Selasa, 24 Ogos 2010

Tips galakkan anak berpuasa

Pejam celik pejam celik, pejam tak celik-celik lagi...err..silap-silap....celik balik, dah 2 minggu kita berpuasa ye. Dah 50% daripada bulan Ramadhan kita tempuhi. Kepada mereka diluar sana yang masih lagi berpuasa penuh, Tok Wan nak ucapkan tahniah. Tahun ni datang rayo umah si Suhami tuntut duit raya kat dia <------woi! woi! ape lak nama aku kena jaja ni Wan??
Kali ini Tok Wan terima email dari anak sedare Tok Wan, Naimah yang tinggal di Britain nun. Wah, ko sejak dah duduk negeri omputeh, main-main email je kat aku kalau ada masalah kan. Takpe2, biarpun anak sedara Tok Wan tu main email je, tapi dia masih lagi tidak lupa diri. Ini yang Tok Wan amat banggakan<---Naimah ko hutang aku KFC 1 bucket!
Kepada Tok Wan yang Naimah rindu siang malam pagi petang. Naimah ada masalah sikit. Macam ini, anak Naimah ada dua orang. Yang laki umur 9 tahun. Yang perempuan umur 7 tahun. Masalahnya, anak Naimah yang lelaki ni tak nak berpuasa.  Kalau berpuasa pun sampai tengah hari je lepas tu Naimah tengok dia dah landing kat meja makan. Nak pukul pakai kayu golf karang, kesian pulak. Namun, anak Naimah yang perempuan tu puasa penuh setakat ini. Naimah menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi lah sebab ada jugak anak Naimah yang menjadi. Amacam Tok Wan? Ada idea nak selesaikan kes ni tak?
Itu dia musibah yang menimpa anak sedara Tok Wan di perantauan sana. Ooo, ko dah ada masalah barulah nak cari aku. Dulu aku nak ko jadi penjamin aku nak beli villa atas bukit dulu, ko cabut lari pi Britain. Takpe2, itu kisah dulu. Ambil yang jernih buang yang keruh. Macam ni Naimah. Tok Wan rasa perkara yang Tok Wan bakal senaraikan dibawah mesti bersangkut paut ngan ko anak beranak. Naimah cari je mana satu jalan penyelesaian yang sesuai. Ok, lets go!


  • Yang ni berbunyi kejam sikit. Kalau terasa Tok Wan mintak maaf.  Aku nak tanya ko. Ko ada ajar tak anak ko basic agama? Anak ko solat tak? Ko laki bini solat? Kalaulah setakat benda basic pun ko tak ajar, macam manalah anak ko nak ikut sayang.  Tauladan ibu bapa itu penting. Ibu bapa yang mencorakkan anaknya. Kalau ibu ayah solat, berpuasa dan menjaga amanah Allah, nescahaya anak akan ikut juga. InsyaAllah. Errr...tapi anak ko yang nombor dua tu puasa lak kan. Tak leh jadik. Tak leh. Mesti masalah ni berpunca dari anak laki anda sendiri. Cancel ni. Cancel


  • Naimah kena duduk
    semeja dengan anak-anak. Kena slow talk dengan diorang. Apa tujuan sebenar berpuasa tu. Dari budaklah kita kena didik. Naimah kena bagitahu, tujuan kita berpuasa itu antaranya adalah untuk menahan diri dari lapar, dahaga dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit matahari sampailah terbenamnya matahari (macam PAFA lak). Naimah sesekali kena bagitahu kat depa bahawa sekarang ni diorang kena belajar lapar dan dahaga supaya mengingati orang susah di luar sana.  Jadi bersedekahlah kita selalu.  Inilah masanya nak mendidik anak.

    MasyaAllah, kesiannya

  • Selain menyatakan tujuan berpuasa, kena bagi reward kat anak-anak dalam proses latihan berpuasa peringkat awal. Contohnya Naimah cakap kat anak-anak cenggini. "Kalau sesiapa yang berpuasa penuh tahun ni, mama kasi kasut roda. Mestilah anak-anak tu teruja nak berpuasa. Tapi kalau dah berar panjang nanti, anak tanya mana reward sebab pose penuh, ko kasi penerajang sekali...eh  eh silap...kasi tahulah, reward tu Allah kasi iaitu pahala.

Tok wan dulu dapat ni











  • Naimah kena psyco sikit. Buat perbandingan contohnya.  Naimah cakaplah kat anak lelaki tu camni. "Eeee, tak malu! dah besar panjang pun masih tak nak berpuasa lagi. Tengok adik tu. Walaupun dari pagi tadi sampailah nak buka puasa ni duk melepet atas lantai tu, tapi adik lagi kuat dari abang tau. Adik kecik lagi. Perempuan lak tu" Kalau tak ada anak sebagai perbandingan, cuba psyco dengan bandingkan dengan anak-anak jiran atau sepupu spare part sepapat. Mesti dia rasa tercabar dan malu.

kite malu cebab tak poce













  • Naimah kena beli atau masak menu berbuka puasa yang menarik perhatian. Setakat ko hidangkan cekodok pagi sahur tadi untuk buka puasa, aku pun tak selera. Cuba masak atau beli menu yang lain dari yang lain. Dan nyatakan pada anak-anak yang tak berpuasa, menu ni khas untuk mereka yang berpuasa sajok. Yang tak berpuasa men jauh-jauh. Kalau nak makan best2, esok puasalah.

ni buka puasa ke nak buka puas?












  • Bagitahu anak-anak kebaikan berpuasa dari sudut sains. Cakaplah, antara kebaikan berpuasa adalah
* Puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.

* puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Bacaan lanjut klik SINI












  • Tak payah kasi duit raya. Senang
Ni mak saje je propa. Sampul ni kosong sebenarnya. Sape suruh tak pose

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih