Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Haritu atok ada cerita yang atok turun padang ke Pahang kan. Sebenarnya bukan sobab sesi beramas tamas dengan rakyat di saat pilihanraya semakin dekat, tapi kerana atok mengiringi bekas teman serumah atok maso belajar kat Politeknik Port Dickson dulu bertunang.
Kawan atok tu nama dia Hazree atau panggilan manjanya Chot. Gitu. Chot ni budak Serting dan bertunang dengan kawan atok jugak si Siti Habibah Maulana. Bib ni budak kelas sebelah. Kiranya masa perjalanan Chot nak ke kantin tu, terjatuh cinta pandangan pertama kot masa melintasi kelas Bib. Betol tak Chot? Alhamdulillah, perhubungan mereka masih bertahan sehingga kini.
Pasangan ni sama comel sama kecik. Kalau ibarat pinang tu, bukan setakat di belah dua tapi dibelah lapan belas ratus lah boleh dia anggap sebagai perumpamaan serasinya tu. Pagi sabtu lepas, atok ditugaskan untuk menjadi official photographer si Chot ni. Kiranya atok pun turut mengiring rombongan che kiah ke Pahang nun.
Sampai je kat Felda Lakum tu, atok nampak archa jambu t*t*k. Orang kampung atok panggil jambu t*t*k, tak tahulah kot orang kampung kau panggil Psidium guajava ke kan. Canggih orang kampung kau kan. Orang ramai dah ni, mula-mula tu atok malulah nak tangkap gambar ahli rombongan, tapi dengan kekuatan yang ada atok kuatkan semangat tangkap bulu hidung mereka. Macam-macam posisi atok sempat snap.
Alhamdulillah, sekarang ni Hazree dan Bib telah selamat bertunang. Moga kalian akan terus tabah dan bersabar sobab tempoh bertunang ni sangatlah mencabar. Ahad ni dalam segmen "Gambar Hari" atok akan publish gambar-gambar lain k.
8 ulasan:
gambar pertunangan atok bl lg nk tempek kt sini?:)
nice pic..
gmbr ptunangan atok bila plak..?
bila sy nk dpt nenek ni?ahaha
atok nnti kalo ade family nak kawin den promote atok la..
turn atokk bila pulak. hahaha :))
teacher bonda : Err....atok speechless
liyana : Errr...speechless gak...
faiz : Trimas faiz. InsyaAllah, kawan2 murah punya
Rtp Farra Arisha : Pun speechless gak... >_<
Catat Ulasan