Khamis, 30 September 2010

Kenapa perlu joint Apo2 Yolah Next Top Icon??


Atok dari dulu lagi suko cari kelainan. Dari kecik2 dulu. Orang pakai helmet kat kepala, aku pakai kat lutut.  Kebiasaannya contest yang dianjurkan di blog-blog lebih kurang sama konsepnya. Pertandingan muka terhodoh, pertandingan baju raya, pertandingan bina ayat, pertandingan sweet memory, pertandingan gigi sape cantik, pertandingan bulu kaki terlebat dan lain-lain. Tapi atok cubo nak cari kelainan di sebalik itu. Konsep masih sama, tapi atok cuba tambahkan sikit keghairahan permainan ini.
Kelainan dalam pertandingan ini adalah penyingkiran minggu demi minggu. Kiranya sesiapa yang nak feeling2 suspen masuk Akademi Fantasia, American Next Top Model, Pentas Pilih Kasih, Survivor, dan sebagainya boleh merasakan keterujaan itu dalam pertandingan ini. Week by week akan ada peserta disingkirkan sampailah tinggal tiga empat kerat je.  Rasai debaran ini hanya dalam pertandingan ini sajok. Walaupun atok nak try rasa debaran itu dengan masuk AF, tapi atok sodar atok sapo.  Siapa yang markah paling rendah, "ANDA BUKAN ICON YANG ATOK CARI"......(hehe, macam acik Rosyam cakap kat pentas pilih kasih lak).
Atok boleh melonjakkan rating blog atok dengan kehadiran peserta dan pemerhati PBB blog yang lain. Dalam masa yang sama rating blog kalian pun melonjak juga. Kenapa lak atok cakap macam tu? Sebab setiap blog yang masuk top 30's dan top 10 atok akan masukkan link korang kat blog ini. Tak cukup dengan itu, atok pampangkan wajah2 tersayang di main picture kat atas tu. Walaupun atok sedar blog atok berada dalam ranking antara menyedihkan di dunia, tapi sekurang-kurangnya atok dapat sesak kan traffik blog kalian dengan memperkenalkan link korang terus dari blog ini.  U r femes!!!....<----errrr, boleh ke
Kalian jugak boleh feeling jadi american next top model cover official thriller video. Apo bondo eh tu? Macam ni, atok akan cuba cipta satu bom atom video yang akan memperkenalkan kalian di dunia. Terus link kat youtube. Kalau tak paham cuba try test pergi kat youtube dan taip tajuk ni "antm opening". Ha camne? meriah tak? satu donia leh link dengan kau. Berak Obama pun boleh tengok kau live kat youtube. Siap masukkan address blog kalian lagik. Yang video ini atok akan khaskan untuk top 30's dan top 10 sahajok. Baru mengancam kan? Sebab tu atok nak korang post gambar sekali dengan entry terbaru korang. Bukan sebab aku nak bomoh kau.
Si Juara jugak akan berpeluang buat entry spesel kat blog atok. Ala, kiranya kau menang Award  pastu naik atas pentas bagi ucapan lah. Tapi yang ni hanya bagi entry spesel. Itupun kalau nak lah. Sebab takutnya, dah dapat hadiah terus senyap. Atok jugak akan bagi hadiah spesel. Atok kena rahsiakan dulu sebab atok tak tahu jantina pemenang. Kang aku siap2 beli tedi bear kang, pemenang lelaki lak. Kau jangan main gila.
Kenapa ikon? kenapa tidak idol, kenapa tidak atok junior....kenapa mesti ikon? Ikon kat sini bermaksud, si juara adalah ciri-ciri penulis blog yang atok nak. Tak perlu jadi macam atok sebab atok pun sodar atok ni kadang2 sewel. Just be youself. Cuma perlu jujur dalam mengembangkan bakat kita menulis dan berkreativiti. That all. Ikon inilah yang akan jadi kembar atok. Maksudnya, kalau orang klik blog atok, orang mesti kenal kau.
Sahut cabaran kamu. Amacam?  ada bran? atok percaya tidak pernah mana-mana blog buat camni. Semua ini idea gile atok. So, kalian mahu jadi peserta pertama merintis program ni? Jom, kita gerak sama2. Sokongan kalian amat diperlukan. Chaiyok2!!!! Semangat! semangat tok!
Dan yang paling penting kat sini adalah mengeratkan hubungan persahabatan kita. Setakat awak pergi kat blog atok then say "hai, kite singgah kat sini sambil makan pisang".....atok rasa tak lama kot persahabatan kita. Kalau macam ni, mungkin lebih lama. Mungkin selama-lamanya. Atok dah lekat profile korang kat dalam blog ni selama-lamanya.



1 ulasan:

rome berkata...

skg ni atok dah femes!!!!..byk peminat nie!!..tahniah atok...urm..macam mana pengiraan undi dilakukan?...saje nak tahu...huhuhu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih