Memaparkan catatan dengan label Bersama Abang Joe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersama Abang Joe. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib

Abang Joe
Assalammualaikum,

Apa khabar adik2 semua? Sihat? Lama sudah abang Joe tak online. Bukannya apa, tuan tanah tak mau abang ke udara, tu yang abang merajuk bawak diri kejap. Oklah, tak mau merepek lagi, tanpa membuangkan masa lagi (sebab dah dekat 3 pagi), abang Joe nak persembahkan email menarik yang seterusnya untuk dikongsi dengan adik-adik. Email ini mengisahkan kebaikan dan nikmat yang diperolehi oleh seorang hamba Allah setelah memelihara emak ayah tercinta sehingga ke hujung nyawa. Selamat membaca!

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.  
 
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.  
 
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.  
 
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.  
 
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalam nya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan. 
 
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.  
 
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
 
 Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Amacam adik2?...itulah, kita dipinta untuk berbuat baik kepada mak ayah kita selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. Untung bagi mereka yang masih ada mak dan ayah. So, tunggu apa lagi, grab lah peluang yang ada. Moh kita rebut2 jaga mak ayah kita sebaik-baiknya...Bagi yang sudah tiada mak ayah atau yang masih ada mak ayah, sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka setiap hari. InsyaAllah bertambahlah rezeki kita seharian. Wasalam   =)

Rabu, 27 Julai 2011

Riak Perosak Ibadat

Abang Joe


Assalamualaikum semua adik-adik abang. Ketemu lagi kita pada hari yang mulia ini dalam segmen "email bersama abang Joe". Baiklah kali ini abang nak kongsikan dengan kalian email yang abang terima daripada www.lepak.com berkaitan dengan riak perosak ibadat.


Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah “Thoha”, di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.
Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah “Thoha” dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.

Lalu katanya, “Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun”. “Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?” Lelaki itu berkata.

“Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah ‘Arasy : ‘Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu’. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya”.

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, “Kenapakah tindakan itu dilakukan?”.

“Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu”.

Si abid terjaga dari tidurnya. “Astaghfirullaahal-’Azhim! Sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama’, serangan penyakit riya’ atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh

Pesanan abang joe : Jangan sesekali kita berasa riak walaupun sebesar zarah sekalipun. Sama-samalah kita ambil ikhtibar. Wassalam...

Rabu, 6 Julai 2011

Lelaki Kacak

Abang Joe
Assalammualaikum dan salam sejahtera adik-adik abang. Sihat tak? Macam mana dengan persediaan bulan puasa tak lama lagi ni? Dah ganti yang lobang-lobang tu? Baik ganti cepat sebelum terlewat. Baiklah, untuk segmen Bersama Abang Joe kali ini abang nak kongsikan dengan kalian email yang abang terima dari sahabat abang "sayang sokmo"  pada Friday, July 1, 2011 10:56 AM

So, mari kita ambil ikhtibar atas kejadian ini. Zasss!


 Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi. Indahnya  =)


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

So, macam mana adik-adik? Banyak manfaat yang kita perolehi dengan membaca Al-Quran kan. Kalau boleh, kita baca dan fahami apa isi kandungan Al-Quran itu seterusnya amalkan dalam kehidupan seharian. Moga kita mendapat syafaat bersama. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri abang Joe sendiri. wassalam..

Selasa, 14 Jun 2011

Pesan Pak Cik Berjanggut Putih

Abang Joe
Assalammualaikum adik-adik,
Tanpa membuangkan masa, abang akan kongsikan email yang abang Joe terima dari "I-noR"  pada Tuesday, February 22, 2011 8:05 AM yang lalu. Selamat membaca

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 


Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. 


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 


Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. 


Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . 


Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. 


Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik... 


Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. 


Mana yang baik datangnya dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu datangnya dari diri abang sendiri. wasalam

Selasa, 24 Mei 2011

Hikmah dan Kelebihan Berdiam Diri

Abang Joe


Assalammualikum dan salam sejahtera adik-adik sekalian. Hari ini Abang Joe nak kongsikan dengan adik-adik hikmah dan kelebihan berdiam diri. Kadang-kadang ada masanya kita perlu bercakap untuk menegakkan kebenaran atau memberi pendapat. Namun ada juga masanya kita perlu berdiam saja. Kerana diam itu lebih baik dari bercakap dengan melanggar tembok. Ok, email kali ini datangnya dari "I-noR"


Sebelum Abang Joe kongsikan artikel berkenaan dengan Hikmah dan Kelebihan Berdiam Diri, mari kita baca “Kisah 2 ekor burung” ini dulu.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza sikapnya. Yang satu suka menyanyi dan yang satunya lagi hanya DIAM saja. Pada satu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua tersebut. Lelaki tersebut berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini…?
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1,000.
Pembeli: Aikkkk…?? Kenapa yang suka menyanyi itu lebih murah dari yang diam??
Penjual: “Diam-diam ubi itu berisi” Ada faham? Believe it or not, burung yang berharga RM1,000 itu ialah pencipta lagu yang dinyanyikan oleh yang RM500 itu.

