Selasa, 7 September 2010

Kejadian di Bazar Giant Hypermarket Senawang

Janji dengan Redzuan pukul 8.30 cari kasut kat bazar <-----nak g soping kat tempat loaded2, duit xdo
Tapi janji terpaksa dilewatkan sikit ke pukul 8.50 sebab ada orang datang rumah nak berbuka puasa sama.  Ala wan, ko kadang2 aku datang jemput ko, ko lewat gak kan. So, wan kata no hal. Small matter. Walhal dalam hati ko, Tuhan saje yang tahu betapa ko keji2 kutuk2 aku.
Tepat jam 8.50 aku sampai ke Samsung dormitory. Wah, sejak ko dilantik sebagai penghulu asrama kat Samsung tu, ke main bergaya cara jalan ko.

Senget2 je aku tengok. Dalam perjalanan nak ke Senawang tu, Wan luahkan perasaan sodih dia kat aku.
"Esok aku balik kampung. Lusa balik Somban balik,"katanya memulakan perbualan dalam kete.
"wtf?? (astaghfirullah mencarut jap, dah la x g semayang terawikh), orang raya tulat ekau dah nak balik sini lusa. Camno tu?,"kata aku sedikit terkejut sambil megambil selekoh maut dengan cermat sekali.
"Woi, aku keje swasta. Kerja tak tentu masa. Lain lah kau orang gomen. Terpaksalah aku raya ngan indon2 n bangsa2 minoriti kat sini,"katanya yang sedikit sedih. Nadanya mula-mula tadi macam menengking pastu sedih balik.
 "ko keje gomen, leh r cakap camtu!"
"Arghhh, gaji 3 riban pun x bersyukur!"
"Swasta swasta pun gaji nak dekat tiga riban. Tak kan nak kejar triple payment masa hari raya tu, ko sanggup tak balik kampung?,"kata aku tak puas hati. Duit boleh carik bro, tapi kemesraan keluarga??
"Kalau ada orang nak ganti, awal2 lagi aku offered diri tok,"katanya lagi
Aku terdiam. Masing2 terdiam. Cuma lagu Halimah Jongang saja menjadi soundtrack kami dalam kereta ketika itu disusuli lagu raya yang dibawakan oleh Syarifah Aini.  Betul kata orang. Bila masa belajar dulu, beriya-iya nak kerja. Tapi bila dah kerja......dugaan dugaan.
Sedar tak sedar kami pun tiba ke destinasi. Bazar belakang Giant Hypermarket Senawang. Jalan giler sesak. Nasib baik orang sana tak giler. Lepas satu kedai, singgah lagi kedai lain. Last2 beli jagung rebus ngan cendawan goreng yo. Baju n kasut mahal n kurang menarik perhatian. Aku nak kasut yang ada lampu2 tu. 
Dalam perjalanan nak masuk kete balik, ada seorang budak perempuan kecik main yang lastik bercahaya tu. Ala, aku tak tahu apa nama menatang tu. Benda tu bercahaya. Pastu kena lastik ke udara then dia akan melantun la. Macam UFO gak kalu tengok dari jauh. Canggih budak2 zaman sekarang. Aku dulu lastik2 burung je. Budak kecik tu lastik la menatang bercahaya tu kat udara. Shiooooouuuuu.....Huiyooooo....tergamam aku jap tapi sempat cover tuh. Lastik lagi, shioooooouuuu. Ketepek!! sangkut kat bumbung kanvas bazar tu. Alololo ciannya, dia nangis. Mak dia pujuk. 
waaaaa......cenjata persendirianku dah cecangkut...sob sob...
"Nanti kita beli yang lain k,"pujuk mak dia.
"Xnak! nak yang tu jugak,"nangis dia.
Pastu aku ternampak mamat bonzer ni lalu kat situ.
Huagghh!! ke tepi! ke tepi!
Dengan cover machonya dia p panjat bumbung tu then kasi budak kecik tadi.
 saya datang menyelamat!
Budak kecik tadi pun suka. Aku terharu kejap. Mamat bonzer yang cover macho tu sanggup naik atas bumbung tu p amik menatang bercahaya tu untuk budak tadi? Kagum. Aku rasa aku sorang je yang nampak peristiwa tu. Er...budak kecik ngan mak budak tu sekali kot. Sebenarnya, lelaki ini ada sifat kelembutannya tapi x nak tunjuk. Aku respek kat budak tu.
Errr.....apa kesimpulannya?
Kesimpulannya, ada dua benda nak diutarakan kat sini.
1.Walaupun kita tak berpuas hati dengan kerja kita sekarang, tapi masih ada lagi orang yang lagi susah dari kita kat luar sana.
2. Lelaki ada sifat kelembutannya tapi jarang tunjukkannya pada orang lain.




5 ulasan:

diana amin berkata...

lorh cendawan goreng lagi.. adoi hahahha

Suhami berkata...

Diana Amin : Paberet....hehe

ERSHAD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ERSHAD berkata...

lelaki suka menolong, perempuan suka ditolong

Suhami berkata...

@ERSHAD
hehehe...boto tu ershad....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih