Selasa, 28 Disember 2010

Kalau itu yang terbaik, atok akan berhenti berblog...

Banyak dugaan bergelar sebagai penulis blog ni. Pahit manis semuo atok dah raso. Atok mula mendaftar sebagai blogger sejak pertengahan tahun lepas lagi. Tapi sepanjang tahun lepas jugak, sepatah haram aku tak buat satu entry pun. Buta IT punya pasal. Tak tahu nak post camno, nak edit camno, nak publish bagai. Sehinggalah pada awal tahun 2010 aritu. Terlintas pulak di fikiran atok untuk berblog. Tapi semangat tu kejap je. Lepas je post 3 4 entry atok terus senyap. Senyap dan terus senyap.

Entah macam mana, bermula pertengahan tahun 2010 hati atok berkobar-kobar untuk berblog semula. Ini adalah kerana atok telah seronok melihat blog kawan atok si Amy aktif berblog. Ramai kawan dia dapat. Dia yang banyak bagi inspira inspirasi kat atok. Atok bermula dengan identiti sebagai budak skema. Dengan tagline "Apabila si skema mula berblog". Kemudian atok terus mengkaji dan mengkaji untuk mencari identiti sebenar. Last-last atok selesa menjadi atok sekarang. Seorang atok yang sempoi, sengal tapi penyayang!

Baru-baru ni, timbul pulak isu berblog. Sejak atok mula berblog, banyak yang berlaku sekeliling atok tapi atok tak perasan. Sehinggalah ahli keluarga atok menyuarakan isi hatinya. Dia kata, atok jarang meluangkan masa bersama keluarga lagik. Kalau dulu, memang hantu TV. Balik kojo yo, melokek dopan TV. Tak kisahlah masa tu tengah tayangkan cerita bersamamu sekalipun. Kalau dulu, memang kuat makan. Kalau ada 2 3 ketul ayam dalam tudung saji tu, kompem lesap! Kalau dulu, pantang ada masa sikit mesti bergurau dengan anak-anak buah atau kucing kesayangan. Tapi sekarang??

Sekarang atok kurang luangkan masa. Balik saja dari kojo, terus masuk bilik. Berperap sampailah pukul 12.00 malam. Kalau lapar, makanlah. Kalau tak lapar, terus tido sebab esoknya nak kojo pulak. Kucing atok pun cubo raih simpati untuk membelainya. Tapi atok tak pedulik, terus open laptop dan kemudian ketagih berblog. Macam tulah rutin harian. Kalau dulu atok dah boleh tinggalkan spek mata sebab power dah kurang, tapi sekarang....kena raba spek mata balik. Sebab 24 jam mengadap komputer dan laptop. Kat opis 8 jam, kat rumah 5 jam. Sejak aritu spek mesti pakai. Kalau tak, kompem tak nampak jauh. Lebih-lebih lagi kalau drive/keluar malam. Semua benda jadi kelabu.

Atok pun berfikir-fikir jugak. Apa yang atok dapat kalau berblog ni? Duit iklan nuffnang tu? La ni aku berblog, kalau kumpul duit tu dari dulu,  nak beli eskrem conetto yang besar telapak tangan tu pun tak lopeh laie. Nak berkongsi cerita dengan orang luar sana? Buat apa? Buat apa atok cerita kat orang kisah hidup atok sendirik? Lebih baik atok simpan sejarah hidup atok tu sendirian dan biar atok saja yang menikmatinya. Lagipun takdalah isu pening kepala nak perah idea nak buat entry apa untuk esok nih. 

Kalau nak tahu, masuk ni dah dua kali aku nak kena langgar kat lori pasir pasai berangan bawak motor sambil nak pikir entry apa nak buat ni. Masuk kali ketiga.....jemput mai lah datang majlis.

So, lepas atok fikir-fikir semula. Pendapat family atok. Pendapat atok sendiri. Atok dah buat keputusan dah. Atok dah nekad. Keputusan pun dah buat. 

Atok akan berhenti berblog!

Ini adalah entry atok yang terakhir sekali. Sebelum tu, atok nak mintak maaf la banyak-banyak sepanjang kita kenal , atok ado terkasar bahasa. Atok tak perasan pun kalau bahaso yang atok guno tu agak kasar. Niat atok satu yo. Atok cuma nak hiburkan kalian. Itu gurauan dari atok. Mano yang atok tak selosaikan "tag" tu, pun nak mintak mahap jugak. Atok memang nak buek tapi sentiaso yo tak sompek nak buek. Apo2 Yolah Next Top Icon musim kedua tu pun terpaksa cancellah sobab blog ni pun dah nak tutup. Kalian nikmatilah karya atok setakat entry ni saja k. So, akhir kato dari atok, atok mintak maaf banyak-banyak salah dan silap. Kalau jumpo mano-mano, jangan lupo tegur k. Dan...








KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!! Alamak, mimpi ngeri rupanya!
HIHIHIHIHI kene sekali....


EEEyahhhh!!!  Dushhh!


17 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

Sekian, terima kasih. clap! clap!

# baru nak kena langgar tok! relax aaaaa.... kucing tu nak tuan baru yang > budiman tak?

cikpuanhady berkata...

hikhik..buat jantung den berdegup ngan koncang yoo..

tak berserilah kalau atok takdok..aagagga..

Jom skodeng :Jom Promosi Blog Uols

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Tak moo...kucing itu atok yang punya...hahahaha (sila sebut dengan nada jin cito Ahmad Albab)

Suhami Ahmad berkata...

cikpuanhady : Hihi, ado2 yo cikpuanhady ni. Apopun macih k! =)

akmafaizal berkata...

lor...memang terpercayalah juga..hehe

zazaw berkata...

cehh
hampehh boto lahh
naseb tak den fire atok nihhh

faiq berkata...

ni sumer kes tido x basuh kaki...tu mimpi xxx

Suhami Ahmad berkata...

akmafaizal : Jangan percayo akmafaizal. Itu adalah omongan kosong semato-mato

Suhami Ahmad berkata...

zazaw : Hihi...janganlah fire atok. Kang betul2 terus final entry sobab atok ******

Suhami Ahmad berkata...

faiq : Eh atok basuh. Siap berkiwi lagi. Hihi

tomatokering :) berkata...

hahahah ! baru terpikir ayat2 kata semngat kat atok. wakakakak

Fatimah -Riiko- berkata...

atok nie mmg nk kne smack down btol./....
nsb tak ngs lagi

diana amin berkata...

ceh....

Suhami Ahmad berkata...

tomatokering :) : Ooo, mesti nak suruh atok makan tomato kasi kuat semangat balik kan...

Suhami Ahmad berkata...

Fatimah -Riiko- : Ala bucuk-bucuk...x moo nangis...atok ado laie ha

Suhami Ahmad berkata...

diana amin :
:P

faiz berkata...

btol la atok somanjak berblogging ni KFC dopan mata pon pandang sebelah mato je..heheh

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih