Rabu, 8 Disember 2010

Pokok perhiasan beracun

Assalammualaikum semua dan salam 1malaysia.                                                   Belum terlambat rasanya untuk Abang Joe mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga perpindahan kita daripada menjadi insan baik ke lebih baik lagi pada tahun ini, InsyaAllah. Baiklah, macam biasalah kali ini Abang Joe ingin memetik email untuk dikongsikan bersama kalian. Tajuk email kita pada hari ini adalah "Pokok perhiasan beracun !!!!"<----sila sebut mengikut intonasi Doraemon ya kalian!



Cuba kalian perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Macam pernah lihat tak? Tapi di mana ya. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau  di tempat letak kereta sila humban serta-merta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Ya 1 minit! 
Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan mata buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta-merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera atau letakkan jauh dari pandangan anak kecil.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Abang Joe : Namanya pokok ini Birah atau dieffenbachia sp. Ia bertoksik dan blh memudaratkan jika kita terkena getahnya. Ramai orang yang tidak tahu tentang bahaya ini.  Pokok ini amat bahaya terutama bagi kanak2,toksin daripada pokok ini mampu untuk membuatkan kanak-kanak menjadi lambat untuk bertutur dan bercakap. Jika kita tersentuh getah pokok ini, segera basuh! 
Sekian.

4 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

dah lame dpt emel psl ni..
elok pos laju kan pokok2 ni ke Israel nuuuuuu...

Anati Soki berkata...

atok.. jgn pengsan!!! heheehehhe.... nice one! menimba ilmu baru

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Haah kan. Biar lidah diorang bongkak2...kojam bona ngan orang Islam

Unknown berkata...

ANATI SOKI : samo2 kita sharing k...Sharing is wasting....erk!....caring!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih