Assalamualaikum murid-murid. Apa khabar arini? Sihat? Dah siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi minggu lepas? Cikgu nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi yang sudi mengundi Apo2 Yolah sehingga layak menjadi the top 50 malaysian best new blogs. Tengah hari nanti atok akan huraikan menatang tu tapi pagi ni Cikgu Nasir nak ajar tentang "BAGAIMANA NAK BUAT STATISTIK BLOG?"
Murid-murid ada perasan tak dengan segmen Statistik Ujang? Ha...statistik macam itulah yang cikgu nak ajar. Sebenarnya data-data itu diperolehi dari dua sumber, iaitu ;
1. Alexa
Murid-murid daftar blog kat http://www.alexa.com. Langkah pendaftaran ditunjukkan satu persatu dan perlu mengikutinya sahaja. Alexa ni boleh mencari ranking blog kita di kedudukan dunia dan di Malaysia. Jika murid-murid nak tahu ranking blog masing-masing poie mendaftar cepat. Pastu bolehlah post entry perihal status kedudukan blog kita setakat kini.
Yang ni contoh ranking Apo2 Yolah yang masih jauh tercorot |
2. Blogspot stats
Ada yang sudah tahu, tetapi ada yang masih tak tahun tentang kewujudan blogspot stats ni. Menatang ni ada kat design. Klik je stats.
Ada macam-macam maklumat kita boleh perolehi mengikut kategori masing-masing. Cuma pilih saja mana yang penting |
Jadi, lepas ni kalau ada sesiapa nak cuba buat statistik untuk blog dia, cikgu Nasir cadangkan dua perkara ni pun dah cukup buat masa sekarang. Selamat mencuba k!
7 ulasan:
alexa kene daftar ke?
E.d.Y : Kalau tak silap atok kono register dulu. Simple je. Masukkan Email, nickname, fullname ngan country kalau tak silap atok.Pehtu kita punyo add blog then baru dia start calculate statistik kita
cikguuuu.. sy xmo wat boleh.. sebab sy nye statistik rendahhhh.. ehhehehehee...
Ada lagi satu.. google analytics...
misz myza : Cikgu babab kang...hihi...x apa misz myza, atleast kita tahu prestasi blog kita dan cuba untuk tingkatkan
Asrol Mania : Ha, atok ado ponah nampak tu. Tapi atok bolum godek lagi tu.
tak paam..lembab sikit :(
Catat Ulasan