Sabtu, 9 Oktober 2010

Perkhidmatan baru Facebook




MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaru Facebook di ibu pejabat rangkaian sosial itu di Palo Alto, California kelmarin.


PALO ALTO - Rangkaian sosial Facebook dilengkapi dengan perkhidmatan terbaru yang memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di ibu pejabat rangkaian sosial itu di sini.
Perkhidmatan terbaru itu membolehkan pengguna-pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi.
Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej.
Pengguna-pengguna itu boleh memilih rakan yang boleh berkongsi maklumat dengan mereka.

Sumber : KOSMO! online 

Atok : Power giloh teknologi sekang. Dengan FB atok dah jumpo kawan2 tadika dulu. Tapi jangan salah guno dan ketagih yo.

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih