Seperti yang dijanjikan atok nak cito sikit kronologi Peperiksaan Tahap Kecekapan siang tadi (semalam). Bagi cucu den yang tak berjanji tadi tu, atok mintak mahap sobab tak blogjalan kat blog korang. Atok punyo berukben ni buek hal lagi. Macam siput lak deh. Banyak kali lar aku bertukar menjadi swamfire tadi. (alien api ben 10). Ini pun dah lewat malam atok buat enty ni sebab line dah ok balik.
Puas atok search lokasi SK Rahang kat mano. Manolah aku tahu kat mano, rahang aku tahulah. Yang bawah tengkorak tu. So, atok open gps cap ayam then cuba try test cari SK Rahang. Tak ado jugak. Last2 atok main belok-belok je ikut suka mana nak belok. Akhirnya sampai. Seb baik minggu lepas opismate atok ada bagi hint sikit lokasi sekolah tu.
Sampai-sampai je kasi tin tin pon pon sikit kat abang guard sekolah. Dia angkat tangan. Then cari parking. Atok antara orang yang terawal sampai. Gile ko, aku tak study ape lagi ni. Sebab tulah atok beriya sampai awal dengan niat dapat ler sibak-sibak apo yang patut. Atok duduk la pose rajin mengulangkaji kat kantin sekolah.
Rindu nak makan kat kantin sekolah. Time tulah acik kantin xdo |
Akhirnya, ramai dah sampai. Kami segerombolan masuk ke dalam dewan. Mula-mula atok sesat gak dalam dewan tu. Sian kau kan tok, dewan sekangkang kera camtu pun leh sesat. Al-maklumlah spek mato atok tinggal. Then mintak tolong mawas pengawas tunjukkan lokasi pertempuran. Then jumpo. Salah bahagian daa. Duduk-duduk je atok siap snap nama atok yang tertampal kat atas meja. Jakun kan?
Acik kat sebelah aku tu dok jeling-jeling je aku snap pic ni |
Waaaa....Alhamdulillah. Bahagian A ni agak senang sikitlah. Almaklumlah dia banyak berkaitan dengan general. Atok rasa atok boleh score bahagian ni. Wah, kau mesti tersenyum-senyum kan? Jangan riso, janji tetap janji. Atok belanja eskrem pop sorang satu nanti wokeh!
Then lepas je abis bahagian A, bahagian B pulak pasni. Atok pun cubolah cari tempat strategik sikit nak mengulangkaji. Nama je nampak macam ulangkaji, tapi ntah apa yang masuk pun aku tak tahu. Asyik-asyik baca perenggan yang sama. Tak lama pastu masuk dewan balik untuk peperiksaan bahagian B. Sebelum akak pengawas bagi kertas soalan,, atok sempat lah snap gambaran dalam dewan tu. Walaupun atok tahu ada orang kat belakang tu mengumpat aku ni jakun tak pernah jumpa kamera, tapi atok tetap gigih jugak nak snap. Ini sume untuk tatapan cucu-cucu atok ni. See, betapa sayangnya atok kat kalian.
Suasana dalam dewan |
Atok yakin akan boleh buat dengan bagus seperti mana bahagian A tadi. Tak apo, berkat doa korang dan perasaan memiliki otak sehebat adik Adi Putra, atok mesti boleh buat walaupun satu hapak pun tak study . Atok letakkan kad pengenalan, slip peperiksaan dan borang kehadiran di penjuru kanan mejo. Yes! chaiyok! chaiyok!. Jika kau fikirkan boleh, kau pasti boleh melakukan!. Then kertas soalan pun diedarkan. Selepas ketua pengawas memberi arahan soalan boleh dibuka, atok lihat soalan. Atok terdiam seketika....dan............
Pengsan kat situ jugak! |
6 ulasan:
tengah exam mane bulih snap2!!
@blog-tips-kurus
demi cucu2, atok sanggup
:P
Emm...kesian junior aku nih. Tu la...lain kali berguru dulu dgn senior. Pssttt....Kenal Muhamad Fadhli Abd. Gani tak?
@Jumir
Ha kona2!. Dio batch atok. Ali budak kodah. Akak kek kementerian perumahan ko?
snap cm tu pon leh erk..haha
@suzie rahman
Haah makcik pengawas tu dah pandang2 atok pelik je...hehe
Catat Ulasan