Selasa, 26 Oktober 2010

BlackBerry Torch 9800


"Wahai Tuan Puteri Bunian Mayangsura,  bakal suami tuan puteri  sudah tiba di istana,"kata dayang.
"Sudahlah dayang. Beta sudah muak mendengar itu semua. Pastinya bakal suami beta itu tidak berjaya menjawab teka-teki beta. Katakan pada ayahanda beta, beta sudah berputus asa,"balas tuan puteri sedih.  Dia memalingkan wajahnya ke dasar sungai mengalir.
"Eh, tak cuba tak tahu lagi tuan puteri.  Mana tahu, kali ini baeekkkkkk punyaaaa!. Cepatlah bersiap tuan puteri. Kacak macam Suhami Fahrin Ahmad orangnya.  Percayalah cakap patik. Mari patik tolong tuan puteri bersiap sekarang,"pujuk dayang lagi.
"Jika  benar apa yang dayang nurfaizah katakan, bawa beta ke istana sekarang juga!"
"Amboih tuan puteri, excited nampak,"gurau dayang.
"Tiada siapa yang mampu menjawab teka-teki beta itu"




 Di dewan besar Istana Bunian Mayangsura, semua kerabat-kerabat sudah berkumpul. Tuan Puteri duduk dipersinggahannya yang bertahtakan emas zhulian putih ditemani dayang-dayang disebelah.


"Wahai seluruh pembesar di raja dan tetamu kehormat semua, ingin patik mengulangi sekali lagi permintaan puteri beta. Barang siapa yang dapat menjawab teka-teki puteri beta, dialah bakal pewaris Jajahan Mayangsura dan suami kepada puteri beta,"titah Raja Mayangsura bersuara lantang.
"Beta ingin mencari pewaris Jajahan Mayangsura dan putera kepada anakanada beta"


"Baiklah, teka-teki anakanda beta adalah seperti berikut.......


Yang pertama,
jika sanggul indah digaya permata,
tetapi lebih anggun digaya bunga seroja


Yang kedua,
jika hebat pokok mangga,
hebat lagi pokok kelapa.


Yang ketiga,
jika disangka air tempayan cukup untuk meyimpan,
bagaimana pula laut selautan.


Yang keempat,
jika rumah batu tiangnya satu,
rumah papan tiangnya seribu.


Dan terakhir,
jika puteri idaman sosoknya,
siapa pula jantung hatinya.


Silakan jawab wahai tuan hamba,"soal Raja kepada seorang pemuda yang kacak di depannya.




"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Izinkan patik menjawab soalan tersebut.  Sungguhpun kesemua soalan yang empat itu hanyalah satu sahaja jawabnya. Jawapan dari patik adalah........


Kesemua hadiran senyap seketika. Raja, Permaisuri, Puteri, Pembesar di Raja, Kerabat-kerabat, rakyat biasa, dayang-dayang, semuanya menanti dengan penuh debar.





"JAWAPANNYA ADALAH................
the latest BlackBerry® Torch™ 9800!!!"




Semua hadirin hampir kecoh seketika.  Pembesar-pembesar di Istana Bunian Mayangsura berpandangan sesama mereka.




"jika sanggul indah digaya permata, tetapi lebih anggun digaya bunga seroja.  Bagaimana jika memakai kedua-dua? Begitu juga dengan BlackBerry Torch 9800 dua-dua pakej ada dan boleh diguna pada bila-bila masa. Tiada lagi dalam dilema.  Tuan puteri bukan sahaja dapat menekan telefon dengan menggunakan skrin sentuh 3.2 inchi, malah terkini ianya telah dilengkapi dengan papan kekunci fizikal.  Jika tuan puteri bosan menekan skrin sentuhnya, apakata jika beralih ke papan kunci fizikalnya.  Begitulah sebaliknya.  Sesungguhnya itu adalah telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai fungsi itu.  Hebat bukan?




"jika hebat pokok mangga, hebat lagi pokok kelapa. Jika tuan puteri menanam pokok mangga hanya mangga saja dapat dimakan, tetapi jika menanam pokok kelapa, pelbagai kegunaan boleh diperolehi dari semuanya.  Begitu juga dengan BlackBerry Torch 9800 tuan puteri bukan sahaja dapat menggunakan telefon itu untuk bercakap sahaja, malah ianya turut dilengkapi dengan fungsi kamera 5mp yang setanding seperti kamera digital lain. Dilengkapkan sekali dengan flash, auto fokus berterusan dan penstabilan imej, juga 11 mode gambar dan video untuk merakamkan saat terindah.  Canggih macam kamera digitalkan? Cuma bezanya kamera digital biasa tidak dapat membuat panggilan dan ada fungsi canggih yang lain seperti mana BlackBerry Torch 9800!




jika disangka air setempayan cukup untuk menyimpan, bagaimana pula dengan air selautan. Dengan BlackBerry Torch 9800 tuanku puteri bukan sahaja boleh menyimpan data sehingga berkapasiti  8gb memori, tak cukup dengan itu diupgrade lagi dengan 32GB microSD!! Kesan zoom hanya dengan jari puteri sahaja dan pemain muzik yang sempurna dan  membolehkan puteri untuk mengenalpasti album penuh dan senarai lagu dalam paparan potret atau lanskap.  Lepas ini, bolehlah tuan puteri menyimpan koleksi lagu kegemaran hanya dalam satu ciptaan sahaja.  Boleh mendengar pada bila-bila masa dan di mana jua.




jika rumah batu tiangnya satu, rumah papan tiangnya seribu. Dengan BlackBerry Torch 9800 tuan puteri bukan sahaja dapat menelefon, menangkap gambar, mendengar muzik dan sebagainya, malah turut dilengkapi dengan jalur internet yang terus bersambung dengan rangkaian sosial tuanku seperti Facebook, Twitter, My Space, Buzzd dan banyak lagi.  Sekarang, tuan puteri tidak perlu lagi untuk berbondong-bondong membawa laptop tuanku ke hulu ke hilir semata-mata untuk sentiasa mengikuti trend semasa. Cukuplah sekadar hanya sekadar membawa BlackBerry Torch 9800 bersama!




Juga untuk kefahaman tuan puteri dan sekalian hadirin di Dewan besar Istana Bunian Mayangsura ini, dengan BlackBerry Torch 9800 juga, urusan melayari internet lebih cepat dan dipertingkatkan.  Urusan browsing Multi-tasks dipertingkatkan dengan menguruskan beberapa halaman terbuka dengan tab browsing serta penanda buku semua laman web kegemaran anda dengan ikon tanda atau nama-nama disesuaikan  dari paparan utama.


 
 Untuk soalan puteri yang terakhir,
Jika puteri idaman sosoknya,
Siapa pula jantung hatinya


Jika  BlackBerry Torch 9800 fizikalnya, mestilah Celcom Exec 50 jiwa nadinya!
Dengan Celcom Exec 50
  • tuan puteri boleh sentiasa kekal berhubung dengan harga serendah RM50 sebulan!
  • Rencana dengan automatik diskaun sehingga 30% setiap bulan!
  • Semakin banyak yang puteri gunakan, semakin banyak tuan puteri berjimat
  • Kadar panggilan 15sen ke nombor lain. Tidak ada yang rumit, cukup tahap sederhana untuk kesemua nombor
  • Automatik diskaun pada setiap bulan.
  • Bayaran bulanan RM50 sahaja.
  • PERCUMA Celcom Broadband Dasar Rencana selama 1 bulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps
  • Jadi sebahagian daripada TERBAIK dengan rangkaian, terpantas terluas, rangkaian paling jelas di negara ini  


Tuan puteri tunggu apa lagi?  Jadilah pengguna yang pertama untuk memilikinya dengan pelan Celcom Exec pasca bayar! Jadi 100 pelanggan untuk melakukan pra-mendaftar & membeli BlackBerry ® ™ 9800 Obor hari ini untuk menikmati  promosi secara eksklusif dengan Celcom pelan Pascabayar Exec. Dapatkan GANJARAN: - Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125 - 8GB Micro SD Card bernilai RM68 - Energizer Portable bernilai RM58
Jadi jangan tunggu lagi, pelanggan kini boleh pre-register di: http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

"Itu sahaja jawapan dari patik tuanku,"balas pemuda dengan rendah diri.
"Apakah itu benar jawapanya wahai puteriku?"
"Ampun tuanku beribu-ribu ampun.  Pemuda inilah bakal PEWARIS JAJAHAN MAYANGSURA dan juga bakal SUAMI anakanda!" 
"Itulah jawapan kepada teka-teki beta"


"Terima kasih! Patik akan menjadi orang pertama mendapatkannya untuk tuan puteri.  Celcom akan melancarkan Blackberry Torch 9800 pada 29 October 2010!"



2 ulasan:

amyzaaa berkata...

amboi..panjang citenyer..best2...

Unknown berkata...

hehehe....untung2 dpt mie...cuba la try...sempat lagi ni

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih