Selasa, 14 Ogos 2012

Sopin' Las Mene'

Gitew. Shopping Last Minute katanya. Saja gatal lotak tajuk ala-ala The France. Atok kan kacukan perancis + negro. Puihhh. Semalam kan atok try usha-usha kat Bazaar ramadon kat Senawang tu. Orang agak ramai jugaklah. Yelah, minggu ni kan minggu terakhir kito berpuaso. InsyaAllah ahad ni kito akan menyambul bulan Syawal. Tu yang ramai berpusu-pusu tu. Terawikh pun ntah ke mano.

Orang kato, bilo kito boli last minit ni harga akan murah dan di jual borong. Tapi atok tengok tak pun. Totap mahal. Yang sodih eh tu, bilo atok p usha baju kat kedai sini hargo cocah rm120. Bilo atok poie kodai lain, baju yang samo tadi hargo eh rm70. Acano tu?? Bayar sewo tapak sana mahal ke kak?

Kot yo pun nak cari untung di bulan ramadon ni, janganlah cokik darah banyak bonar. Bezo 50 hengget tu. Kalau dia amik kat pembekal ntah-ntah baru 30 hengget kan sepasang. Pastu jual rm120. Tak patut. Baju atok tengok takdolah canggih sangat. Takdolah renda-renda ko. Omeh 84 karat ko kan. Takdo. Biaso yo.

Itu bolum cerito pasal kuih rayo laie tu. Semangkuk besar buntut budak baru lahir tu pun dijual dengan harga rm29 hengget. Kuih tat noneh. Ntah-ntah ko beli kat pembekal 3 bekas, doploh hengget kan. Ko jual satu tu rm29. Banyak huntung ko dapat dik. Kalau raso eh tat noneh tu sodap takpo. Ni kang, fizikal eh kuih tat noneh tapi raso kuih kuaci. Acano tu??

Kito sebagai pemboli ni pun kono bijak. Tawar-menawar harga itu perlu. Tak bulih salahkan penjual tu bulat-bulat jual mahal. Dah ko tau harga tu mahal, tak payah boli. Poie survey kat tompek lain pulak. Kalau setakat ko bulih buat kuih siput tu, buat. Tak payah boli. Ko kutil-kutil, dah siap. So, kalau bulih berjimat, kito berjimatlah kan. Ini tidak, nak boli baju rayo sampai 12 pasang. Setiap jam nak tukar baju baru. Kuih tu kang kalau boleh nak 23 jenis. Nak tunjuk kat sedara-mara betapa canggihnya kuih ko. Walhal kuih tunjuk. Kasut sampai 4 pasang. Sehari sepasang.

Apa kato, kalau raya tahun ni kito bersederhano. Duit yang lobih tu bolehlah kito langsaikan utang ptptn sikit-sikit. Pengajaran untuk atok jugak. Selamat menjalani ibadah puaso. Papaiiii!

8 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

sy ada beli sepasang tudung ni rega rm33..idok le mahal sgt tp balik2 rmh tgk jaitannye senget benget..aduh geram btl..jawabnye sy pakai tudung saji je la raye ni...huhu

obat kanker nasofaring herbal berkata...

subhanallah

Tanpa Nama berkata...

Hahah. las mene ek. Berbelit lidah guwa menyebut nya. Ish3. Huhu~
Ouh, selamat Hari Raya Atookkk!!! ;)

dya nasir berkata...

kalau 12pasang pastu tiap2 jam nk tukar tu membazir tu

Aziela berkata...

akak langsunggg x membazir. Kuih rayo memang takdo... Ko datang umah den, makan biskut marie yo...

Tanpa Nama berkata...

Phone chat line services often have many categories from which clients make their selection. They have never given thought to buying used car parts. vpn not working mac os x. Happiness can subject to the vagaries of everything from the weather to the size of your bank account. Creating your marketing materials is easy with internet marketing software., window professional xp. At such parties people can have a look at the samples and can feel them and can also have a look on how they work and so on. 2004 vpn remote

Tanpa Nama berkata...

This solar panel is able to convert the light that strikes it during the day into useful power., vpn tunnel ppt. A coach bag is never out of fashion. Most of the time it is possible to find that there are numerous cases of inconsistency. cvpn3030 nr bun. Normally they are detected using biopsy. cisco vpn troubleshooting

Tanpa Nama berkata...

Buyers can purchase these homes at a reduced rate and then resell them in the market for a much higher price after some time., lc320ss9 remote. These three are the closest ones to a bank inside the totally free world. Below is a list of the top seven questions that people ask when they start to print newsletters. time warner cable program remote. Surely one of the basic needs when working with farm machinery in areas that are not exactly dedicated to agriculture is to prevent the vehicle from tipping over agriculture in places where security is essential. how to network wink with xp

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih