Memaparkan catatan dengan label Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

Keputusan Penuh Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 (PABM 2012)




TEMA PABM 2012

"Pengantarabangsaan Bahasa Melayu"
Tema ini amat bertepatan dengan matlamat dan kehendak penganjuran pertandingan ini, iaitu untuk membuktikan bahasa Melayu telah bersemarak dan diterimapakai di seluruh pelosok dunia.

Tajuk Pilihan Dalam Pertandingan:

  1. Kalau Saya Rakyat Malaysia Saya Akan......Supaya Malaysia Lebih Gah Di Mata Dunia
  2. Pengukuhan Perpaduan di Malaysia : Pandangan Saya Kalau Saya Rakyat Malaysia
  3. Peningkatan Kapasiti Ekonomi Malaysia Berasaskan Inovasi dan Kreativiti : Pandangan Saya Kalau Saya Rakyat Malaysia
  4. Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia
  5. Malaysia Dekat Di Hati
  6. Malaysia Gemilang Di Mata Dunia
  7. Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera
  8. Bahasa Dijunjung, Budaya Dijulang
  9. Belia Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara
  10. Perpaduan Teras Kemajuan


  11. OLEH: MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM)

Peserta peringkat akhir kategori Nusantara

  1. Fathiah Ibrahim dari Malaysia (juara)
  2. Dk. Mumtazah Pg Haji Md Jaafar dari Brunei Darussalam (naib juara)
  3. Wahyudi dari Indonesi (tempat ketiga)


Peserta peringkat akhir kategori Antarabangsa

  1. Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan (juara)
  2. Polina Matveycheva dari Rusia (naib juara)
  3. Elena Vorobyeva dari Latvia (tempat ketiga)
  4. Marina Makarova dari Moldova
  5. Yota Tamura dari Jepun

Jumaat, 11 Mac 2011

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 (PABM 2011)


Tanggal 12-16 Mac 2007 yang lalu, sejarah tercipta apabila Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri Kali Pertama telah dilangsungkan dengan jayanya. Pertandingan Pidato Bahasa Melayu peringkat dunia yang buat pertama diadakan itu telah mempertemukan seramai 23 orang peserta dari 23 buah negara yang mencakupi 6 buah benua. 




Kini PABM 2011 telah mengorak satu lagi langkah yang berprestij apabila berjaya mengumpul seramai 59 orang peserta yang mewakili 54 negara masing-masing di 6 benua. Tema PABM 2011 kali ini adalah ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” sesuai dengan tujuan pertandingan ini diwujudkan iaitu memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah bertindak sebagai Penaung dan telah  hadir sebagai Perasmi Malam Kemuncak pertandingan ini pada setiap tahun. Malam Kemuncak PABM disiarkan secara langsung di TV1, RTM dan melalui internet ke seluruh dunia di laman sesawang www.pabm.com.my


Juara
Amiruddin Abdul Rahman peserta dari MALAYSIA membawa piala pusingan Perdana Menteri, wang tunai USD 5000, piala iringan dan sijil

Naib Juara
Awang Haji Abdul Rasyid peserta dari BRUNEI membawa pulang wang tunai USD 3000, piala iringan dan sijil

Ketiga
Mohammad Izwan Osman  peserta dari SINGAPURA membawa pulang wang tunai USD 2000, sebuah piala iringan dan sijil


Kategori Antarabangsa
Juara
Halil Ibrahim peserta dari TURKI membawa pulang piala pusingan Piala Perdana Menteri, wang tunai USD 5000, sijil dan piala iringan


Naib Juara
Daria Kamyshnikova peserta dari RUSIA membawa pulang piala iringan, wang tunai USD 3000 dan sijil


Ketiga
Genevieve Woods peserta dari AUSTRALIA  membawa pulang piala iringan, wang tunai USD 2000 dan sijil




Sumber : www.pabm.com.my, Utusan Malaysia Online, TV1

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih