Ini adalah post melekat sampai 21.10.2010 jam 12 tengah hari sempena kempen ANTI. Untuk entry terbaru, seret cursor anda ke bawah
OLEH : PEJA PRESHLEY
(Kalau cucu minat kat si peja preshley ni, undilah dengan klikkat "like" @ UNDI MASUK @ poll survey. Tarikh tutup ondi padi khamis ni jam 12 tengah ari)
It’s me
Aku Nampak macam jahat orang kata lah bukan aku…Hidup aku bukan lah secerah mentari pagi….ketika itu aku rasa diri inilah lah yang paling malang di dunia ini…
Hidup aku masa kecil amatlah susah, ditinggalkan oleh insan bernama bapa seawal usia sehari amatlah perit. Dan sejak dari itu
sampai usia 6 tahun hanya ibu sahaja lah yang aku kenal di samping 2 adik beradik lain…hidup aku bertambah malang apabila insan yang selama 6 tahun aku kenali pula meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.
Dan ketika itu hanya Allah sahaja tahu perasaan aku…lepas pemergian ibu ku aku pulak sering di buli oleh abang-abang aku. Di sekolah pulak aku juga sering di buli oleh kawan-kawan sekelas. Masa UPSR keputusan aku amatlah teruk sekali jika dibangdingkan dengan abang-abang aku yang dapat 5A. aku rasa masa tu aku lah yang paling bodoh dalam kelas dan dalam sejarah keluarga aku.
Walaubagaimana pun hidup aku berubah setelah aku masuk kealam sekolah menengah. Insan yang benama ibu telah kembali ke pangkuan aku…namun ayah, belum lagi ku terima berita darinya…dari segi pendidikan aku dah mula maju. Keputusan PMR dan SPM agak boleh tahan. Persepsi aku terhadap diri aku dah mula menjadi positif. Secara perlahan aku mula perkukuh kan diri aku untuk terus hidup di muka bumi Allah ini..
Pada ketika itu pula ramai kawan-kawan yang boleh terima aku bukan sahaja boleh terima malah aku jugak boleh kawal kawan-kawan (jadi big boss la) hehhe…tapi aku hairan sikit apesal ramai sangat student yang samseng tak puas hati ngn aku. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 aku di mark oleh geng2 samseng…diorang kata aku ni sombong….betol ker??? Aku pun x tau…hehe… lagi pun waktu tu aku ramai peminat sikit…masa akhir form 5 aku lah org paling bayak dapat hadiah dalm sekolah aku….sebab tu lah aku di serang oleh geng samseng seminggu sebelum SPM sehingga membawa kepada pergaduhan di asrama…
Dan sekarang….pohon kehidupan aku yang dulu bagaikan hidup segan mati tak mahu mula mengeluarkan pucuk-pucuk baru, yang menanti musim bunga untuk mengeluarkan hasil yang akan mewarnai kehidupan aku…kini aku sedang mengharungi liku-liku kehidupan seoarang mahasiswa dan hamba Allah yang berguna di masa hadapan…
Tapi itulah aku, masa kecil hidup aku amatlah perit namun aku gagahi jugak untuk bangkit dari…
seorang pelajar yang bodoh kepada pelajar yang pintar…
seorang budak kecik yang jahat, selalu mencuri kepada seorang lelaki dewasa yang lebih matang…
seorang mamat yang selekeh kepada seorang yang tahu menjaga penampilan diri..
seoarang yang malas kepada seorang yang rajin…
seorang yang cetek ilmu dari segenap segi kepada seorang yang suka mencari ilmu..
seorang yang pasif kepada seorang yang agresif…
seorang pelajar yang selalu dapat nombor last dalam kelas kepada pelajar yang selalu dapat top 3 dalam kelas…
dan yang penting dari seorang yang nothing kepada seorang yang penuh dengan keistimewaan…yang dahulunya keistimewaan itu hanya lah di kecapi oleh orang di sekeliling ku dan aku hanya mampu melihat sahaja keistimewaan mereka…tapi sekarang….aku sedar betapa indah nya ciptaan ALLAH dan ALLAH itu maha adil lagi maha mengasihani….
Betol la kata cikgu ku dulu setiap manusia ada kelebihan dan keburukan masing-masing…dan ingat lah Allah tidak memberi apa yang kita mahukan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan….
Dan kini aku adalah seorang mahasiswa universiti awam dan akan melanjutkan pelajaran aku ke New Zealand tidak lama lagi..insyaallah….semoga aku dapat menjadi seoarang engineer yang sukses…dimana ada kemahuan di situ ada jalan bro…good luck faizal fredley…
Dan ini lah aku (it’s me)….sebab itulah….i am unique, and i proud of it.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan