Kenapa Saya Patut Menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon
Entri ini adalah untuk menyahut cabaran terakhir dari Atok, yang memerlukan saya untuk menjual mempromote diri agar terpilih untuk menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon.. Kalau sebelum-sebelum ni, saya menggunakan kaedah karangan untuk memenuhi setiap cabaran, tapi pada kali ini saya mahu membuat kelainan sedikit, denga berpantun promote diri secara sempoiii.. Kerana saya adalah sempoiii orangnya.. Semoga terhibur..
Tiba sudah saat yang dinanti
Titik penentuan untuk dimahkotai
Gelaran Apo2 Yolah Next Top Icon diidami
Apakah nanti akan dimiliki?
Dari sesi kelayakan, fighting menjadi trade mark
bukan kerana saya suka bergaduh..oh tidak!!
tapi sifat saya yang suka bersaing secara sihak (slang Qelate)
berusaha sehingga ke garisan penamak (slang Qelate lagi..)
Cabaran pertama adalah summary hidup saya
suka berkawan dan mengeksplorasi dunia
supaya pengalaman yang ditimba
dapat dikongsikan dengan generasi muda
Walaupun saya seorang pemalu
Tapi tidak segan untuk tegakkan yang benar
Cuma bab-bab berkenalan ngan teman baru
Mula-mula je kekok, tapi lama-lama bertambah mesrar (pelat huruf r..agagaga)
Sungguh hebat penangan cabaran keempat
Memerlukan saya berbahasa negeri lima + empat
Dek kerana adaptasi dan globalisasi punya sifat
Saya tetap mencuba walaupun memang pelat
Cabaran kelima menambahkan lagi keyakinan saya
If i set my mind, and put an effort to it
Bahawa saya pasti boleh mencapai yang dicita-cita
Juga dengan keizinan Allah The Greatest
Cukuplah sudah sebab musabab kenapa patut pilih saya
Kang kalu tulis kreatif lagi versatile semua pakat-pakat muntah
Uolslah pulak menilai akan layakkah saya
Untuk bergelar Next Top Icon Apo2 Yolah..eh terbalikkah?
Kalau suka akan entri ini
silalah mengundi diri ini
ribuan terima kasih saya ucapi
jasamu memang saya hargai...
apa motif letak gambar ini?
silalah rujuk pada atok sendiri
tapi saya nak tanya ni
ada tak gaya peragawati? (ahaksss...sila abaikan soalan ini)
p/s : Moh vote saya di blog Atok, ekau boleh klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Khamis, 25/11 jam 12 petang
2 ulasan:
den suko kak has nie..mesra alam..heheheh..;)
@AiDa
Ha undi kak Has copek sebolum undian ditutup
:p
Catat Ulasan