Apakah pengajaran kita boleh dapat daripada cerita ini??
Ingat yer, jangan anggap orang yang DIAM itu bodoh atau tidak berguna!

Artikel mengenai ‘Hikmah dan Kelebihan Berdiam Diri’ seperti di bawah ini wajar difahami dan diamalkan oleh kita semua.



  • HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.



  • Kelebihan berdiam diri ;
1.        Ia menjadi ibadah yang mendapat pahala tanpa susah payah. 

2.        Ia umpama perhiasan tanpa berhias. 
3.        Ia umpama kehebatan tanpa kerajaan. 
4.        Ia umpama benteng tanpa pagar. 
5.        Ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang. 
6.        Ia membolehkan istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7.        Ia menutupi segala aib.


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau DIAM”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa DIAM maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.
Sumber : Hassan Adlio

Mulai sekarang, Abang Joe berazam dan bertekad untuk mengurangkan cakap. Abang Joe hanya akan cakap perkara-perkara yang perlu saja. Selebihnya, akan diam. Adik-adik bagaimana? 


Khamis, 21 April 2011

Manfaat Selawat

Abang Joe



Assalammualaikum adik-adik sekalian. Lama sudah kita tidak bersua muka dalam segmen "Bersama Abang Joe" kan. Apa khabar? Baiklah, tanpa membazirkan masa, abang nak kongsikan dengan adik-adik satu email yang abang terima dari "Azman Yusop" pada Wednesday, March 16, 2011 2:10 PM yang lalu.

Dalam email ni, ada dikongsikan tentang kebaikan berselawat. Meh sama-sama kita amalkan. 

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.




3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.




4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.




5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.




6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.




7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.




8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.




9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.




10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.




11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.




12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.




13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.




14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.




15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.




16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.




17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.




18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.




19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.




20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.




21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.




22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.




23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.




24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas

rahmatnya.



25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.




26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.




27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.




28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.




29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.




30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani



Khamis, 31 Mac 2011

Kubur: Alam Kekal Abadi

Abang Joe
Assalammualaikum dan salam sejahtera adik-adik abang sekalian alam buana. Apa khabar kalian? Harap-harap diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba ni ya! Baiklah di dalam segmen "Email bersama Abang Joe" minggu ni abang Joe nak kongsi dengan adik-adik tentang email yang abang terima dari sahabat handai abang, "Azman Yusop" on Tuesday, March 22, 2011 2:16 PM

Kisah Kubur : Alam kekal abadi. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati kecuali Allah S.W.T. 
Sama-sama kita hayatinya k!




Tanah Perkuburan Islam

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."
Rasulullah s.a.w.dalam sebuah hadisnya yang lain bermaksud, "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bila mana sesorang itu telah selamat dalam tahap pertama ini, maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi. Namun jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya akan lebih dasyat lagi." Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan; 
  1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
  2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.
  3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.
  4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.
  5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.
  6. Kamu mengumpul harta haram di atas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.
  7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu hina di dalam perutku.
  8. Kamu berjalan megah dan suka ria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.
  9. Kamu berjalan dengan cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk gelap di dalam perutku.
  10. Kamu berjalan ramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud, "Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka? Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga? Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah? Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan? Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya. 
Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan. Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu, sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya."

Sistem liang lahad
Liang lahad
Begitulah dalil yang Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia. Sama seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia, begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.
 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."


Selasa, 8 Mac 2011

Solat atau Sembahyang?

Abang Joe
Assalammualaikum adik-adik. Apa khabar? Sihat? Lama kita tak berjumpa kan. Takpalah, kali ni turn Abang Joe pulak. Tanpa membazirkan masa, Abang Joe nak berkongsi dengan adik-adik tentang email yang Abang Joe terima dari Hajar KK pada 16.8.2010 yang lalu. Tajuk yang abang ingin kongsikan kali ini ialah perbezaan antara Solat dan Sembahyang




WALLAHU'ALAM...
sama-sama kita perbetulkan yang salah kepada yang benar ...




Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." 

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." 

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." 

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya 

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. 

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin! Y
ang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari Abang Joe sendiri. Sama-sama kita berkongsi ilmu k.
 

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih