Khamis, 21 Oktober 2010

Gasket?


Alahai malunye aku. Lepas balik dari keje, moto mula meragam. Sebenarnya dah seminggu dua lepas lagi dah start meragam. Tapi haritu memang teruk tahap dugong dah. Bila bawak je tersekat-sekat. Terloncat-loncat. Macam naik unta pun ada aku rasa masa tu. Bab malunya, bila berhenti kat lampu traffik. Masa nak masuk gear je, confirm motor aku buat aksi ikan lumba-lumba meloncat. Terpaksa bawak perlahan.  Malu aku. Orang kiri kanan pandang pelik je.

Sampai je rumah, terus bertukar menjadi superman pakaian semua, then pergi worksyop. Ada tiga budak cina. Kesian tengok aku macam rusa masuk kampung kat situ, salah seorang budak cina tu tanya camni.

"Apa rosak?"
"Itu mau ganti gasket,"balas aku.
".........................???"
"Gasket.....gasket,"ulang aku beberapa kali.
"Apa itu gasket?,"tanya dia sambil garu kepala.
"Ini you tengok motor i, dia punya gasket macam dah haus lah. Mahu kasi air tukar baru,"kataku dengan confident dan yakin.
"Itu bukan gasket. Itu spoket lorrr"

*Pengsan.................

Info : 
Gasket :
A gasket is a mechanical seal that fills the space between two mating surfaces, generally to prevent leakage from or into the joined objects while under compression
Gasket


Spoket :

A sprocket is a profiled wheel with teeth that meshes with a chain, track or other perforated or indented material. It is distinguished from a gear in that sprockets are never meshed together directly, and differs from a pulley in that sprockets have teeth and pulleys are smooth
spoket


p/s : Tak sampai pun 10% sama erti . Itulah akibatnya kerana tak ambil endah pasal moto. Aku budak akaun wei, bile lak nak kaji2 gasket spoket ni. Kalau lah kat motor tu ado spare part "cash flow" tahu ler aku.......larikkkk....



Larikkkk selamatkan diri!!!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih