Ahad, 8 Januari 2012

Viewpad 10s

Assalammualaikum dan peace yo!


Patut eh nak ikut an hari ni atok kono publish entry berkaitan dengan kempen nuffnang. Tapi hari ni dasar berkecuali pasal ado bondo hot atok nak kongsi ngan Ecah. Meh rapat, yang jauh datang rapat, yang rapat jauh sikit nanti tersentuh aurat, opss.

Malam sabtu lepas (jumaat malam), atok bergerak ke puchong untuk berjumpo dengan cucu pilihan atok ke-5, Faiz. Dio tolong atok bolikan tab yang diberi namo sebagai viewpad 10s (selepas ini dikenali sebagai Taboo). Nak boli samsung tab atau i pad segala, atok tak mampu. Tapi atok dah jatuh hati dengan Taboo ni. =)


Inilah Taboo.....adik bongsu bobot ngan adam hitam
Faizlah yang rekemen kat atok kasi angkat tab tu selopeh atok merungut kehidupan atok yang dah kucar-kacir pasal isu nih.  Atok sangat berhutang budi.

So, atok bergorak dari Seromban dalam pukul 12.30 malam dan tibo di Puchong lingkungan 1.30 pagi pasal Faiz ni berniaga. Atok mesej Faiz koba dah sampai. Pastu atok tanyo mano kodai makan pasal perut aku dah buat orkestra lagu senandung malam. Faiz koba dio belanja burger malam tu. Atok dah hutang budi 2 kali dah.

Topek pukul 2 pagi, atok jumpo Faiz. Wah, tinggi orangnya, ke aku yang pendek. Ok, kau gelakkan atok yo. Abaikan. Pastu Faiz bawak atok pi makan kat kedai mamak nih. Lopeh balik yo dari kojo ponek-ponek tu, dio sanggup layan atok ngajo nak guna taboo ni. Atok ngan dio borak-borak sampai ke pagi. Atok terhutang budi lagi. Siap offered kat atok suh tido umah dio pasal dah larut pagi. Bahayo bawak keto balik Somban pagi-pagi buto kot jumpo antu kat tengah highway ke kan. Tapi atok kono balik gak pasal banyak hal nak kono setel pehtu.

Atok sangat berterima kasih kat Faiz atas pertolongan ni. Tak tahu nak balas camno. Cumo atok doakan murah rejoki dan dipanjangkan umur hendaknya. Untuk pengetahuan, sekarang ni Faiz sedang mencari kojo. Dio lulusan ijazah kejuruteraan mekanikal dari UiTM. Sesiapo yang tahu ado kojo kosong tu leh la usha cucu den ni, Faiz.

Pelajaran kito harini ;
1. Untungnya bergelar sebagai blogger, ramai cucu sudi menolong
2. Jangan memilih pekerjaan, atok tabik kat Faiz. Walaupun ado ijazah, tapi dio bersemangat untuk bergelar usahawan dengan usaha sendiri. Burger Faiz sangat sodap. Ikhlas atok puji nih.
3. Silalah ikuti perkembangan gadget. Jangan jadik seperti atok, gayat pestime usik tablet screen touch. Ngeee...


5 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

dak Faiz tu tinggi lampai? kim salam kat beliau ye tok. auuwwww!!

*tepek byk gmbr sendiri kat side kanan tu, bajet model cun mcm HamisJalika la tuuuuuuuuu...!!

*taboo ni brp $$? saje tanye.. (dgn harapan atok bg as 'bday present' cucu kesayangan #007. yahu!!!)

faiz berkata...

lorr..patutla asyik tersedak je semalam..heheh

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Haaa, faiz dah komen kat bawah tu....apa lagi...hik hik

Unknown berkata...

faiz : Hihi....rasa panas je seharian kan...berbahang...ngee

little daisy berkata...

wah... sronok bobot ader adik baru! >_<

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih