Selasa, 19 Oktober 2010

Kau kenapa?



Kau kenapa Suhami? kenapa? kenapa?.....alahai malu nyer aku. Tadi masa break, pergi kat satu tempat ni. Saje je plan nak pergi. Nak skodeng-skodeng apa yang patut. Bekalan pun dah habis, so apa lagi, inilah peluang untuk aku menatap wajahnya....hahahahaha.........

Dup dap dup dap......alahai, kedai tu depan je. Jantung dah nyanyi lagu Amelina nih. Masuk je tak pandang kiri kanan dah. Muka rasa tebal. Pastu terus amik bekalan yang dikehendaki kat kedai tu. Pastu buat-buat round seluruh alam kedai. Jeng! skodeng jap. Yes! dapat curi-curi tengok wajahnya.

Alahai, camne nak bayaq ni. Ah! aku pedulik apa. Bayar je kat dia. Dup dap dup dap.
"Ada ******* member card tak?"
"Errr....xde!" <------stupid! kenapa kau tak cakap saya takde lah. macam mana nak aply??"

"Sumer nye rm65 hengget"
Aku pun dok keluar duit dari dompet. Bersusun duit rm5. Nah, semuanya not rm5.
"Sumer duit 5 hengget ni,"kata aku.
"Heheheehe"

Pastu tengok je dia kira-kira balik. Then dia bagi resit. That all.........ya, that all.


"Terima kasih, sila datang lagi"
Aku pun senyum kerang busuk.

Alaaaa!!!!! kau kenapa Suhami? kenapa? Sah kau ni autisme. Kau dah kopak rm65 tapi tak dapat habuk pun. Err...kecuali bekalan 2 bulan kau tu. Atleast mintak la fb dia......Kau tunggu la bulan depan baru dapat peluang camtu lagik. Bongok

2 ulasan:

Amyza_nia berkata...

esok g la beli lagi..kalau hari2 kau g kedai dia mesti dia sedar kehadiran kau..kalau sebulan sekali nanti dia luper plak...

Unknown berkata...

@Amyza_nia
Kalau hari2 pergi, kopak la duit aku mie....hehe....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih