ANGKA sawan.
Kenapa segmen ini diberi nama ANGKA sawan? Adakah untuk melatih kalian menjadi Angkasawan? Atau Ungka? atau sawan? baiklah......sebelum saya mencelarukan pemikiran anda, kita direct to the point. ANGKA sawan diperkenalkan sejak minggu lepas lagi dengan tajuk sulungnya "10 things i hate about you"
So, mesti kalian dah dapat tangkap kan? Segmen kali ini lebih kepada huraian satu persatu dalam versi orang tengah sawan. Sebab itu diberi nama ANGKA sawan. Pandai tak??pandai tak??? now tepuk tangan!!!....entry kali ini adalah "15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese".
Ini keluaran khas. Tidak terdapat di mana-mana buku exspecially buku cerdik atau.......buku lali. Baiklah, 15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese adalah....
1. Pemalu. Serius cakap, ese memang seorang yang pemalu. Nak-nak lagi kalau baru mula nak kenal. Kalau yang uncover lagi tuh. *hehehe gurau yo. Mungkin perubahan hormon masa meningkat remaja dulu mempengaruhi agaknya. Tapi teori tupun tak boleh digunapakai jugak. Kerana yang menjadi masalahnya, sekarang ni ese yang dah tak berapa nak remaja ni, still pemalu jugak. Mcm mana tu? Orang kata malu pun bagus jugak. Malu nak buat maksiat. Malu mengintai. Malu buat dosa dan sebagainya. tapi ese? Semua aspek ko malu. Macam mana nak hilangkan kemaluan ye?
dah lama kenal tu, tak malu sangat. Tapi yang bau-bau durian ni. Tak tahulah sebab apa. Nak kata ese dari azali lagi pemalu takdalah sangat. Malah masa kecik2 dulu mandi sungai
"saye pemalu....."
2. Pendiam. Ini memang diakui. Kalau ese pergi mana-mana saja tempat baru, ese selalu dicop sebagai pendiam. Tak banyak cakap. Dah ko pemalu, mestilah ko pendiam. Kalau orang tanya sepatah, ko jawab sepatah setengah. Kalau orang langsung tak tanya ko, ko terus la jadi patung kat situ. Itulah ese. Ese bukan suka-suka diam ni. Tapi lambat sikit nak mesra. Lepas tu tak ada idea apa yang nak dibualkan. Paling lama kalau dapat berbual pun(bagi org yg tak biasa), ada la dalam 10 minit. Pastu ko diam.
3. Suara serak. Ese memiliki suara serak-serak basah bak buluh meriam. Suara ese yang macam baru saja malam tadi akil baligh banyak mengundang masalah. Serak-serak kahak. Bukannya ese suka-suka buat sore Ramli Sarip tersebut tapi dah semula jadi. Ni sejak dari remaja dulu lah ni. Sampai sekarang sore ko trouble. Pastu bila bercakap dengan orang, macam set karaoke punya sound system pecah. Sudahnya orang pandang ke lain malas nak berbual ngan ko. Sore ko tak clear. Pitching lari.
"oh teratai bunga indah....engkaulah...ohokkkk ohokkkk tuiii"
4. Cepat mesra. Dah tadi ko cakap pemalu pastu sekarang ni cepat mesra lak. Nak tipu pun beragak la bro. Ye....memang ese seorang yang pemalu diawal perkenalan. Namun....namun ya tuan puan sekalian, sebaik saja masuk gear 1, ese akan jadi cepat mesra. Tapi sejauh mana kecepatan masuknya gear 1 itu adalah bergantung kepada chemistry antara ese dengan orang di sekeliling. Kalau dia ok, ese pun tetiber jadi ok. (perlu ditekankan disini "tetiber")
5. Kelakar. Yang ini ese tak tahulah sangat. Ese rasa ese takdalah kelakar sangat. Bahkan orang nengok muka ko pun macam singa tak makan seminggu. Tapi kawan-kawan lama yang ese kenali, mostly said im a jocker. Suka melawak. Tapi lawak-lawak ese bukanlah direct sound atau jadi clown depan kalian, tapi ese melawak melalui tulisan saja. Tulisan samada surat (ni zaman abah-abah dulu leh la pakai surat), sms atau macam blog ni sebab yelah kalau sore ko macam Ramli Sarip , sore serak2 seksa, macam mana org nak dengar lawak ko"
amacam? ko rasa nak gelak ke nak nangis klu jumpa clown camni?
6. Susah nak mengingat. Ini satu lagi penyakit bagi ese. Bab-bab mengingat ni memang jangan serahkan pada ese. Sejak dari azali lagi ese tak suka menghafal. Ada sekali tu, masa sekolah rendah time nak baca PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain), ustaz suruh ko baca doa air semayang, ko pi baca doa amik hadas besar. Tak menangis ustaz ko?? Hafal menghafal adalah kelemahan ese. Itu memang ese amat-amat akui. Since now ese malas nak menghafal no. telefon opis ese. Save kat henset je. Parah tak parah??
7. Cepat marah. Ini pun bergantung kepada persekitaran gak. Kalau ese dari pagi sampai petang tak mandi-mandi, pastu orang buat ese marah, memang cepatlah kena takik orang itu. Bila dah marah tu, ayat-ayat cinta yang keluar dari mulut ese amat berbisa mengalahkan bisa ular orok-orok. Yelah, ko kan pendiam sekali ko mengaum ayat-ayat ko memang pedas. Tapi kebarangkalian emosi cepat marah ini berlaku amat jarang sekali. Ianya bergantung kepada mood dan persekitaran. Namun nisbah berlaku musibah ini adalah 1: 20. Maknanya 1 tu ko marah : 20 tu ko leh control situation.
8. Suka mencekik. Ini bukan mencekik anak orang tapi mencekik a.k.a makan. Ese memang suka makan. Kalau ese terbangun waktu malam, ese pasti cari periuk belanga. (padahal orang semayang tahajut ko p cari makan). Kalau ese kesunyian pun, ese akan mencari periuk belanga juga. Sebab itulah badan ko gomok. Kalau masa study dulu body macam model KL Fahion Week, namun kini body ku seakan Kuman (penyanyi yg gomok tu) hahahaha.......Walauapapun, ese berbangga dengan diri ese sendiri kerana masih lagi mampu makan dan bersyukur kerana Tuhan melimpahkan rezeki yang banyak. (walhal....).
" aku ajak dia mencekik tengah hari, last2 aku kena cekik"
9. Kuat cemburu. Ha, yang ni hanya kawan-kawan ese yang mengikuti blog ni saja tahu rahsia besar ese ni. Ye, memang ese seorang yang cemburu. Tapi bukan cemburu buta macam budak sekolah pegi tarik-tarik rambut kawan ko pasal nak rebut budak laki yang muka macam tempayan. Tapi cemburu bercorak positif. Maksudnya di sini, jika ada seseorang telah berjaya melakukan sesuatu, secara automatik ese pun cemburu dan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan benda yang sama. Kiranya cemburu positif la tu kan??? err....cemburu sebab tak dapat apa yang orang tu dapat pun, ada gak.....sikit-sikit la.
10. Autisme. Ese rasa ese ni macam autisme. Tapi belum terbukti secara perubatan la. Sebab apa ese kata ese ni macam autisme? Sebab ese perhatikan , ese ni macam ada ciri-ciri autisme itu. Tapi pra-autisme la. Apo bondo itu autisme? Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Mereka yang autistik mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang, kekok bersosial dan tidak dapat memandang anak mata si pendengar dengan lama apabila bercakap. Mereka mempunyai minat yang tertentu dan bersungguh-sungguh akan melakukannya. Sangat kreatif dan suka bersendirian. Ha, amacam? ada kena sikit-sikit tak?
"tak leh ! tak leh!, aku tak leh tengok mata ko macam antu"
11. Suka Kucing. Ini bukan nak angkat bakul ke apa. Tapi mak ese pernah cakap, kalau nak pilih laki @ bini, pilihlah yang suka haiwan macam kucing. Orang itu adalah seorang yang penyayang, lembut hati, menghargai dan paling penting bertanggungjawab. Itu kata mak ese lah. Ese tak cakap. Ese menyampaikan aje. Kat rumah ese ada jap....kira jap.....1 2.....6 ekor kucing!! 4 dewasa, 2 kanak-kanak (wah, macam tiket masuk zoo yo). Yang kanak-kanak kucing tu sepasang. Satu hitam satu putih. Tiap2 malam dia skodeng masuk tingkap bilik ese tido sesamo. Mak ngan ayah dia plak time tu cari rezeki tambahan....
12. Kuat tidur. Yang ni pun sama juga. Tapi ingin ditekankan disini. Istilah kuat tidur ini hanya tertakhluk pada hari cuti saja. Kalau hari bekerja, ese hanya tidur 5 jam sehari + 30 minit waktu lunch. Kalau hari cuti tu, tido dah la lambat (sebab cite "jangan tidur lagi" suruh jangan tido), pastu bangun pukul wallahualam. Tengah hari sambung sesi kedua tido sampai kul wallahualam. Malam tu tido lewat then bangun keesokann harinya pada pukul.....juga wallahualam.
13. Suka bowling. Minat ini baru saja timbul dalam diri ese. Naluri itu muncul masa jabatan ese mengadakan perlawanan boling antara ahli awal bulan aritu. Walaupun balingan ese hanya 227 jatuhan pin untuk 3 frame namun perkara itu patut dibanggakan kerana ese bukannya kaki bowling dulu. Kini , ese dan kawan seperjuangan ese akan berlatih bersungguh-sungguh setiap hujung bulan bagi memastikan piala pusingan bowling jabatan kami jatuh ke tangan yang sepatutnya pada tahun depan. *pitam jap
pitam...
14. Suka lauk kangkung + tomyam + mee hoon. Menu ini saja yang menjadi kegemaran ese selama ese hidup di muka bumi ini. Kalau ese balik kampung, tiap2 tengah hari mesti mak ese masak lauk kangkung + tomyam. Kalau petang2 tu, goreng mee hoon. Sampai muka ko pun dah macam kang kung.
15. Berangan kuat. Ha, kalau berangan kuat takpe, jangan kuat yang lain. Kalau drive kete, pasang lagu volume sampai 20 pastu beranganlah macam ko tengah nyanyi masa konsert final mentor. Yang ini memang menjadi faveret ese di kala memandu seorang diri. Jika ada penumpang di sebelah @ di belakang, volume secara automatiknya diturunkan ke 12 dan tukar channel radio ke IKIM.fm. Sekian berita.
Itu sajalah celoteh yang dapat saya huraikan pada minggu ini iaitu berkisar tentang 15 perkara yang kalian boleh tahu tentang ese. Takut banyak-banyak nanti kalian akan bosan dan terus tidak melawati blog apo2 yolah lagi. Jika itu berlaku, saya terpaksalah meletakkan jawatan. (Padahal........*sila sambung)
Kalian pulak macam mana? share la kat sini. Pls rate this blog n give ur comment k! sayang kalian. Nite
1 ulasan:
hihi.....u nyer prngai lebeyh kurang jer ngn i....tp 1 jer x sme..i x suke kucheng......
Catat Ulasan