Ahad, 3 April 2011

62 pegawai kastam ditahan setakat ini - SPRM

02/04/2011 6:31pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi ‘Operasi 3b’ setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.
Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta,” katanya.
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata, operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. - Bernama

Sumber : Kosmo

8 ulasan:

faiz berkata...

nape semenjak akhir2 ni ramai sgt kena tangkap sprm..ade kaitan ngan pilihan raya ke..saje je nak timbulkan provokasi...heheh

Tanpa Nama berkata...

ape kejedh enth..adess

blog-tips-kurus berkata...

sorg staf AG kat Seremban bakal ditangkap ni. hehe!!!

KUREKURE COMEL berkata...

waduh2....mmg perangi habis habisan tu...

Unknown berkata...

faiz : Biasolah tu faiz. Nak pilihan rayo macam2...

Unknown berkata...

Novelgurl : Atok pun tak tahu ujung punco

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : errkk! sapo?

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Tahu xpo. Takut tembolang pocah!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih