Selasa, 21 September 2010

Cendawan tiram berusia 49 hari

Hasil daripada google kat tenet, pergi kursus kat BCL AgroFarm, tanya abang Ijam palong 3, tanya kak Ida Ampangan dan pekerja Kembojanya, semuanya menyatakan bahawa tempoh matang  adalah antara 45 hari-60 hari sebelum mengeluarkan hasil yang pertama. Tapi, baru saja 49 hari dah berlumba-lumba nak keluar....Errr, memang lah 49 hari termasuk dalam julat 45-60 hari kan? Bengong ...Tapi belum mencapai tahap gaban lagi untuk betul-betul matang mengeluarkan hasil...Memang kau tak sabar tul.
Apa benda aku mencarut ni? tempoh matang la, berlumba-lumba la, julat la, sabariah la....tempoh kucing kau habis berpantang ke atok?
Cenggini, semua penerangan panjang lebar kat atas tu adalah berkisar tentang mini projek cendawan kami sekeluarga. Kocik2 yo. Kami sekeluarga pelahap cendawan. Daripada beli, baik tanam sendiri. Dah pegi kursus, ada confident. Then gilir2 la adik-beradik mentake carenya. Giliran aku hujung minggu. Sodih. Macam manalah tak autisme. Ruang untuk bersosial xdo.

Ok2, berbalik kepada cite tadi. Cendawan kat rumah tu baru berusia 49hari tempoh pemeraman untuk matang.  Tempoh matang akan bermula pada hari ke 45-60 tetapi sebaik2 alamnya pada hari ke-70 sebab lebih tahan penyakit dan mantop dari segala aspek. Tapi cendawan kat umah tu baru je 49 hari dah terjulur2 keluar. Kira oklah tu sebab termasuk dalam julat 45-60 hari. Masalahnya, cendawan paling awal keluar pada hari ke 30 mase nak raya dulu. Rujuk  BA BACAK!! ini untuk skodeng gambar cendawan sulung tu.
Minggu lepas giliran aku mengklorox satu bangsal. Mengira jumlah beg satu persatu sampai mata nak terkeluar. Dan memindahmilik beg cendawan yang rosak, ada ulat, dan yang ok.  Ahad lepas jugak dapat harvest lagi dalam hampir 3 kilo cendawan. Ape lagi, jual r kat pasar tani. Alhamdulillah, sumer abis tinggal bakul je. Sapa nak petik live datanglah kampung atok yo. Ni pic sempat snap ahad lalu.



Keluaran pertama ni tak hensem cantik sangat cendawan dia. Baru nak belajar...

p/s : Hujung minggu ni  kena repair bangsal yang lubang2 tu pulak....Hadoihhhhhh....

4 ulasan:

kyle berkata...

wow...sedap nmpk cendawan tue, hehe, tahniah

Unknown berkata...

mekasih kyle.....projek ini main2 yo part time...atok pun suko cendawan....

MR berkata...

wahhh.. atok suda jadi usahawan agro.. syabbas inspektor sahab! :)

Unknown berkata...

mak cik rehan, setakat projek sekangkang tapir tu belum boleh kira usahawan tu....lagipun atok buruh paksaan sajork...he2

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih