Lama dah tak update topik ANGKA sawan. Last minggu lepas sebab i mmg buat2 giler bizi. Ok, kat sini i nak share sikit tips atau cara nak pastikan gaji kita bertahan sehingga bulan berikutnya. (padahal...).
Walaupun mungkin cara i ada yang sama ataupun sipi2 kena ataupun tak kena langsung dengan cara u guys berjimat-cermat, hope u guys kena hangguk2 gak stuju dengan cara i k. Ko hangguk2 la macam ko dengar muzik irama malaysia. Orait, tanpa memberikan peluang untuk masa mencemburui kita, i teruskan tentang carta mengekalkan wang dari nombor 6 hingga ke nombor 1!
Tangga ke-6
Buat Bajet
Ini tonggak utama yang u guys kena buat bila tepat jam 12.00 tengah malam duit masuk dalam bank ko. Tapi selalunya i buat seminggu sebelum hari bahagia tersebut berlaku. Sumer orang buat bajet kan. Even Kerajaan Malaysia pun buat bajet bagi memastikan segala perbelanjaan untuk tahun tersebut terkawal. Bajet boleh memastikan kita takkan over budget yang macam selalu berlaku pada i. Macam mana nak buat bajet? Cenggini...
i) U guys letakkan
jumlah gaji dari semua sudut pada kolum paling atas sekali. Dikenali sebagai Pendapatan.
ii) Then, di bawahnya buatlah baris perbelanjaan tetap dan perbelanjaan semasa.
iii) Senaraikan semua perbelanjaan tetap dan semasa.
iv) Tolakkan Jumlah pendapatan dan perbelanjaan.
v) Baki terlebey boleh masuk akaunakuu guys.
Pendapatan (RM) (RM) (RM)
Gaji Bulanan 183.50
Upah menenun songket 12.00 195.50
Perbelanjaan
Perbelanjaan Tetap
- Sewa rumah 9.50
-Ansuran kereta 10.00
-PTPTN 5.00 24.50
Perbelanjaan Semasa
-Nak beli berus jamban 3.00
-Dangdut hujung minggu 2.00 5.00 29.50
BAKI simpanan 166.00
"saya bentangkan semua bajet masuk dalam akaun saya, ok tak yang berhormat???"
Tangga ke-5
Beli mana yang penting @ tangguhkan mana yang tak penting.
Yang ni jatuh satu anak tangga pada minggu lepas. Huhu. Beli-belah ni memang satu perkara yang tak asing lagi bagi mereka yang bergelar wanita. Mereka memang expert bab2 shopping ni. Kalau kasi wanita dengan hanya 3 senarai barang sahaja untuk shopping, insyaAllah dia akan keluar dari pusat membeli-belah itu dengan 30 barang. Tapi kalau bagi lelaki list 3 barang sahaja, maka 3 barang itu sajalah yang akan dibawa keluar dari pusat membeli-belah. Begitu hebatnya perumpaan yang patut diberikan kepada kaum hawanafsu. Ala, sebenarnya bukan jantina yang mainkan peranan, tapi kehendak masing-masing. Girls out there, sape stuju angkat kaki! So, korang buatlah pilihan sendiri. Belilah mana yang penting. Setakat ko nak beli TV Plasma 52 inchi semata-mata nak tengok final world cup, rasanya tak payah la. Gunalah tv hitam putih ko tu. Asalkan dapat tengok. Kalau barang itu kurang penting sangat, tangguh dulu kemudian. Ingat kawan2, belilah mana yang penting saja ikut keperluan.
Lelaki : Berus gigi, sabun, Tepung gandum...ok cukup!!!
Pompuan : Berus gigi, berus jamban, berus sabut, sabun May, sabun pencuci, sabun cuci lantai, sabun cuci baju, sabun cip cap, sabun dibilik mandi, tepung gandum, tepung ubi, tepung pulut, tepung uli, segala mak tepung....bla bla bla...
Tangga ke-4
Buat perbandingan dahulu.
Perbandingan samada dari segi harga, kualiti, kuantiti perlu ko amik kira gak. Jangan anggap perbezaan yang sedikit tu tak mencacatkan perbelanjaan bulanan korang. Contohnya la, macam ko beli meggie perisa lembu. Satu jenama ni harga dia rm4 isi ada 6. Satu jenama yang lain harga rm4.10 isi ada 5 keping. So, kalau korang pilih no. 2 tu, confrim ko xleh jadi menteri kewangan 10 tahun akan datang.Walaupun perbezaannya sedikit, tapi memberikan kesan yang banyak. Sampai la ni aku dok pelik dgn sesetengah budak sekarang klu berbelanja hanya pentingkan harga! Dia anggap lagi mahal harga, lagi tinggi kualiti. Banyak la ko. Ntah2 orang boleh beli baju cam ko tu 3 pasang kat pasar malam. Beli baju mahal-mahal, pastu ujung bulan ko buat muka seposen kat member nak usha makan free. Banyak cantik muka ko. Ko rebus baju mahal ko tu.Makan.Minum.
"amacam, high fashion tak aku??"
Tangga ke-3
Simpan duit sikit walaupun 5 hinggit.
Korang pernah dengar tak pasal simpulan bahasa ni. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. Yang menjadi persoalannya sekarang, sampai kini aku tak tahu apa makna berdikit-dikit tu. Korang tahu? Huhu..Oklah, perumpaan tu sendiri ada mengatakan, sikit-sikit nanti dah lama-lama jadi bukit. Bukan bukit yang tu!!! korang nih.....pikir lain je kan. Apa salahnya, duit-duit syiling yang ko buat baling ayam tu, ko kumpul masuk dalam tabung. Sebulan dua nanti, mesti korang terkejut sebab duit tabung tu dah penuh. Rajin-rajinlah menyimpan walaupun sedikit. So, kalau dah dapat duit gaji bulanan tu, korang cepat2 asingkan masuk tabung ayam ke,tabung buluh ke, masuk ASB ke, banyak sikit interest. Korang gak yang untung kan. Pastu buatnya kalau emergency case atau kecemasan, boleh la korang guna duit tu untuk back up payment tadi. Kalu takda duit kan dah jadi satu hal. Kiranya korang buat panjar wang runcit sendiri la. Amcam, ada bran??
Patung tino : Ayang, bile lagi kita nak kawen lari kat Thailand ni?
Patung jate : Sabarlah, cukup je duit tabung nanti, kita kawen
Tangga ke-2
Jangan boros sangat.
Yang ni pun memainkan peranan gak. Kalau gaji ko 5 6 riban pun, tapi enjoy tak ingat dunia, tak pun cukup gak. Kalau nak beli baju tu, tak payahlah nak beli sampai 5 6 pasang. Siap baju raya tahun depan pun ko tempah sekali. Dah tu lagi teruk, ko baik hati pi sponsor baju jiran-jiran ko untuk raya tak lama lagi nih. Itu kes naya. Selagi boleh guna, guna la. Melainkan stoking ko dah koyak-rabak, then dialu-alukan beli. Kalau dah koyak-rabak tu, aku pun tak selera nak nengok ko. Makanan pun sama. Kalu tiap malam melantak KFC pun sakit gak. Apa kata korang memasak je kat umah. Selamat. Jimat. Cepat. Duit yang boros tu boleh digunakan ke lain. Tak pun susah-susah simpan dalam ASB. Kalau ada duit lebih hujung bulan nanti, ha time tu la makan kat luar sekali-sekala. Tak kisah pun, sebab esoknya ko dapat gaji baru. Tapi sekali-sekala la ye.
"Cantik tak baju aku? cepat! cepat! beratur, abang Am tengah belanja baju free tu!"
JUARANYASelalulah ikhlas melakukan kerja dan rajin mendermaWalaupun gaji kita kecik macammana sekalipun, kerja cleaner ke, kerja lori sampah ke, tapi kalau niat kita ikhlas kerana Allah, insyaAllah dengan keberkatan hasilnya, rezeki kita tak kan pernah tak cukup. InsyaAllah rezeki diberkati adalah rezeki paling cukup. Dan selalulah bersedekah. Rezeki lagi melimpah-ruah dan takkan putus. Amin
"Ya Allah, adakah rezeki yang ku cari selama ini datang dari hati yang ikhlas??"
1 ulasan:
bape shoes
air jordans
off white shoes
hermes outlet
golden goose sale
yeezy
kyrie shoes
jordan shoes
hermes
bape
Catat Ulasan