Terlebih dahulu Tok Wan nak mintak mahap kat cucu-cucu Apo2 yolah. Yang sebona eh, maso cucu baco blog ni, Tok Wan dah lamo cabut poie obesi. Bukan takut kono belasah kat Suhami tapi ini atas kehendak peribadi. Tok Wan telah pun berhijrah ke eropah duo minggu lopeh. Nak main salji punyo pasal. Tok Wan raso seronok terus Tok Wan habiskan siso-siso hidup di perantauan. So, inilah imej terbaru Tok Wan. Takdo lagi Tok Wan pogang gitar. Walau macam mano pun imej Tok Wan, Tok Wan totap Tok Wan. Ado aku kesah?
Baiklah, kito terus pado topik utama yang ingin diperdebatkan kali ini. Pertanyaan ini datangnya daripada Zuli perihal anak-anaknya yang tiada aktiviti semasa cuti sekolah. Cikidout babeh!
"Kepada Tok Wan yang Zuli admire sampaikan simpan gambar Tok Wan bawah bantal. Tok Wan, Zuli ada masalah besar. Untuk makluman Tok Wan, Zuli adalah wanita bekerjaya di Kuala Lumpur. Suami Zuli pula ahli perniagaan. Kami telah dianugerahkan 3 orang anak yang comel. Dua lelaki dan seorang girl. Kami suami isteri memang jarang berada di rumah. Nak-nak lagi dah hujung tahun memang bertimbun-timbun kerja Zuli. Yang menjadi permasalahannya sekarang, musim sekolah telah bermula. Zuli tak tahu nak buat apa dengan anak-anak Zuli. Nak luangkan masa bersama pun susah sekali. Walaupun Bibik ada, tapi Bibik pun ada kerja lain. Kesian anak-anak Zuli Tok Wan. Macam mana???"
Jawapan Tok Wan
Ha...itu dia luahan hati seorang ibu ala-ala macam cito "10 things I hate about you"......Erkkk!
Baiklah terlebih dahulu Tok Wan berasa bangga dan terharu sekali kerana Zuli sudi memframe kan gambar Tok Wan yang hazab ni sampai terbawak-bawak tido. Tahniah Tok Wan ucapkan. Baiklah sayang, Tok Wan paham dengan situasi Zuli sekarang ni. Sebab dulu Tok Wan pun adalah wanita bekerjaya jugak. Tok Wan ado bisnes menternak kobau secara besar-besaran di daerah Kuala Pilah. Berkerjaya la gak an. Macam ni, dulu Tok Wan pernah alami situasi yang samo dan Tok Wan rasakan anak-anak Tok Wan sedikit terabai. Apo yang Tok Wan lakukan adolah ;
1. Cubo sedayo-upayo luangkan sedikit masa pada anak-anak.
Yang ni Tok Wan pahamlah kalau sibuk sangat. Tapi sesibuk mano pun kito, takkanlah tak ado maso nak berehat, tak ado maso nak makan minum, tak ado maso nak bersolat tu sumo kan. Makanya, masa yang terluang sedikit tu, cubo habiskan bersama-sama anak. Macam masa waktu lunch cubo telipon Bibik cakap lagi setengah jam bawak anak-anak ke Mek Donel contohnya. Dalam maso sejam tu cubo golak sakan, bergurau senda dengan anak-anak. Walaupun sekojap, tapi hati anak tu mesti riang + terharu gaban sobab sesibuk mano pun omaknyo, tapi sudi luangkan sikit maso.
Mak : Ko tahu, aku punya boss kat opis tu punyalah bla bla bla........ |
2. Kalau kojo kek opis bertimbun, bawak balik rumah.
Ado sesetongah orang berpendapat opis is opis. Bila sampai rumah kena lupakan perihal opis. Boto memang boto tapi bagi Tok Wan kono ubah sikit ikut kesesuaian. Maksud Tok Wan, daripado Zuli habiskan maso 24 jam kek opis tanpa anak-anak disisi, lebih baik kalau Zuli bawak balik kojo kek rumah sambil-sambil melayan anak. Janganlah time opis hour kau punggah barang kau bawak balik rumah Zuli oiiii. Bila dah lepas opis hour, then bawak balik rumah kerja yang tertangguh. Sekurang-kurangnya masa take 5 kat rumah nanti boleh pekena nescafe dengan keluarga kan? Berbincang masalah yang timbul ke.
sesi terapi kaunseling mak dan anak |
3. Hantar anak-anak ke kursus singkat.
Ha, Zuli hantarlah anak-anak Zuli ke kelas yang menawarkan kursus singkat. Macam Tok Wan dulu, Tok Wan hantar anak Tok Wan pergi kelas mengaji. Kasi up sikit knowledge pasal fardu ain, bacaan dan sebagainyo. Sojuk porut den mengandung bilo dapek tahu anak kito dah hafal Al-Quran ko kan. Mungkin boleh hantar ke kelas buat kek ke, kelas menari ke, kelas main piano, kelas melukis ke kan. Tapi Tok Wan super cadangkan ko hantar je kelas menambah ilmu dalam islam. Sekurang-kurang eh anak kito tu taklah bosan maso cuti sekolah ni!
sehati berdansa |
4. Galakkan anak sertai kem
Ha yang ni pun baguih gak Zuli. Kalau bajet kau cukup, kau hantar yo anak kau pergi kem motivasi ke, kem bina diri ke kem bina keyakinan ke dan sebagainya. Jangan pulak kau hantar anak kau pergi kem tentera. Amat bahaya tu Zuli bagi kanak-kanak ribena bawah 12 tahun masuk kem tentera. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak anak Zuli tu mengisi masa lapang di samping dapat berkenalan dengan sahabat baru. Tak meriah?Silap-silap kau laki bini ada masa berdua terluang kat rumah. Budak-budak tak ganggu.
Awas! Jangan suruh anak kau camping ngan jantan sudah! |
5. Hantar anak balik kampung
Yang ni pun bagus jugak. Anak-anak pun mesti suka balik kampungkan. Macam-macam bondo bulih buek kat kampung tu. Tapi nasihat Tok Wan, jangan lupo kau kirimkan bogheh (beras) kat mak ayah Zuli di kampung tu. Hulur-hulurlah sikit duit belanjo kan. Mak ayah Zuli pun tak sunyi cucu-cucu diorang balik kampung. Boleh gak tomankan atok nenek main saidina ke kan. Tak pun berjoging keliling kampung ke kan.
Kompem anak kau fobia balik kampung kalau dapat nenek macam ni |
4 ulasan:
haha..kau pi mane eropah tu????
hntr anak pi eropah ar..bley jln2 =P
hantar anak ke tok wan lagi senang aar...ihihihi
Far8 budak baik : Kau ni far8, Tok Wan sunat kan kau sekalik lagi baru tahu. Mano Tok Wan nak cokau duit banyak2 tu?
SHA : Baik jangan. Kompem anak SHA akan mengikut jejak Tok Wan menternak kobau nanti. hihi.
Catat Ulasan