Selasa, 14 Disember 2010

Ibarat ketam ajar anak jalan

Ha, kalian pernah dengar tak perumpamaan tu? Itulah perumpaan yang layak dihenyakkan ke muka atok sekarang. Bukan atok yang ajar anak ikan ketam berjalan ok. Dan bukan big boss atok yang ajar. Big boss atok and staf here all is ok.  Kali ni atok nak luahkan perasaan yang berbuku dalam sanubari atok ni. Atok nak serius sikit. Kalian je yang sudi dengar kan. Even mungkin tak dapat nak selesaikan masalah atok, tapi mendengar pun sudah cukup bagi atok.  Mekasih k.

Atok tak mahu sentuh banyak sangat perihal kerja ni sebab agak sensitif. Takut ramai pihak yang terasa. Makanya atok nak cerita yang basic2 je. Boley? Macam ni, dalam bulan ni HQ ada arahkan staf kat unit atok tutup akaun usang. Fine, atok dah bincang ngan Big Boss cawangan ******** ni. Dia nak semua akaun bawah 80an ditutup. See, tahun 80 an masih ado lagi. Ok, fine i can do it dengan kerjasama staf lain.

Itu atok tak kisahlah. Unit kami boleh uruskan. InsyaAllah. Yang menjadik masalahnya, pihak HQ suruh kami tutup akaun usang, tapi dia tak bagi pun manual prosedur. Pot pet pot pet macam tu je. Hitam putih takde. Lepas tu, bila dah final step, tak tahu nak masukkan ke mana. Nak guna kod mana. So, benda tu dah pending. Atok bukan sakit hati ke apa ke, tapi kecewa sangat. Dia mahukan perubahan yang drastik kat jabatan ni, dia mahu kita bangkit dari tidur, dia mahu kita bekerja seperti orang Jepun......tapi dia?....dia sendiri tak betul. Paksa-paksa kami clearkan kes lama. Paksa kami hantar laporan dalam masa yang tak masuk akal.  Tapi bila dah buat, then????....senyap.

Atok ada telipon HQ tadi. Atok tanyalah person incharge untuk jabatan ni. Dia pun kurang pasti nak jawab apa.
"I call u back!,"kata dia.
Sampai sekarang tak call2. See, dia sendiri tak tahu apa yang dia nak buat sekarang.  Atok tensen lah. Serius cakap. Inilah tempat pertama atok ditempatkan, dan mungkin inilah kali terakhir atok duk sini. Biar lepas ni atok dengar je jabatan ********* lagi, atok tak mahu duk sini dah even kalau naik pangkat sekalipun. Atok fobia.

Then sometimes, bila atok take action sikit, atok dapat rasakan macam ada yang tak puas hati dengan atok. Mengata belakang-belakang. Apa salah atok? Jika atok salah atok mintak maaf. Bukan sebab atok nak tunjuk rajin. Bukan sebab atok nak dapat anugerah pekerja cemerlang tu. Bukan sebab nak jadi hero perbetulkan semula sistem kat sini. Bukan. Bukan! Atok buat ni sebab ikhlas. Atok betul-betul ikhlas. Biarlah pemergian atok ke tempat lain selepas ni lebih tenteram. Atok tak mahu jika atok berpindah ke tempat lain nanti, nama Atok busuk sebab orang ingat tak buat kerja. Atok tak mahu kena soal kat Dia nanti apa tanggungjawab atok kat tempat ni.  Atok tak mau tu. Tak nak.....

Atok rasa tak mahu cerita panjang lagi. Sebab ini bukan medium yang sesuai untuk atok cerita lebih. Tak bagus kita buka aib orang kan. Yang lain biarlah atok simpan sendiri...Tapi atok nak tanya, salah ke atok?

2 ulasan:

rome berkata...

ala cian atok kita nie ..susah2 sangat cari keje lain ye atok ...biasa la tu tok ..orang atas la katakan ..mereka tahu membebel jer ..kita jgk yg buat ..kita jgk yg salah..biasalah tu tok ..sabar ya....bawa bertendang..eh salah bawa bertenang !

Unknown berkata...

Xpolah rome...atok pasrah..kadang2 kito tak semestinya 24 jam berada di atas an...1 maso nnt, dio tahu macam mano jadi org bawah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih