Khamis, 18 Ogos 2011

Macam mana nak tebus pendapatan nuffnang?

Cikgu Nasir

Assalammualaikum pelajar sekalian,

Apa macam hari ni? Puasa tak? Tak puasa kau pergi masuk sekolah taska balik sebab anak saudara cikgu yang umur 5 tahun tu pun pose. Baiklah, bagi ramadon yang mulia ini, cikgu nak ajar kalian macam mana nak tebus pendapatan nuffnang. Tahu tak apa menatang nuffnang tu? Kalau tak tahu klik sini.

Baiklah, dah sedia dengan aiskrim conetto pensel dan kertas semuanya? Sila ikuti langkah berikut.


1. Buka nuffnang masing-masing. Kau nak buka nuffnang jiran kau boleh gak, asalkan tahu password. Klik pada earnings.



2. Pastu, dia akan keluar satu windows. Scroll ke bawah then pelajar sekalian kena semak detail akaun, alamat dan nama pelajar kat bawah sekali tu. Kang duit termasuk kat akaun aku, payah gak. Aku beli lamborgini sebijik.



3. Dah semak semua betul tu, pastu apa lagi. Kau laju-laju klik kat "Tebus pendapatan saya".



4. Kemudian, akan keluar mesej macam ni
Kena betul-betul maklumat tu.



5. Agak-agak dah kompiden tahap lipan tu, terus tekan ok dan windows akan automatik jadi macam ni. Baki pun dah kosong balik. Email akan dihantar setelah permohonan bayaran diproses. Pelajar perlu tunggu dalam masa sebulan (bagi ahli glitterati) dan 2 bulan (bagi bukan ahli glitterati) untuk cek sampai ke rumah. Lepas tu jangan lupa belanja cikgu aiskrim conetto magnolia. Takpun choki-choki.
Dah jadi anak dara balik...RM0.00

Pesan Cikgu Nasir : Abeslaaa.....atok nak bercoti kat Penang hujung bulan 9 ni pakai income blog tu. Melaram makan nasi kandaq lah orang tua ganyut tuuuu!

18 ulasan:

faiz berkata...

byk tu atok..200 kebih..

blog-tips-kurus berkata...

dengan eksyennya org tuo ni tunjuk $$ beliau. sila bagi $$ raya kat cucu2 le atok oitttt!!!!!!!!!!!!
:-)

EzayHadry berkata...

baru je cashout!! tapi..tapi...huhu nanti citer

~Sal Ismail~ berkata...

mintak duet raye singgit~ ;p

IMANSHAH berkata...

hamboi..

liyana berkata...

x reti main bende tu tok..hmm

sahromnasrudin berkata...

yahoo..cucu dpt duit raya dr atok...

Unknown berkata...

kayolah atok! hehehe.... sy baru puluhan ringgit... xnak cash out lg hehehe

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie berkata...

perrghhh atok kayooooo

Unknown berkata...

faiz : Shhh...mana ada la

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Mintak hampunnn...atok tak sengaja tertunjuk.

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Ha tapi naper? Cer citer...

Unknown berkata...

~SaL IjOu~ : Hihi....nanti atok masuk dalam akaun

Unknown berkata...

IMANSHAH : Ngeeee.....

Unknown berkata...

liyana : Main apa liyana?

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Eeee...x malu...huhu

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Pssttt...atok cash out sobab terdosak takdo duit p penang tu...hihihi

Unknown berkata...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie : haish...merepek je alina

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih