Nokia, jenama handphone yang gah pada masa dulu kini agak suam² kuku berbanding kehebatan handphone daripada jenama terkemuka seperti Apple, Samsung, LG, Sony dan motorola. Kini bagi tahun 2011 Nokia telah melancarkan smartphone terbaru iaitu NOKIA N9yang dikatakan satu² hp terkini dari Nokia yang mampu menandingi smartphone yang sedia ada dipasaran. Ada apa dengan Nokia N9 ? yuk layan.

Berbalik kita pada hp keluaran terbaru dari Nokia iaitu NOKIA N9.  N9 merupakan smartphone yang direka oleh Nokia berdasarkan MeeGo ”Harmattan” sebagai sistem operasi (OS). Kalau korang nak tau OS Meego ni merupakan hasil kerjasama antara Linux Foundation, Intel, Nokia, Novell dan AMD.
Hp ini katakan akan menjadi smartphone yang pertama dan terakhir dari Nokia yang akan menggunakan Meego sebagai OS. Ini adalah kerana pada 11 Feb 2011 yang lalu, Nokia secara rasmi memaklumkan akan berkerjasama dengan Microsoft untuk menjadikan hp Nokia pada masa akan datang menggunakan Window Phone 7 sebagai OS.
Rekabentuk N9 yang sangat unik apabila tiada satu butang pun dibahagian hadapan seperti hp² yang lain. Nokia N9 mempunyai scrin AMOLED 3.9 inci tahan calar dan silau. Selain itu juga cerminya agak melengkung khas direka untuk memudahkan jari anda menggelungsur. Pada aku reka bentuk N9 merupakan rekabentuk yang terbaik setakat ini dari Nokia terutama bentuknya yang sangat simple. Setakat ini tiga pilihan warna disediakan iaitu Cyan, hitam dan meganta.
Oleh kerana N9 tidak mempunyai sebarang butang pada permukaan depan, ia hanya dikendalikan secara swipe samaada dari tepi, atas dan bawah terutama untuk melakukan pelbagai operasi atau bahasa gadgetnya multitasking. 3 menu utama terdiri daripada menu utama, multitasking menu dan life menu.
N9 menggunakan 1GHz Cortex A8 CPU serta 1GB ram yang pada pemerhatian aku merupakan spec yang paling tinggi daripada hp² Nokia yang sedia ada dipasaran sekarang. Daya tarikan yang lain ialah N9 dilengkapi kamera 8 megapixel yang mampu untuk merekod HD video. Lagi detail seperti berikut…
  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 850/900/1700/1900/2100 MHz, HSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
  • Form factor: Touchscreen bar phone
  • Dimensions: 116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76 cc
  • Weight: 135 g
  • Display: 3.9″ 16M-color FWVGA (480 x 854 pixels) AMOLED capacitive touchscreen; Gorilla Glass, anti-glare polarizer, curved display, multi-touch input
  • Chipset: 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset
  • RAM: 1GB
  • OS: MeeGo OS, v1.2 Harmattan
  • Memory: 16/64GB storage, no microSD slot
  • Camera: 8 megapixel auto-focus camera with face detection, touch focus and geotagging; HD (720p) video recording at 30fps, LED flash, front facing camera, video-calls
  • Connectivity: Wi-Fi a/b/g/n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 2.1, standard microUSB port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack, TV-out, NFC
  • Misc: Polycarbonate unibody, built-in accelerometer, proximity sensor, uses microSIM cards
Nokia N9 tidak dipanggil smartphone jika ia tidak menyokong pelbagai aplikasi. Nokia N9 akan menggunakan OVI STORE untuk sumber aplikasinya. Nokia N9 juga telah disertakan beberapa aplikasi seperti Skype, Facebook, Twitter, Accuweather and AP Mobile. Tidak terkecuali juga permainan Angry Bird dan Nokia GPS Navigation secara percuma.
N9 telah diumumkan secara rasmi pada 21 Jun, 2011 di Nokia Connection yang berlangsung di Singapura. Di jangka akan berada dipasaran pada  bulan September 2011 dan bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan lagi tarikhnya termasuklah harganya. Keseluruhan N9 menampil pakej yang cukup menarik untuk menarik kembali penguna hp kepada jenama Nokia. Ape pendapat anda… ? 


Lagi ngamsoi kalau pakai sekali Celcom Channel X Thematic - Muzik Tanpa Had Sempadan

Sumber : SINI atau kalau korang nampak iklan Nokia N9 tergantung2 tu, boleh je klik   =)