Selasa, 26 Julai 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Hujung minggu haritu atok cadang nak adakan sesi photoshoot ala-ala American Next Top Model untuk semuo termasuk mak ayah atok. Dah siap pinjam potrait lens kat kawan pada jumaat malamnya tu. Tapi kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan. Pagi sabtu tu atok menerima perkabaran moyang telah kembali ke rahmatullah. Segala plan awal terpaksa di tunda. 

Atok pergi dari pagi sampai ke petang. Ingatkan malamnya nak edit gambar 1st official wedding job tu, tapi dah ditakdirkan atok demam panas pulak. Mungkin siangnya berjemur di tengah-tengah kubur tengah hari tu. Apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadi. Tapi kita harus ingat, Tuhan tu sentiasa adil. Walaupun Dia tidak tunaikan hasrat kita saat itu, tapi Dia memberikan sesuatu yang lebih berharga pada diri kita selepas tu.

Buktinya, jika sebelum ini apabila tiba hujung minggu saja atok mesti sibuk shooting outdoor atau sibuk bersihkan bangsal, atau sibuk main game red alert 3 online, atau mengedit gambar, atau balas komen blog, atau tido berpelukan dengan kucim-kucim kesayangan di dalam bilik. Hanya memunculkan diri bila rasa nak u'uk, lapar, haus, dan itu sajok. Yang lainnya buat hal sendiri.

Hikmahnya bila atok demam ni, atok banyak menghabiskan masa dengan famili. Tido kat ruang tamu sebab demam. Kejap mak atok datang, tangannya rasa ke dahi samada panas ke tak. Kejap lagi ayah atok. Manja kan. Walaupun dah masuk 2* tahun. Opss. Pastu kena paksa rela makan panadol. Atok sempat gak curik-curik makan durian. Yelah walaupun demam masih menyental durian sebab dah hujung musim kan. Nanti musim dah habis, mau menangis aku nak tunggu musim durian tahun depan. Saat tu paling berharga sebenarnya. Masa bersama keluarga.

Betul lah kata orang bijak pandai. Tuhan akan turunkan hujan di saat langit cerah yang cantik, tapi untuk apa? untuk kita berpeluang melihat pelangi yang lagi indah ciptaanNya. Jadi, jangan sesekali kita menyalahkanNya walau dalam apa jua keadaan...Kerana cuma Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.....Alhamdulillah....

13 ulasan:

Unknown berkata...

Atok: hurm, suka post ni.. sbb masa sy sakit dulu pon, terus jadi rapat balik dengan family...

IMANSHAH berkata...

kalau aku ada sebelah kau buleh aku bagi kau makan ubat..hehe

EzayHadry berkata...

semoga cpt sembuh ye..betul kan..mase kita sakit famili semua tetap ada.. :)

Rtp Farra Arisha berkata...

moga atok tetap bersemangat dan mudah2an cepat sembuh yooo :)

kakzie berkata...

atok ni wpun nampk macho tapi ada taman bunga dihati jugak ya...manja gak ek ngan famili hehehehe

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Kan. Mesti ada hikmahnya...

Unknown berkata...

IMANSHAH : tak mau! tak mau! Ko kasi atok racun kan

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Betul. Rasa dihargai sangat walaupun dah besar gajah

Unknown berkata...

Rtp Farra Arisha : Mokasih Rtp Farra Arisha

Unknown berkata...

Zie : Mestilah....larekkk....

little daisy berkata...

masa daisy baca entry ni, atok dh sihat la yo. alhamdulillah... ^_^ biasa nya time sakit tu la kita baru sedar kepentingan family. appreciate them while they're still with us :)

Unknown berkata...

little daisy : Alhamdulillah. Atok da sihat dah Daisy....atok setuju tu..kadang2 time kita senang, kita selalu je lupa diorang kan

faiz berkata...

kdg2 ape yg kite harapkan tu tak tertunai..tapi mesti ade hikmah sebaliknye..

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih