Selasa, 24 Julai 2012

Bagaimana Nak Melatih Anak Mula Berpuasa?

Tok Wan
Assalammualaikum tok wan. Saya Esah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil lingkungan 3 ke 7 tahun. Masalah yang Esah hadapi adalah Esah nak melatih anak sulung Esah yang berumur 7 tahun tu untuk mula berpuasa. Tetapi anak teruna Esah tu sangat liat nak bangun sahur. Jika bangun sekalipun, tengah hari tu dia merengek-rengek kat Esah nak berbuka puasa. Sebagai seorang ibu, Esah tak sampai hati tengok anak merayu-rayu meraih simpati macam tu. Tapi kalau diikutkan sampai bila dia tak nak belajar berpuasa? Tolong bagi pandangan tok wan ya bagaimana caranya untuk melatih anak berpuasa?


Waalaikumsalah Esah,
Gitew. Ala-ala cerita 3 dara nama ko eh. Esah. Enot. Ecah. Ok fine, yang Ecah tu uwan tak kompiden namo eh. Uwan percaya ibu-ibu di Malaysia pun mengalami masalah yang hampir sama dengan Esah. Bezanya laki diorang pun sekali masih belum terlatih. Macam ni, ada banyak perkara yang Esah boleh lakukan untuk menarik minat si anak berpuasa. Antaranya adalah...

1. Berikan ganjaran di peringkat permulaan puasa. Uwan bukan nak mengajar anak Esah mata duitan. Tapi masa uwan kecik-kecik dulu, mak apak uwan bagi upah setiap kali uwan berpuasa penuh. Kalau satu hari ada lobang tak poso, so perjanjian terbatal katanya. Apa kata di peringkat pembelajaran ni, Esah rewardkan anak sehari upah rm2? Sebolan baru rm60 hengget duit ko rabak. Nanti, bila si anak ni dah pandai berpuasa sendiri, terus terang kat dia cakap Allah bagi ganjaran lagi besar dari rm2 sehari tu. Nak ganjaran ummi ke nak ganjaran Allah. (jap, anak ko panggil ko ummi ke omak?)

2. Asingkan juadah berbuka puasa. Ko ada tengok tak cerita Diari Ramadhan Rafiq tu Esah? Haa, kan anak omputeh tu yg si Rafiq ke apa nama dia,  tak boleh berbuka puasa sama dengan orang yang berpuasa. Itu kiranya hukuman tak berpuasa lah tu. Apa kata nanti Esah hidangkan mereka yang berpuasa dengan hidangan yang enak-enak. Anak Esah yang degil berpuasa tu Esah hidangkan dengan nasi putih lauk ikan masin belah. Kalau tak sampai hati sangat, buat goreng telur berkicap.

3. Cuba tarik perhatian anak. Haa, ini antara kaedah yang Uwan selalu tekankan pada ibu-ibu masa sekarang. Anak kita sebenarnya boleh bertahan jika takdo cobaan seperti ternampak uncle Moothy jual eskrem. Kalau si anak ni tadi cakap nak buka puasa, cuba Esah alihkan perhatiannya. Cuba Ecah ajak si anak ni tadi menonton TV ke, bermain games ke, berenang kuak lentang 200m ke, main chess ke, apa2 je lah aktiviti yang boleh menarik perhatiannya supaya dia tak perasan dengan detik masa yang terlalu panjang. 

4. Belikan novel kanak-kanak atau buku cerita. Kalau dapat novel omputeh lagi bagus. Dapat memperkayakan tatabahasa anak ittew. Tak pun Uwan cadangkan Esah belikan anak buku teladan yang terdapat dalam Al-Quran. Kan ada kan. Kisah kapal Nabi Nuh. Kisah Nabi Sulaiman dan macam-macam lagi. Nanti anak tak cepat bosan selain mendekatkan diri dengan Islam.

Uwan rasa itu sajalah pengalaman yang dapat uwan kongsikan dengan Esah dalam membesarkan 18 orang anak dolu-dolu. Kuek kan aku. Ada anak 2 team bola sepak katanya. Ok Esah, yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari Uwan sendiri. Selamat mencoba!

15 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

sokongan moral keluarga & org sekeliling sangat penting..

*tak update pon atok.. ;)

MizzTina berkata...

mekaseh la bg tips ni.. nt la sy amalkn tips ni utk bakal anak sy... =)

mrs eyza berkata...

bagus esah yer...prihatin pd anak2.

dya nasir berkata...

blh dya guna tips tok wan..hihihih..tpi tunggu dah ada anak baru guna tips ni..hihih

Ca Ezah berkata...

tibe2 terfikir, camane ma ca soh ca puasa dulu ek? musykil2...xhengat lak..

Hanie Dew berkata...

masa kecik aku dulu mak aku buat cara kedua tu.aku dpt nasi goreng kosong je tok. (-.-)' huhuhu...

tp bekesan.esok terus aku puasa tpo tido seharian suntuk..hahahha

dill berkata...

kene latih dari kecik. kalau tak kang, jadi mcm manusia2 yang kene naik van jenazah dlm bulan ramadhan sbb kantoi tak pose. hehe

dill.

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Semuanya bermula dari rumah

Unknown berkata...

MizzTina : InsyaAllah, bookmark link ni sekarang....eh

Unknown berkata...

misz_eyza : Gitewww...Uwan bab2 perihal keluarga ni memang titik berat katanya

Unknown berkata...

dyabunga : Gunakan untuk hadek beradek pun voley...

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Haaa...kono tanyo mak ecah tu

Unknown berkata...

Hanie Dew : Giteww...kan. sangat berkesan kan

Unknown berkata...

dill : Hik hik...kena pimpin ramai2 masuk ben jenazah kan

Tanpa Nama berkata...

How to play the free games of slots | Trick to Actoe
If you play slots, you 안전 토토사이트 have 토토 먹튀 the option of placing some virtual prizes. Play online slot games in the 토토 유저 most attractive and entertaining 토토 사이트 홍보 way. 파워볼 밸런스 분석 벳무브

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih