Selasa, 13 Julai 2010

CCTV



BERITA TERKINI. Suhami dan ahli keluarganya yang lain telah ke Segamat, Johor untuk membeli kain langsir sempena hari raya, pada petang sabtu yang lalu.  Menurut sumber yang dipercayai berkata, Suhami telah memandu uji kereta the tiny of evo 7 miliknya dengan memasang MaxPower C. Keberkesanannya telah hampir terbukti. MaxPower C diwar-warkan teknologi dari Jepun yang mampu untuk menjimatkan petrol, menstabilkan semula sistem elektronik kereta, melicinkan tukaran gear, kereta bertambah mantop lagi gagah dan lain-lain yang akan dibincangkan di dalam topik khas "MaxPower C"  (cepat2 alih topik stop cite MaxPower C sebab penerbit dah amik senapang acu kat kepala saye sbb tak fokus pada tajuk utama iaitu CCTV!)
Suhami juga bukan semata-mata nak
temankan beli kain langsir tersebut tetapi dia juga ada tujuan yang lain. Suhami nak cari kain baju melayunya di mana warna ungu adalah warna tema keluarga pada tahun ini. Selain daripada itu, sumber mengatakan bahwa Suhami juga sudah make over dia punya rambut kasi shape awal-awal untuk fesyen rambut rayo.  DUshhh duSHHH!!!....ADoiiiiihh (kene tembak terus kat penerbit sebab menyimpang topik lagi).
Semasa mereka berada di Nagoya Tekstil, Suhami telah terlihat satu memo yang tertampal di dinding di bangunan Nagoya tersebut. Memo itu nampak biasa saja pada permulaannya, namun setelah di tilik2 berkali2, rupanya ada sesuatu yang luar biasa. Sila lihat di bawah.









Adakah anda perasan apa-apa???


Baiklah, kita ulang tayang semula....






Sekian Berita

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih