatokan ketuo kampung tak buek kojo. Padahal ketuo kampung dah tahu kewujudan projek tu. Tapi tak disampaikan kat Pengurus.)
Pengurus to koba kat ayah atok lagi, nanti buat kertas kerja permohonan peruntukan tambahan kat felda. Senaraikan barang-barang yang nak beli. Nak besarkan projek pun boleh. Dia tak boleh bagi tunai takut aku songlap. Tapi dia boleh bagi peralatan je. Maksimum boleh mohon sehingga RM 10,000! InsyaAllah boleh lepas katanya. Terkejut atok. Terharu pun ada. Syukur alhamdulillah.

Itulah, sama seperti perumpamaan ibu singa yang mengajar anaknya memburu. Si ibu hanya menunjukkan sekali saja then pandai-pandailah anak tu memburu sendiri lepas tu. Tapi "singa" sekarang ni manja. Tak payah memburu. Dah terhidang daging depan mata. Mewah. Sebab tu takda "skill memburu".

Susah-susah dulu tulah yang banyak mengajar kami sentiasa berusaha untuk dapatkan sesuatu. Kami dah dididik sejak kecil lagi. Kalau kau nak, kau usaha sendiri!



Ingat! Kalau nak impian tercapai, usahalah sendiri....kita tak semestinya sentiasa berada di atas....dan tak semestinya selamanya berada di bawah....

34 ulasan:

Faisya berkata...

really? wah, alhamdulillah..murah rezeki :)

KUREKURE COMEL berkata...

owwhhh..duduk kat palong 5 ruponyo..hehehe...


apak mina keje felda..hehehe...
dulu apak pernah duk kat pasoh 2...



ramai sedara mara dekat palong tu ha...hehehe...


takpo tok...tu namonye rezeki...
alhamdulillah...

mcm ni lah berkata...

dah dokek dah tu tok den gemoncheh ajo,.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..tahniah tok..owh felda palong 5 eh ? dekat tuh hu2.

Unknown berkata...

Tahniah Atok! Nnt nak gi melawat bangsal cendawan atok boleh?

faiz berkata...

wahh..tu rezeki namo eiyh atok..lopeih ni bleyla berkombang tanaman cendawan atok...

p/s-cendawan tiram ni permintaan tinggi tak...modal banyak tak nak mula..

Aziela berkata...

La..Palong 5 rosan eh..den dulu kek palong 11... waa..ini namo eh joki ni tok... Alhamdulillah... Moga teruih maju yo..

aeshcame berkata...

hehe yke..pato atok hepi je lately..congrats!

sahromnasrudin berkata...

atok bilo dah kayo belanja semua cucu2 atok keepsi ya

Park Min Rin berkata...

alhamdulillah..rezeki atok..
atok hebat!! gambate.. :)

wanacesh berkata...

wah bestnyer,,dah rezeki atok tu,,rasa mkin semangat je baca citer atok,,kiter pon nak jugak bisnes sendiri,,

teacher bonda berkata...

alhamdulillah tok..blh la TB order sebakul dua cendawan tu ye..:)

LadyBird berkata...

atok.. kito belanjo samo.. 30sen jo sari2 kek skolah.. tp zaman lady dh xleh beli mee goreng ngn harga 20 sen.. xdok org jual.. :P lady simpan jer duit tu dlm tabung..

p/s : takpo tok.. nanti2 kalu tok kayo.. tok beri kek org2 miskin yo.. palong limo tu kat pahang ko atok?

~Nabilah~ berkata...

waaa..alhamdulillah.....x lme lg,kaya le tok nie ar....hehehe

blog-tips-kurus berkata...

ape lg tok, hadiah GA cendawan atok la. fiwitt!!!
*cucu no 7 aka JemsBon x mo kfc, tapi nak jajan lain. :-)

Unknown berkata...

Faisyah : Alhamdulillah

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ha, palong bapo tu Mina?

Unknown berkata...

mcm ni lah : Laa, duk gemoncheh?

Unknown berkata...

Novelgurl : NG duk mano?

Unknown berkata...

Pirate ; Bulih. Sewa bas. Kita buat lawatan sambil belajar. Huhu

Unknown berkata...

faiz : Modal tak sampai 10k. Tapi 1st musim dah pulang modal + untung sikit. Next musim (intake), dah 100% dapat untung. Market ok faiz

Unknown berkata...

Aziela : laa. akak duk palong 11?

Unknown berkata...

aeshcame : Atok pun baru tahu ni

Unknown berkata...

sahromnasrudin : InsyaAllah. doakanlah rezeki kito sumo murah. Bukan keepsi, mek donel pun atok belanjo

Unknown berkata...

MY SouL My HeArt : Mokasih MY SouL My HeArt =)

Unknown berkata...

wanacesh : Ha boleh2...tapikan wanacesh mesti ada minat. Baru bisnes tak separuh jalan

Unknown berkata...

teacher bonda : Bulih2....hehe...alhamdulillah rezeki adik-beradik

Unknown berkata...

LadyBird : Sekarang mee 70 sen...rm1 pun ado....insyaAllah, itulah niat atok klu betul la rezeki melimpah nnt....palong tu N9...sempadan n9-johor...dokek gemas

Unknown berkata...

~Nabilah~ : Amin. Masin mulut~Nabilah~

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Aiyo GA ek..nanti atok kasi mumia cendawan tu dulu eh....hihi

Tanpa Nama berkata...

>> saya pon anak felda jugak, hidup felda!

Unknown berkata...

myazuluv : sama gak eh. Yes! idup warga felda...hehe

Salfiza berkata...

sbnarnye dah lama baca entri ni tp baru hari ni sempat nk komen...hihi

sgt terharu dgn kesungguhan atok~
semoga usaha murni atok dpt keberkatan dunia akhirat...gambatte atok!hoho

Unknown berkata...

Salfiza : Amin. Mokasih Sal. Itulah, banyak cabaran atok dah lalui. Tapi ni belum betul2 berjaya lagi ni. Ada lagi yang bakal menanti

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih