Alangkah miskinnya aku. Beg duit luar nampak canggih, sekali bukak.....damn!! beg duit budak kecik yang masuk duit syiling tu lagi comel. Bilalah Suhami nak beli beg duit baru. Bila nak beli-belah kat Giant je, pastu keluarkan dompet, mesti budak cashier tu pandang pelik. Muka hensem<---??
tapi................................................ (bunyi cengkerik jap), tapi dompet nak roboh. Wahai Encik Suhami, bersegeralah kamu membeli dompet baru sebelum kamu dibelikan. Beg duit pasar malam pun, pasar malam lah. Asalkan duit lima pusen ko tak boleh cicir lagi dari beg tersebut.
Cerita kedua, den baru dapat a new fruit daughter. Comel. Kecik je. Putih merah. Bibir merah. Ini cucu Wan Asiah + Atok Ahmad yang ke-6 keseluruhan. Cucu perempuan yang
ke-2 daripada 6 sumernye. Wan Asiah + Atok Ahmad begitu gembira dan bersorak girang (hip hip horray!) kerana sudah hampir 4 tahun ketandusan cucu perempuan. Tahun 2005, tahun 2007, tahun 2008 ( 2 orang ) , sumernya lelaki. Kali terakhir menerima cucu perempuan pada tahun 2006.
mempersembahkan Nur Iwani Sufia cucu perempuan pertama. Now she is 4 yrs old dan menuntut di Taska. Gambar orang baru tak sempat nak upload sebab kabel HP kene lenyek
Anak Suhadi Roslinda yang ke-2. At first bapak dia kasi nama Nur Qaheera. Tapi rejected coz the meaning of Qaheera is "gagah perkasa". Sebelum dia jadi model iklan Torjen dah besar nnt, cepat2 Pak Teh (Suhami) dan Mak Cik dia buat research kat internet. So cadangan nama adalah;
1. Nur Liyana Zahirah (Cahaya kelembutan dan cantik berseri)2. Nur Qalesya Alia (Cahaya Murni dan yang tinggi)
Pak Teh, Mak Ngah, Mak Su (mondok), dan Mak Cik sepenuh hati mencadangkan nama Nur Qalesya Alia sebab nama anak sulung Suhadi + Roslinda ni Muhammad Haiqal. So QAL macam ada chemistry. Namun, selepas Suhadi dan Roslinda bertumbuk bergusti semalaman, dan mengambil kira risiko bakal suami anak daranya nanti tak terbelit lidah masa akad nikah kelak, akhirnya mereka sepakat meletakkan nama......
NUR LIYANA ZAHIRAH(Lahir pada 3.8.2010)(Atok Ahmad lahir pada 4.8.1955)Selamat datang ke keluarga kami. Now we are 17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan