Rabu, 22 September 2010

Tips elak kasi duit raya

Salam siaran semua. Topik yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya jiran Cik Tom punya sepupu. ANGKA sawan!!!.  Tips elak kasi duit raya.  Cuma entry ini lambat sikit di post. Walauapapun, rayo masoh ado. Open house sentiasa ter open. Budak-budak menyengih je depan mata.  Time duit tengah kering ni, tips ni kadang-kadang amat berguno jugak.
1.Korang cakaplah beg duit tinggal.
Kalau ada budak datang menyengih time hari raya ni, kau buat-buat raba poket belakang kau. Lepas tu, kau tepuk dahi dan buat aksi menyesal teramat sangat.  Kau bilang kat budak tu cenggini.
"Dik, aku punya wallet tertinggal la. Sori ek, tahun depan abang kasik kau ye. Tunguuuuu....."
"Duit raya letak kat sarung angpau ke sarung wallet abang???"
*Pitam........
Camne aku lupa bawak beg duit ni.....tertekan! tertekan nih!




2.Alih ke topik lain
Kadang-kadang ada juga anak buah kau balik beraya lambat, ye tak? Almaklumlah, minggu pertama raya balik Perlis, minggu kedua balik Johor. Nak adil laki bini punya pasal. Lepas tu, kau yang bujang ni jadi mangsa. Anak buah tersusun buat perbarisan depan kau. Kau tak nangis? So, caranya mudah. Bila diorang dah mula buat baris tu, kau cepat-cepat alih topik.
"Ucu ucu.....ucu hencem la.....ucu, nak duit raye,"anak buah meng usha.
"Eh, malam ni ucu nak pergi konsert Lady Gagap. Nak ikut tak??,"cepat2 alih topik.
"Arini kan malam jumaat.  Malam ni kitorang baca yassin kat surau"
*amacam?? kau nak lari 100 meter tak?
Apa lagi, korang cepat2 buat pengsan lepas dengar jawapan sadis itu


3.Cepat lari
Ini lagi satu tips kalau korang nak mengelak dari kasi duit raya.  Bila anak sedara pompuan korang main gintil-gintil rambut pastu pergi dekat kau. Then dia tayang gigi berlubang dia kat kau. Astaghfirullah!!....tu tandanya dia nak sesuatu dari kau la tu dalam bulan syawal ni. Duit raya!! Kau apa lagi,  cepat-cepat bagi alasan nak terberak. Cepat-cepat larikkkkkkk.  Confirm anak sedara pompuan kau tadi ilang mood. Takde duit raya pun xdelah, janji dia tak cium tangan kau semata-mata nak duit raya. Tak senonoh punya pak sedara.
Larikkkkk selamat an dirikkk

4.Paksa habiskan kuih raya.
Tips ni berguna hanya kepada sesiapa yang masih ado kuih raya. Kau paksa budak-budak tu makan kuih raya tu sampai muntah hijau. Dengan syarat! ada syarat tuh. Syaratnya kau jangan pulak hidang kuih almond london ke almond jopon ko kuih yang sedap-sedap kau sorok kat dapur cepat-cepat. Mana kuih yang tak laku tu, kau hidang. Macam kuih siput hangus ke, kuih tart tak rupa tart ke, kuih tahun lepas punya ke. Confirm bukan muntah hijau je keluar, muntah pelangi pun ado harapan nak keluar. Dan berita baiknya, xdelah duit raya yang keluar!
Kau paksa diorang makan semua ni dalam masa 2 minit!


5. Cakap takde rumah!
Ni cara paling berkesan dan kejam sekali. Bila budak-budak nak datang duit raya je, kau cepat-cepat tutup pintu. Pastu jerit kuat-kuat.
"Orang takde!!! balik kampung!".  Pastu confirm kau dengar budak tu cakap cenggini.        "Taik idung masin buatlah cara taik idung masin,"budak2 berkata beramai-ramai secara berirama.
Agak-agak bebudak ni tahu tak aku kat umah?



6. Sesi teka-meneka
Boleh kasi duit raya. Dengan syarat korang paksa budak-budak ni jawab teka-teki. Kalau budak-budak ini berjaya selesaikan teka teki itu, mereka berjaya songlap duit kalian. Tapi bagi la teka-teki yang susah-susah. And no clue at all!
suruh diorang teka gambar nih, mana satu abang, mana satu adik?



So, sebenarnya menda alah ni tak wajib pun nak kasi. Tapi sedekah yang datang dari hati yang suci.  Ada rezeki lebih kasi lebih. Tak ada rezeki,  tak payah lah nak kasi lebih2. Setakat kau nak bangga dengan pokcik mokcik sebab nanti anak diorang puji kau depan diorang sebab kau kasi duit rm10, xde gunanya juga kalau lepas tu kau makan meggi. So? kita enjoy! bersedekahlah  mengikut kemampuan kita sendiri.

3 ulasan:

rome berkata...

gempak ....tapi cian bdk2 2..bagi la sepuluh sen kalau tak der duit pun ..huhuuh

Unknown berkata...

kalau lah dh lepas ghaye, duit 10sen pun bernilai, rome...hihi

Tanpa Nama berkata...

jordan 13
moncler jackets
golden goose
off white
yeezy shoes
supreme shirt
jordan shoes
birkin bag
supreme outlet
curry shoes

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih