Jumaat, 8 Oktober 2010

Takziah

Dia bukannya artis popular. Dia bukannya orang kenamaan. Dia hanyalah orang biasa. Tetapi luar biasa bagi kami yang mengenalinya.  Dia adalah ibu kepada sahabat masa sekolah dulu. Ibu kepada Siti Hajar bt Kunikuiya.  Arwah telah kembali ke rahmatullah pada malam khamis lepas. Arwah sakit jantung. Sabar ek Hajar atas pemergian emak kau. Teringat lagi masa raya tahun lepas. Itulah kali pertama aku jumpa mak kau, dan itulah kali terakhir. Baik melayan tetamu.  Walaupun aku tak kenal sangat, tapi aku percaya mak kau seorang yang penyayang.

Ayahmu telah lama pergi, kini giliran ibumu pula yang menyusul. Dengar cerita jugak, kau cuma hanya ada dua adik-beradik sahaja. Kau dan abang kau.  Abang kau juga baru lepas kemalangan dan pernah lumpuh separuh badan. Mungkin semua ini ada hikmahnya. Kau sabar saja ok. 

Aku tahu kau seorang yang kuat dan ceria. Nak-nak lagi apabila melayan karenah gila teman-teman masa sekolah dulu.  Memang sempoi. Sampai sekarang pun aku berterima kasih sebab selalu berbalas email-email menarik. So, abang Joe pun ucapkan takziah untuk kau. Sebab kebanyakan sumber entry halamannya berdasarkan email menarik kau.  Sabar ye Siti Hajar binti Kunikuiya. Tuhan tu lebih menyayangi arwah.  Setiap yang bernyawa pasti akan mati kecuali Allah. Itu janjiNya.  Semoga Allah menempatkan roh arwah dikalangan mukmin yang dikasihi. InsyaAllah. 
Al-fatihah.......

2 ulasan:

AngahSayang2314 berkata...

subanallah... kadang2 dengar macam tak percaya jer kan??? baru jer jumpa si polan tue tahun lepas dah meninggal.... innalillawainnalilahirojiunnnn buat arwah.. & salam takziah

Unknown berkata...

@AngahSayang2314
Itulah ngah. Aritu sihat je. Dah ajal. Dulu lagi lak. Kawan atok meninggal sebab kemalangan lepas konvo. Pagi konvo petang tu meninggal

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih