Rabu, 3 November 2010

Contest Kad Raya dan Kenangan Silam


Jalan-jalan pastu atok terjumpa blog ni. Atok nak joint contest ASHRAFHAMASAKI. Mana tahu kali ni rejoki di pihak atok.

Kad raya? Jujurnya sekarang memang jarang nampak kad raya. Setakat nak hantar sms, mms, hantar email atau post kat wall fb untuk minta maaf tu, sudah menjadi kebiasaan kini.  Tapi menunggu kad raya dihantar oleh posmen lah yang paling dinanti-nantikan budak dulu-dulu. Mungkin budak-budak sekarang dah tak merasa apa yang kita rasa dulu.

Dulu, atok seorang budak yang agak nakal. Walaupun agak pendiam tapi
kalau ada yang calit, confirm naik minyak.  Nak-nak kalau ada kawan sekepala. Hilang sifat pendiam aku kejap.  Nak dipendekkan cerita, masa tu atok masih belajar dalam tingkatan 5. Atok amik kos science stream. Hari tu ada peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek add math. Cikgu yang mawas menjadi pengawas adalah Cikgu Anis Salwanis Hassan. Dia ajar subjek Biologi. Entah macam mana atok terkantoi sebab bawak buku cerdik tu masuk bawah meja. (telah dimaklum oleh cikgu addmath bahawa soalan 100% diambil dari buku cerdik, tu yang 90% classmate bawak buku cerdik bawah meja dengan tujuan meniru).

Sejak dari hari itu, cikgu Anis akan sentiasa perli atok. Kebetulan markah untuk subjek yang dia ajar,biologi dapat tinggi. Pastu dia kata mesti atok meniru jugak seperti mana meniru untuk subjek addmath. Sape tak naik hantu. Subjek Biologi tu memang subjek favourite atok pastu study mati-matian untuk score, then orang tuduh meniru.  Pastu dengan tak sedar dirinya atok pegi sound dia balik.

"Habih saya sorang ja ka yang meniru? Budak2 dalam kelas ni yang hampir semua bawak buku bawah meja cikgu tak nampak?!!"

Merah padam muka cikgu Anis. Menyesal sangat atok cakap camtu. Kawan-kawan sume terdiam sebab kali pertama tengok atok bertukar menjadi harimau bunian. Selalunya aku macam kayu je dalam kelas tu.

Selepas tamat tingkatan 5 masa tu  bulan puasa, atok terima satu surat. Cantik je tulisan dia tulis nama atok kat sampul tu. Bulat-bulat. Lepas je atok bukak sampul tu, nak meleleh air mata baca isi kandungannya. Kad raya itu dari Cikgu Anis!! Cikgu Anis cakap, dia minta maaf sangat-sangat sebab perli atok keterlaluan. Niatnya hanya untuk mengusik. Dia memang suka tengok muka atok merah padam. Sebab atok yang paling pendiam. Niatnya cuma nak atok jadi lebih aktif dalam kelas. Dia pun tahu budak2 ni ramai jugak yang meniru tapi sengaja aim atok sahaja sebab nak tengok reaksi atok.  Dia suka tengok atok malu2!

Terima kasih cikgu Anis untuk kad raya ni!!! Tapi..............di mana alamatnya untuk saya balas? macam mana saya nak minta maaf dan ampun pada cikgu?

Dulu saya ego. Langsung tak mintak maaf walaupun dah masuk minggu peperiksaan SPM. Pandang mata cikgu pun tidak kalau cikgu mengajar.  Maafkan anak murid mu ini Cikgu Anis Salwanis Binti Hassan.....

Itulah kad raya paling berharga untuk atok dan masih disimpan lagi sehingga kini.  Walaupun kad raya itu hanya sekeping kad yang semakin buruk, tapi dia tetap dan akan kekal baru dalam diri atok. Sekian.

2 ulasan:

cikpuanhady berkata...

aikss..bukan yang ni dah due ke atok?

Unknown berkata...

@haszuraidah ishak

haah, dah lopeh...atok excited tengok kad raye tu....sampai lupo tgk tarikh ha...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih