Isnin, 21 Mac 2011

Day 1 KKWT

Tu dia. Atok sekarang berada di Sabak Bernam. Menjalani kursus KKWT. Akan berado kek sini sampai 22.3.2011. So, kalau atok lambek reply komen tu paham-paham la yo. Maso kat sini padat. Dari pagi sampai ko malam. Balik kelas haku terus koma atas katil sampai esoknya. Nasib baik atok punya roomate tak sumbat hidung atok pakai remote astro sobab tido berkeroh. Ini pun atok cori2 masa terluang sikit nak hapdet.

Sepatutnya day 1 tu semalam punyo cerita. Ini dah day 2. Atok backdated la yo. Al-maklumlah, atas alasan seperti di atas tu. Atok poie Sabak Bernam dengan bas jabatan. Tapi memula tu naik KTM kek Seromban kul 1.00 dan turun kek KLCentral. Sepanjang atok berada dalam train tu, pelbagai bangsa berada dalam tu. Hendon ado, Bangla ado, Myanmar ado, Kemboja ado, macam-macam ado. Inilah yang dinamakan sebagai 1Malaysia ya tuan/puan.

Sampai kek KL Central, atok terus tunggu bas jabatan kek aras 1 terminal udara. Masa tu hujan lebat giler. Kilat sabung-menyabung. Guruh dentum kababom. Sejuk time tu. Tunggu punya tunggu, akhirnya bas pun sampai. Koba sampai kul 2.00 ptg, tompi kul 2.45 baru bas sampai. Yolah, jalan sosak. Budak baru habih coti sekolah. Dan bermulah sesi pra perkenalan dengan penghuni bas itu. Atok dikelilingi teman dari Sarawak. Kamek sayang kitak. Erkk!

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam kot. Kami singgah dulu kek BNO. Sini mee hudang sodap. Mee 3 helai, hudang je sepinggan. Puas atilah kalau kau makan. Meja atok sumo budak Sabah Sarawak. 4 Sarawak, 1 sabah, 1 nismilan. Nismilan tu atoklah merangkap wakil semenanjung. Atok terasa diri ini seperti ugly duckling.

Walaupun atok banyak terngaga sebab tak berapa nak paham loghat diorang, tapi atok cuba pahamkan gak. Diorang gelak, atok pun gelak. Main gelak je haku kan. Ntah2 diorang pakat gelakkan haku tak? Tapi apa2 pun diorang memang besh. Ok, ler tu je peristiwa day 1. Esok atok cer ceghiter day 2 plak yo. Atok nak membuto jap. Sat lagi kelas sampai malam. Papai sume....Cayang cucu den!

11 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

hehehe....sempat lg tu....
wahhhh..sabak bernam...dekat dah tu...kihkihkih....

Mawar Merah berkata...

Menyempat ajew atok nie..

faiz berkata...

tg mmg byk udang eih tu..mee 2-3 helai je..heheh

Unknown berkata...

mak aih..kalo dorang dok sumbat remote astro..susah ar nk tekan2 pasni...

hurm..sabak bernam...jauhnya..

Cik Rimau berkata...

atok berdengkur ke?? hak3.. atok, salah la.. bukannye 1malaysia... 1dunia dah malaysia nie.. hehe

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Mina kat Kuala Selangor ek

Unknown berkata...

Mawar Merah : Hihi, atok smpt bukak lptop dalam maso 15 minit je tau. Sebab tu tak sempat balas komen

Unknown berkata...

faiz : Sepinggan faiz. Melimpah-limpah udang eh

Unknown berkata...

chii : Tepaksolah tokan2 idung atok plak. Hehe

Unknown berkata...

Cik Rimau : Atok mano tahu atok tido berdengkur. Huhu. Haah, pusat pengumpulan DNA semua bangsa di dunia.

tosat berkata...

site d'origine Dolabuy Loewe En savoir plus ici réplique dolabuy allez vers ces gars Dolabuy Chrome-Hearts

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih