Khamis, 28 Oktober 2010

ANTI Cycle 1_Challenge 2~Has

Ini entry melekat sampai khamis 28.10.2010, untuk hapdet terbaru sila leret seret kursor anda ke bawah


TEMA : MALU
SOALAN : Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku...
DI OLAH OLEH : HAS
(Jika korang minat dokek olahan si Has ini, apo laie? klik lah kat "like" @ UNDI MASUK @ Undi di poll sebelum khamis ini, 28.10.2010 jam 12 tengah hari)

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku merasa malu yang amat sangat. Nak tahu nape? Kejadian ni berlaku masa zamanku muda-muda dulu, masa masih bergetah, cun melecun single-mingle lagi.. Kiranya waktu masa hormon remaja masih membuak-buak lagi.. Di suatu universiti 'tuttt', dekat fakulti 'tuttt', ade sorang jejaka malaya nih, memang menjadi pojaan bualan ramaila especially gals yang gedik-gedik dek kerana wajahnya yang ensem, gayanya macho malah bermotosikal harley lagiii... Hanya dikenali sebagai Jay (bukan nama sebenar!!)

Satu hari dalam kelas
'tuttt', last kelas untuk 2nd sem, aku duk kat line tengah, selang lima orang ade Jay ngan machonyer duk kat situ (duduk pon maintain macho gak!!) Tiba-tiba dia ngan machonyer melambai-lambai ke arah aku.. Pastu mulut gerak2 cakap ape ntah, tak dapat nak tangkap sbb kelas bising (paham-paham ajela dah di minit-minit terakhir kelas) Aku ngan konpidennya sengih kambing dan melambai balik, sambil jerit, "Ape die, tak dengar la.." Pastu siap buat isyarat tak dengar ngan gerak2 tangan ke atas cam Mami Jarum (cume takde gelang sampai ke siku je..)

Sekali, dia bangun ngan machonyer menuju ke arah aku. Aku dah mula nak control ayu dah, tangan dah btol-btolkan tudung bagi nampak lagi comey, kaki mula nak menguis-nguis tanah lantai dah.. Makin dia dekat, makin berdegup kencang jantung aku, muka dah naik tegang sebab duk maintain senyum ayu, sekali selamber ajer dia berjalan melepasi aku.. Chesss, rupenyer dia melambai kat Kay (bukan nama sebenar!!!) bespren dia, yang duk selang 2 orang dari aku.. Siap dua orang tu sengih kerang lagi kat aku..

Saat tu aku taktau nak buat ape dah, rasa panasss je kat muka ni.. Takyah nak pakai-pakai blusher lagi dah, memang merah satu muka!!! Nak masuk bawah meja, mejanya kecik aje (ala..meja yang attach to kerusi tuuu..) Nak sorok muka bawah kain, pakai t-shirt ngan sluar la plak.. Last-last ajak member sebelah kuar kelas cepat2.. Sib baikla my bespren tu tak sedor akan kes kemaluan yang memaluuukan aii tadi.. Siap tanye, nape muka nampak merah, demam ke? Huhu.. Dalam hati ni sib baik dah nak cuti sem.. Kalau tak, owwhh tidak!!!!


p/s : Entri ini adalah untuk Challenge kedua bagi ANTI contest. Marilah vote saya di blog Atok, sama ada klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Khamis, 28/10 jam 12 petang

Jika nak kenal HAS lebih lanjut, skodeng ler blog di DISINI

2 ulasan:

suzie rahman berkata...

like kak..hihi comel akak.nmpk nkai

cikpuanhady berkata...

ahakss..silap bagi link daa..agagaga

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih