Isnin, 28 Mac 2011

Antara Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma IPT, Ijazah IPT, Maktab Perguruan, GIATMARA @ ILP, Politeknik, Kerja, SPA


Tu dia. Haku nak jadik pakar kaunseling kali ni, bleh? Atok tahu pasti adik2 kita sekarang tengah musykil + di dalam dilema tahap kronik memikirkan apa yang patut menjadi pilihan mereka lopeh SPM nih. Tahniah bagi yang berjayo dalam SPM. Dan pado yang kurang bernasib baik, takpo cubo laie. Ingat! SPM bukan menjanjikan kecermerlangan dalam hidup TAPI memudahkan perjalanan untuk berjaya.


Kita amek perumpamaan ni, Sudin ingin menyeberangi sungai. Nasib dia baik sebab kat sungai tu ada jambatan. Usop pulak nak menyeberangi sungai juga. Tapi sungai yang Usop nak seberang tu, xdo jambatan. Anggaplah kecemerlangan SPM tu sebagai 'jambatan'. So, bagi orang yang macam Usop tu, bukan bermaksud kamu tak boleh menyeberagi sungai tu langsung, boleh. Tapi agak mencabar sikit. takpa, mencabar2 pun asalkan boleh ke sana kan. Banyak cara untuk ke sana (kecemerlangan).

Dalam banyak2 pilihan tu, atok ponah masuk form 6, politeknik, dan Ijazah IPTA. So sikit sebanyak atok dah ada pengalaman kan untuk dikongsikan dengan kalian. Semua pilihan tu ada pro n kontra. Hanya kita yo yang pilih mana satu berkonan dek hati.

1. Matrikulasi
Jaman atok dulu matrikluasi ni setahun je. Kalu tak silap sekarang ado pilihan 2 tahun dan dalam english.
Kelebihan : Bagus gak sobab maso pun singkat then leh sambung ijazah kat mano2 IPTA. Silibus ringan dan tak tensen kan kepalo sangat.
Kelemahan : Kalau fail, sijil matrikulasi tu tak laku langsung. Kawan atok ponah fail. So, dah membazir masa dan wang kat situ.

2. Tingkatan 6
Atok ponah masuk sampai amik STPM jurusan sains fizikal. Atok BI tak kredit. So, tak layak masuk Matrikulasi. Hancusss harapan den.
Kelebihan : Kau akan bina personaliti kat sini. Atok belajar sifat kepimpinan, soft skill, komunikasi kat sinilah. Jaman atok fully english. So, english atok super improved! Yuran murah giler siap ado biasiswa bagai. Sesapa yang perform well masa form 6, nanti masa sambung digri sonang idup kau. Benda tu penah belajar maso form 6.
Kelemahan : Membazir masa 2 tahun kat sini. Pastu kalau fail terpaksalah guna keputusan SPM. Berisiko sangat. Kau kena belajar 2 tahun tu then kena hadapi peperiksaan besar (tak ikut sistem semester). Mampuih keringlah kau kalau tak b prepared.

3. Diploma IPT
Yang ni termasuklah IPTA/IPTS. Atok dulu tak isi borang ni. Dulu pakai borang dan pos. Aku dah beli borang tu pastu tak tahu plak dah keluar. Last2 dapat tahu dah tutup. Adeiii. Dugaan2.
Kelebihan : Tak tertekan sangat sebab ikut sistem semester (setiap semester ada exam). Klau IPTA tu yuran murah sikit nak2 UiTM. Kalau swasta tu paham2 lah (better amik form 6). Nanti klu ada rezeki nak sambung ijazah, boleh dapat pengecualian kredit. So, jangka masa ijazah tu akan singkatlah. Kalau malas nak blaja lagi, boleh guna diploma ni untuk keja.
Kelemahan : Lama gak. 3 tahun! compared dengan matrikulasi dan form 6.

4. Ijazah IPT
Kalau dapat kau terus pergi! Tapi tengok kos jugak k. 

5. Maktab perguruan
Kalau kau minat nak jadi cikgu, pergilah. Sekarang ni orang berebut-rebut nak jadi cikgu. Susah nak masuk maktab sekarang. So, kalau dapat pergi!

6. Politeknik
Lepas STPM atok masuk politeknik sobab STPM atok dapat 1A,1C,2D. Tak lepas syarat minimum 3P. Tapi ado gak kawan atok 2P dapat sambung ijazah. So, atok tak putus asa, atok terus amik politeknik.
Kelebihan : Kalau jadi kes macam atok, masuklah politeknik. Mungkin rezeki kita kat politeknik. Ada praktikal, so kau macam pisang hangus panas. Kerajaan dan swasta berebut-rebut nak amik kau sebab student politeknik dilengkapi dengan praktikal (latihan industri) selama satu sem. Tapi pastikan result pecah panggunglah. Senang nak sambung mana2 IPTA. Kalau malas nak belajar, boleh terus kojo. Yuran giler babai murah. Satu sem tak sampai RM 400 kot. Politeknik tip top seluruh dunia tau. Kat overseas pun ado.
Kelemahan : Jangka masa panjang. Kalau dapat tawaran direct sambung digri, pergilah digri tu.

7.Giatmara @ ILP
Kalau dah tak minat nak belajar, kau masuk giatmara/ILP. More to practikal. Ingat pesanan atok. Belajarlah selagi termampu. Lulusan giatmara/ILP ni boleh jadi usahawan berjayo tau. Silap2 kalah gaji kau yang lulusan ijazah ni. So, jangan pandang rendah kat mereka. Dilengkapi dengan praktikal so hangat dikalangan sektor swasta.

8. Kerja
Atok tak galakkan. Tak galakkan bekerja after SPM sobab nanti mesti malas nak sambung belajar. Melainkan kalau dapat tawaran kerja under kerajaan (SPA). Ok jugak. Bina tapak dulu then kalau dah ready boleh sambung belajar secara part time

9. SPA
SPA atau suruhanjaya perkhidmatan awam. Kau aply sini pun ok jugak. Kalau dah giler nak bekerja sangatkan. Takpun buat permohonan separa perubatan. Belajar diploma 3 tahun then confirm dapek kojo dengan kerajaan. Macam nursing, medical asst., pen. pegawai farmasi, dan lain2 lah.

So, ini antara yang bermain di fikiran atoklah. Pilihlah yang mano satu. Pilihan tu banyak cumo kita yo yang perlu pilih mana yang sesuai dengan diri kita. Mano yang terkurang tu atok mintak mahap la yo. So, buatlah pilihan anda sekarang. Ingat!!! Belajarlah setinggi mana yang termampu. Atok chauuu dulu yo...Papai!!!


26 ulasan:

attholib berkata...

Pilihlah ikut minat, kerana minat akan membawa kecemerlangan dan performance :) Tak gitu tok?

Tanpa Nama berkata...

Salam..oo..SPA oky gak tak. =)

faiz berkata...

yg penting ikut minat ngan result...ye tok...

KUREKURE COMEL berkata...

hehehe...politeknik best...
mmg laku gile...huhuhu...


semuanya bergantung pd rezeki...

Diya Edhayaa berkata...

pilih ikut minat, rase ley bwk..
ape2 pn, IPG di hatiku...
hehehe :D

Salwa berkata...

Kalo mengikut cara sye, i'll choose to study as further as possible. Namun masa dan umur sering tidak memberi peluang kepada kita di masa hadapan nanti. Untuk itu, saya lebih berminat mengambil peluang belajar yang mengambil masa lebih singkat dan cepat. Walaubagaimanapun, ikut rezeki..dan kemampuan masing-masing. Setiap orang cara rezeki nya berbeza. So, sentiasalah bersyukur dengan apa yang diperolehi. :)

Hani Nabilia berkata...

atok...saya amik dip pastu skrg smbong degree....tp pengalaman dip lagi best dr degre..bg sy dip sgt berharga...bnyk sgt2 praktikal!!! =))

Unknown berkata...

Mutalib attholib : Boto2 atok stuju! (padahal atok amik akaun kat poli~x minat waaaa)

Unknown berkata...

Novelgurl : SPA pun ok. Bina tapak dulu, Nanti kalu ado rejoki leh sambung belajar laie

Unknown berkata...

faiz : Stuju. Kalau minat, pasti result kencang

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Itulah, atok banggo jadi warga politeknik. hehe

Unknown berkata...

Diya Edhayaa : waaa, besh nye duk blaja kat IPG..jeles ni...hhu

Unknown berkata...

zaidatul salwa : Boto2. setiap yang berlaku tu ado hikmah. Allah dah siap2 susun life kita kan. Hanya perlu percaya pada takdir

Unknown berkata...

Daniela : haah. Dip memang besh. Sobab time tu kito masih muda remaja. Baru nak merasai keseronokan bergelar dewasa. banyak pengalaman manis. Hihi

azi nur berkata...

terbaikkk....i budak poli..huhuu

ong ong kedek kedek berkata...

tingkatan onam laa... susah, lamo tapi berbaloi dengan maso yg dilaburkan... kalau dah pemaleh poei mano pon samo jo...

Cik Rimau berkata...

cik rimau pon nak belajar balik.. huwaaaaa....

Unknown berkata...

azi nur : samo lah kito. Huhu

Unknown berkata...

republik n9 : Boto tu. Tingkatan 6 baguih, tapi kono rajin lah

Unknown berkata...

Cik Rimau : Cik Rimau mudo laie. Masih ado maso =)

misseiyQha berkata...

hyE tOk !!
atOk smBg poLi ijAzah trUs kErr..???

Unknown berkata...

LuRve ewAn : Tak, Masa batch atok dulu diploma lanjutan kat poli belum ditawarkan lagi. Skrg ni untugla

faiz berkata...

ak baru ne amik stpm tp dapat tawaran kerja under s.p.a..ak terus pergi r..ak paling muda sekali at pffice ak..huhuhu

Arif Fahmi berkata...

antara giatmara gan form 6 mne lg bagus?? sbb sye skrg giatmara tp dpt tawaran form 6...sye tah la..xtau nk pilih yg mne

Unknown berkata...

Arif Fahmi, kalau tanya saya...saya galakkan awk teruskan giat mara....sebab sekarang ni majikan lebih cari pekerja yang ada skill... :)

Unknown berkata...

faiz, good...skrg kerja susah dapat...nanti dah stabil, boleh sambung belajar :)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih