Khamis, 2 Ogos 2012

Peristiwa Malam Pertama

Tu dia. Sebolum atok kono baling dongan penyapu lusuh, ijinkan atok perbetulkan tajuk di atas. Sebona eh atok nak lotak tajuk "rentetan peristiwa hari pertama di Melaka". Gitew. Saja bikin onar katanya. Potong stim je haku ni kan.


Ok bebeh, kito mulokan maso hari terakhir atok di Seromban ni. Maso tu tengah buat-buat sibuk, pasni ado salah seorang akak ni datang ke mejo atok. Ingatkan dio nak buek apo la kan. Pastu dio lotakkan satu kotak atas meja atok. Den terkesima la kan. Rupo-rupo eh itu hadiah perpisahan dari unit atok sendiri. Raso terharu sangat dan terkejut. Walhal dah tau depa memang kasi hadiah. Tapi tak tau hadiah apo.


Tadaaa....inilah hadiah ittew. Ecah mesti nak tau kan hadiah apo. Haa, atok dapat set lesung batu bertahtakan emas 44 karat katanya. Ok, haku tipo ko. Atok dapat set rantai emas...ish!!!....atok dapat tali leher. Hihi. Comey je tali leher tu. Erk. Warna kesukaan atok. Kelabu taik hanjeng. Time kasih uols!

Keesokan harinya merupakan hari pertama atok mendaftar di tompek baru. Atok bergerak dari Somban ke Melakau pukul 7 pagi ikut highway. Sampai-sampai di tompek baru tepat-tepat pukul 8. Masa dok p tempat baru tu, jantung ni dah dup dap dup dap dah. Ye lah, ko kalau malam pertama pun mesti camtu kan. Errr...ko kalau hari pertama pun mesti cam tu kan? kan?...

Pastu tak semena-mena ada budak laki ni dok tequq atok dari belakang. 
"Wei, ko dapat sini gak ke?" katanya. Wei dia panggil haku. Aku ni warga emas hokey. Erk

Hahaha. Atok gelak. Atok memang tau dia kat tempat baru ni. Cuma tak tau lak dia ada kat situ lagi. Pastu dia bawak atok duduk sementara nak jumpa EO. Lepas isi borang apa yang patut, tiba-tiba dok mai lagi sorang budak baru yang daptar sama-sama dengan atok hari tu. Laaa! Batch atok jugek. Farah dari BPP Putrajaya. Dia pun dok sama dapat tukaq dengan den. Kiro eh atok ado kawan la jugak maso tu kan. Takdolah sogan bona.

Borak punyo borak, datang laie 2 orang budak baru. Sah, maso tu hati atok dah berbungo. Kiro eh takdolah haku kono boli kat tompat baru ni nanti kan. Kalau kono boli, kami akan buek pakatan power rangers membuli depa balik. Ayark!

Tup tap tup tap, dah jumpa big boss yang sempoi jugak, akhirnya kami pun diberi penangguhan sampai hujung bulan 8 ataupun awai bulan 9. Nanti diorang akan fakskan kat opis atok. Ha, tapi esok (khamis), atok akan masuk tompek lamo lah balik. Menghabiskan sisa-sisa hidup di sini katanya. Bulihlah atok selosaikan apo yang patut.
Nak tau atok kojo kat mano nanti? Ni haa.....





p/s : Pagi ni atok tak nampak jalan maso nak poie kojo. Bacaan Indeks Pencemaran Udara kek Seromban harini 63. Sila jaga alam kita. Jangan lakukan pencemaran!

14 ulasan:

Aziela berkata...

Ini kan building yang kek stadium Hang Tuah tu kan? Pojabat Sumber Manusia kek tingkat berapo ntah..akak dah lupo... Boto kan tok..?

RamRamCute berkata...

seghonok atok dapat tali leher...

shiQin Az berkata...

bile sebut tali leher, terbayang tali tangkal yg cina selalu pakai tu..lupe plak tali laher tu tie!

dya nasir berkata...

seronoknya masuk tempat baru ada geng...blh pakat2 bila kne buli..hihih

Cik Rimau berkata...

srnoknye atok dpt tukar.. ade geng plak tu.. hehe.. bile la cik rimau nak dpt tukar nie.. hik3..

ஜ miss klanika ஜ berkata...

atok, tajuk nye buat cu tersedak dah mula-mula :3

Unknown berkata...

nasib baik ar ada geng..xde la yg suka2 nak buli warga emas nnt kan tok :p

erhh..nape chii x tau pun ttg kewujudan bangunan tu walaupun before this 5 thn kat sana..eheheh

Unknown berkata...

Aziela : Atok tak pasti lah kak...yang pasti namo bangunan ni menara persekutuan

Unknown berkata...

Rahmah Ram Ram : Kennn...boleh buat koleksi katanya

Unknown berkata...

shiQin Az : Haish..c.enggitu lak...ngee

Unknown berkata...

dyabunga : Kan...bilo kono buli atok buli lah balik...hihi

Unknown berkata...

Cik Rimau : Dah apply lun?

Unknown berkata...

ஜ miss klanika ஜ : Tu deh

Unknown berkata...

chii : Err...kalo tak silap atok bangunan ni baru 2 3 tahun kot

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih