Isnin, 1 November 2010

Resepi Cendawan Tiram Goreng Walaweh


Bahan-bahan yang diperlukan :
500 gram cendawan tiram kelabu
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan tepung beras
Satu cawan tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
telur dibancuh air

Cara caranya:
1. Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air bercampur telur. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
2. Celupkan ramuan tadi ke dalam tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
3. Goreng sehingga warna keemasan. Minyak kena penuh dan panas. Api kena kuat.
4. Jika sudah siap, perlahankan api dulu untuk gorengan berikutnya.
5. Hidangkan bersama dengan sos atau pun mayonis.

Inilah hasilnya...





Disebalik tabir


Bahan-bahan yang diperlukan :


500 kilogram cendawan tiram kelabu <-----woi, ini penyukat kau bongok atau kau yang bongok? 500 kilogram????!!! cancel-cancel!
Satu cawan tepung gandum <------nak kena guna cawan gak ke? adoih, mana aku nak cari cawan nih
Satu cawan tepung beras
Satu cawan tepung glomak jagung
Rempah kari
Garam segantang  <----barang sape makan resepi kau ni nescahaya tergolek on time gak!
Lada serbuk
Telur dinasour dibancuh air

Cara caranya:


1. Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air bercampur telur. Pastu bolehlah makan roti canai berkuah lauk kari.  Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
2. Celupkan sampah-sarap tadi ramuan tadi ke dalam tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas. <-----mane aku nak cari bekas, cawan ni weiiii!!! pakai lainlah, next!
3. Goreng sehingga warna kehangusan keemasan. Minyak kena penuh dan panas. Api kena kuat. Pastu lumurkan ke seluruh badan, insyaAllah kulit akan kekal mulus dan melepak.
4. Jika sudah siap, perlahankan api dulu untuk gorengan berikutnya.
5. Hidangkan bersama dengan sos atau pun mayonis. <----gedik, nak mayonis je

Inilah hasilnya...


Ya Allah, ape menatang ni??? Kau pegi dunlod gambar cendawan goreng kat google skang!!!












9 ulasan:

Idalara berkata...

boleh ikut resepi ni...petang ni ada pasar tani so nak lah beli cendawan...

ps lawak lah buat akak tersonyum geli hati..

CeeKeen berkata...

hahaha..mak ai, garam segantang???

Unknown berkata...

@Idalara
Ha, akak Ida ikut yang resepi atas tu yo, yang sebalik tabir tu jangan ikut :p

Unknown berkata...

@CeeKeen
CheeKeen, teringat kek cito p.ramlee yang garam eh tumpah kek lauk

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
umar yg cute berkata...

cendawan umar habis dok kena baham ngn kambing n lembu hadoii...guna kacang bendi leh x tok??

AngahSayang2314 berkata...

walauweiii cedapnyerrrrrr cendawan tuee thanks ye.. kongsi2 resepii

Unknown berkata...

@umar yg cute
canggih kambing kobau zaman skang kan umar...bulih, kacang hantu pun bulih

Unknown berkata...

@AngahSayang2314
Ha angah, cubo jangan tak cubo...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih