Saje je nak kasi gempak. Mana pulak den nak cekau tapak tangan alien tu. Ni cerita minggu lepas lagi ni. Tapi baru sekarang nak heboh kat1Malaysiasemua. Auto publish katakan. <------------------Padahal kau dah kering topik kan Suhami???
Nak dipendekkan cerita, den pergi fotostat buku lejer besar gedabak macam kepala keretapi. Saiz ukuran dia, jap jap den pergi ukur jap. 45inch x 30inch. Setakat besar gedabak tu nak angkut pergi fotostat, den tak kisah lagi. Ini nak hadap an bau semerbak eh. Mahu pengsan den tergolek jatuh kat tangga tu. Kau bayangkanlah erazaman jepun70an-80an punya lejer. Zaman mak ayah den tengah sibuk berdating tu.
Fotostat punya fotostat, sifat kebosanan melanda diri. Nak sibak sehelai demi sehelai mau patah tulang selangka aku ni. Aku pun apa lagi. Idea jahat pun muncul dalam kepala otak ni. Pandang kiri kanan lepas tu aku fotostat menatang ni nak buat koleksi. Dalam masa yang sama big boss ada kat belakang aku pulak. Dia cakap cenggini."Fotostat apa tu Suhami?"
"Er....ni nak fotostat lejer ni, terfotostat pulak benda ni,"balas aku tersengih-sengih kerang busuk.
Lepas itu, big boss pun blah. Entah apalah dia kata tentang aku pastu. Ni preview tapak tangan alien menatang itu.
Aku pun ape lagi, sebelum big boss keluar dari biliknya bawa rotan bulu ayam, baik aku cabuttttttttttttttt!
2 ulasan:
haa..xde keje ke...nasib bek kau x fotostat muka kau..
amy : hahahaha....itu dah bosan tahap A+ tu.....
Catat Ulasan