Isnin, 3 Januari 2011

Palong 7

Semalam atok poie palong 7 rumah kawan atok si Syukri. Tapi sebolum tu atok singgah rumah Sham kojap nak suruh dio tunjuk an rumah Syuk tu. Ini semuo perihal laptop atok melotup tak boleh nak on tu. Sampai-sampai yo rumah si Syukri tu, omak dio sambut dengan senyuman yo. Dari mulo sampai nak balik omak dio sonyum yo. Patutlah anak eh pun kaki sonyum. Mak borek anak rintik!


Pehtu, atok apo laie, keluar an Acer ngan Lenovo atok tu atas mejo Syukri. Err..tapi Acer dah tak jadi hak milik atok dah. Yang tak boleh nak start tu si Acer tu. Mengado-ngado pulak tak nak start. Ini gara-gara atok format la nih. Sebolum ni aku format takdolah dio buek hal. Kaji punya kaji (si Syuk ni graduan IT), then dio pandang atok. Tersengih laie. Memang murah senyuman kau ni. Dio koba kat atok camni.


"Ini mesti format tak habis ni an?,"tanyo dio. Atok pulak tersengih-sengih.


"Haah, slow bonar format. Dari pagi bawak nak tengahari camtu yo. Aku pun apo laie, cabut plug cabut bateri. Pehtu nak on balik terus kojol,"balas atok.


Sham ngan Dayah tersengih-sengih pulak. Semuo dalam rumah tersengih. Dayah dekat ngan rumah Syukri tu yang dia datang. Sham ngan Syukri ni pulak satu sekolah dan satu kompeni sekarang! Duo2 eksekutif mudo. Dayah pulak Pegawai Farmasi. (Dayah ko selalu baca blog aku kan? Ha hameek aku promote namo kau)


Yang Lenovo atok tu pulak gatal nak jahanam jugak. Dia takut aku berpaling tadah kat Acer. Acer tu dah jadi hak milik Nursila Ahmad wahai Lenovo oii. Kau jangan risau. Nak dapatkan ko bukan senang. Bulan ni aku makan papaya je pasal perabih duit beli ko. Ok, sambung balik. Yang Lenovo ni pasal isu Adobe Photoshop cs5 tak boleh nak crack full version tu. Asyik trial je. So, si Syukri ni pun godek-godek la. Dan hasilnya tadaaaaaa........tak berjaya!. Nanti ko tokey kodai pirate, aku bakar kodai kau jap lagi.

Borak punya borak kisah lama masa sekolah dulu. Masing-masing terkekeh-kekeh gelak. Rindu bangat seh. Nanti kito buek reunion kat Pusat angkasa antarabangsa, mau?

p/s : Atok dapek air kotak milo free. Syuk belanjo
^_^

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih