Khamis, 23 Disember 2010

Paku dulang paku serpih...

Apa maccam tajuk??
Atok bukan nak bukak kelas Bahasa Melayu, atau nak jadi pengganti Uncle Karam Singh Walia, atau nak paku tengkok akak ponti suh jadi pompuan cantek! No no no.....

Ni atok nak koba an kat cu atok seluruh alam. Korang ingat lagi tak yang entry atok pasal tercolan untuk Top 50 Malaysian Best new blogger 2010 tempoh hari? Pasal atok gilo kaw kaw berkempen sana sini sampai orang pun naik muak tengok muka aku je mintak undi? Ingatkah korang? kalau tak ingat, buat-buat ingat.

Camni, maso hari pertamo undi tu dibuka, atok macam biasolah. Gilo kaw kaw berkempen sana sini. Masuk blog orang tak bagi salam pehtu, suh pulak orang tu mintak undi kito. Gilo la tu kan. Tetibo yo suh undi. Then satu hari tu, atok berkempen melalui facebook. Strategi atok kali ni ialah atok cubo turun padang. Acececeh! Turun padang konon!

Yelah, atok klik kat orang online yang ruangan chatting tu, pastu atok atok usha sorang-sorang mintak undi. Macam-macam peel. Tapi takpo, atok bersobar yo sepanjang rayu undi tu. Macam-macam kono hamun. Macam-macam ragam. Mano yang ok tu, oklah. Ni antaro petikan perbualan chatting yang atok ingat2.

"Aik, aritu dah mintak undi, nak undi lagi ke? Takpe2 bagi link"
"Tahniah! Nanti dah berjaya belanja orang tau!"
"Nantilah aku undi ek. Aku sibuk berbuku muka la sekarang!"
 "Ok, saya undi sekarang! Gud luck!"

Itu antaranyalah. Fine, thanks undi "Apo2 Yolah". Tapi ado satu minah tapir tu buek atok sakit ati. Dia muka bersih suci tau. Tapi perangai giler psyco. Macam biasolah, atok minta undi, then dia reply camni.

"Haih! Undi-undi!"

Tu dia. Panas tak? Atok tak panas lagi time ni. Atok kena tebalkan telinga. Pastu atok balas camni.

"Ala....kalau rasa taknak undi takpe. Mekasih ek :-)"
Atok letak tanda smile lagik. Be profesional kononya, tapi dalam ati menyirap. Esoknya atok buatlah gambar untuk kempen ni, then atok TERtagged kat nama dia sekalik. Pastu dia komen gambar tu camni.

"DAH TAKDE KEJE LAIN LAGI KE??!!"
See, cilanat punya betina. Ko ingat muka ko yang macam bola sepak bocor pakai tepung jagung tu cantik? Aih, ini mau nak kene ni. Darjah kepanasan atok naik meluap-luap time tu. Atok serang balik!








"Dah tu kau apahal pulak SIBOOOOK berFB pulak? DAH TAK DO KOJO?????"

Start time tu atok terus ilang mood nak berkempen. Atok berblog maso malam. Pehtu atok set pado auto-publish. Atok tak ponah tulis blog time kojo. Kecuali balas komen. Tu pun maso teatime...

p/s : Ha sambung la simpulan bahaso atas tu........paku dulang paku serpih, mengata orang muka bola sepak bocor pakai tepung jagung tu yang LOBIH

16 ulasan:

theflow berkata...

hambooi atouk..marah bebenor kamu yek..sabo2

Diya Edhayaa berkata...

sabo tok sabo...

zazaw berkata...

saba tok
sabrrrr

Unknown berkata...

marah bona atok potang2 ni..saba yo la..kok monang sok, tag dio peket topong jagung 1kg..

SHA berkata...

saba la tok...biarkan dia dengan dunia dia....hehehe...

IMANSHAH berkata...

Atok gile gelemer yer..huhu..takpe cucu dah undi dah

Unknown berkata...

Amirah Yusof : Atok geram Mira....psyco giler budak tu

Unknown berkata...

Diya Edhayaa : Huhu...sabo da ni

Unknown berkata...

zazaw : Grrrrr... hehe

Saya Noury berkata...

Peerggghh sekali atok mengamok..terus apocot mak ekau!! hahahaha...sabar atok oit...biasa ar tur..sedangkan nabi pun ada umatnya yang tak suka, inikan kempen pilihan raya..hahhahah...sabaq no?yg penting nonor dah vote..!! chayaok!!

Unknown berkata...

paish : bukan sepeket, seguni atok lempar an

Unknown berkata...

SHA : Mokasih SHA bagi sapot kat atok... ^_^

Unknown berkata...

IMANSHAH : Hihi...ala, sikitlah...tapi nak pemes macam kak datok ct nurhaliza tu, jauh panggan dari api tu.... :P

Unknown berkata...

NURHIDAYAH : Xpolah kan Nonor. Biar la deh asalkan tak kacau idop atok...Ha, tak lamo laie pencarian ANTI musim keduo bermulo...Nonor kono serahkan crown tu la nampaknyo...hehe
^_^

rome berkata...

atok...cian atok..ala tak per biasa la tu tok ..atok kan tengah berkempen ...tu blh lagi nak jadi president ..ada orang nak tembak @ bunuh dan macam2 lagi tok..sabar ya ..saya tetap sokong n undi atok ya ! ..semoga berjaya !

Unknown berkata...

rome : Itula. Bolum kempen pilihanrayo laie. Mokasi rome ^_^

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih