Rabu, 23 Mac 2011

Day 3 KKWT

Last day kat tompek kursus tu sungguh membahagiakan.  Makanan terakhir kami adalah nasi ayam yang tinggal kepak. Pukul 2.30 bas dari tempat kursus pun gerak ke KL Central. Dalam bas tu, atok nonton cito porno Khurafat. Sebelum ni atok nonton khurafat hasil muat turun di internet. Maka paham-pahamlah. Nama pun dunload, so teknik pencahayaan yang gelap sehinggakan tak dapat nak cam mana satu hantu, mana satu tiang.

Tetiber pulak hujan turun renyai-renyai. Aircond dalam bas sojuk. Apo laie, nak membeserlah! Pakcik bas sungguh nakal kerana tak mau benti di mana-mana stesyen minyak. Last2, tahan punyo tahan sampai KL Central. Destinasi sulung yang ditujui tentulah toilet. Dah lega tu, pastu terus boli tiket komuter balik ke Somban. 

kebetulan, time komuter tu sampai waktu puncak. Orang balik kojo. Nah! apo laie. Pelbagai aroma herba dari Afrika munusuk-nusuk lobang idung atok. Terhimpit-himpit sana. Teraba-raba sini. Komuter buat corner maut, kami dalam tu tertunggang-langgang. Sungguh menyeksakan. Siap ada makcik pengsan lagik dalam tu. Kesian...

Akhirnya, penantian pun berakhir. Tibo jugak sampai ke Somban dalam 7 lebey. Pastu dari stesten KTM atok terus jalan kaki ke opis sobab bobot parking kat situ. Pastu terus singgah Giant Senawang boli barang. Then atok tersekodeng pulak pemaju perumahan baru kat situ. Usha punyo usha, then amik pamplet. Esok lusa atok turun site nak p survey. Ok! Inilah entry paling takda mood sekali atok ponah buek. Sungguh bosan. Ha?? Bosan? Makin hari makin bosan? Hope minat utk berblog tu tak hilang terus....jumpo laie esok!......InsyaAllah,

12 ulasan:

Park Min Rin berkata...

ooo..atok berkurus yo.. padan la jarang nampak atok.. chaiyok tok chaiyok!!

faiz berkata...

atok ckp entry ni bosan tapi den nak buat entry camni pon dah susah...kalo atok hilang mood habisla blogger nogori hilang mood..

KUREKURE COMEL berkata...

hehehe...penuh dugaan tu..mesti atok lalu tmpt mina td kan...kihkihkih....

Unknown berkata...

Atok jom kita poie makan! Atok blanjer

Cik Rimau berkata...

ala atok.. jgn la hilang minat nak berblog nie.. nnt cucu2 atok yg ramai ni sure rindu kt tok.. hehehe

Sham berkata...

waa suko botoi ekau dongan kursus yo...

Unknown berkata...

MY SouL My HeArt : haah, tapi kojap yo lah

Unknown berkata...

faiz : Chaiyok2! atok kono bangkit semulo..thanks faiz =)

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Mina Kuala Selangor ek...cantik tempt situ kan

Unknown berkata...

Pirate : Atok belanjer Pirate bayar ek...

Unknown berkata...

Cik Rimau : Yolah2, atok bangkit semula ek. Thanks...

Unknown berkata...

Sham : Sukolah. Tak yah pikir kojo

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih