Jumaat, 17 Disember 2010

Peluang untuk bertukar terbuka luas

Tu dia. Ini bukan cerita Ben 10 yang pintu gatenya terbuka luas ke dunia makhluk asing wokeh! Ini peluang terbuka luas untuk atok menukarkan diri menjadi Power Rangers ke tempat kerja baru. Kalau tak paham cito hujung pangkal, meh klik (sini)

Terlobih dahulu atok nak ucapkan tahniah tahniah dan tahniah! kepada kawan atok, si Donna Marlina Kinson. Kenapa? Kerana dia telah di up version mejadi PTD sekarang. Pegawai Tadbir Diplomatik. Waa, berkurun ler awak pergi induksi nanti Cik Madonna.

Berita baiknya, tempat dia bekerja sekarang iaitu di Kementerian P******** ****i automatiklah kosong an. Start minggu dopan kosong dah sobab arini last day Cik Madonna kita. Jadi atok pun cubalah cucuk jarum cari peluang. Bukan atok nak hamek kesempatan k! Dah peluang terbontang dopan bijik mato, atok grablah.

Atok pun bergegas telefon A* ***.
Kring kring......kring kring.....kring kring..........kring sampai kering aku dok menunggu orang angkat. Takde sapo pun yang sudi angkat panggilan atok.

Yelah, atok nak direct call person incharge perihal tukar-menukar ni. Dengan pantaslah atok bertindak takut ada orang bertindak lebih pantas dari atok. Pun tak dapat2 jugak. Atok syak musti diorang ada meeting atau talian bermasaalah.

Then atok tak puas hati nih, terus gak gigih membuka website Jabatan A******* N***** cari alamat email puan tu. Last2 jumpo. Atok terus email. Dia punya email sebijik segolek macam ni.


Assalammualaikum,

Nama saya Mohd Suhami bin Ahmad, P******* A****** W** dari Jabatan I********* Seremban. Terlebih dahulu saya nak minta maaf sangat-sangat pada Pn B*******. Sebenarnya saya cuba hubungi ** Putrajaya bahagian ***, tetapi tidak seorang pun yang menjawab. Atau mungkin masalah perhubungan talian.

Saya ingin bercakap dengan Pn Siti N****** binti ******** berkaitan hal permohonan perpindahan ke Putrajaya. Memandangkan tidak dapat menelefon, saya cari alamat email. Tapi tak jumpa. Hanya nama Pn saja yang ada. Saya minta jasa Pn untuk memaklumkan pada Pn Siti N******** bahawa saya ada tempat kosong di Putrajaya di Kementerian P******* ****i. Kawan saya telah ditawarkan jawatan PTD. Maka ada kekosongan di situ.


Boleh ke saya masuk situ? Minta tolong Pn sampaikan pesanan saya pada Pn Siti N******* ya. Minta dia email saya semula ke email ini atau telefon saya di 017-******3. Saya minta maaf sangat-sangat Pn.

Terima kasih

Tu dia. Seksa tak seksa nak bertukar. Nak tukar senang je sebenarnya. Kaweeen!!!
Tapi dengan muko atok yang huduh dan tunggu maso yo sumo batang gigi tertanggal, susahlah nak guno alasan kaweeen  tu.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih