Rabu, 27 Oktober 2010

Di mana kan ku cari ganti



Siapa suka dengan cerita P.Ramlee, angkat tangan? Boleh dikatakan dari zaman atok nenek kita dulu bawaklah ke generasi sekarang ni sukakan dengan cerita P.Ramlee.  Masa zaman video tape yang besar gedabak tu (sebelum vcd), ayah aku suka mengumpul koleksi-koleksi ceritanya. Hampir semua lakonan beliau, ayah aku simpan.  Sebab itulah kami adik-beradik memang fanatik giler dengan P. Ramlee selain charlie chaplin.  Tapi sekarang ni kat tv pun banyak menyiarkan cerita-cerita lakonan P.Ramlee.  Kalau nak ikutkan, kebanyakan lakonan arwah ni ada nilai pengajarannya. Bukan hanya lawak semata-mata. Gelak, gelak juga tapi ada pengisian yang tersirat di situ.

Orait, so sekarang ni Astro pun tak mahu ketinggalan. Diorang cipta muzik video istimewa sempena dengan kempen P.Ramlee, dimana kan ku cari ganti.  Lagu "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" memang sesuai ditujukan kepada beliau. Tapi kali ini lagu tersebut telah dinyanyikan oleh artis popular masa kini seperti Aizat, Stacy, Ning Baizura, KRU, Atilia, Jaclyn Victor, Lan the typewritter, Bunkface, Ella dan Shahir. I hate to say this. But i have too. Aku memang suka dengar Shahir nyanyi lagu ni. Nak tonton, klik SINI.

2 ulasan:

AngahSayang2314 berkata...

taoi lagu2 diorang nyanyi memang best la...

Unknown berkata...

Betul tu angah. Nak2 lirik yang menyentuh jiwa...tapi bunkface mcm tak semangat je???

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih