Khamis, 12 Oktober 2017

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1)

Hai! Hai! Hai!

Ya Ampunnnnnnnn.....lama bangat sih aku tidak ke udara! Maafin gue!

Kata nak rebranding blog, tapi sampai sekarang kejung ye!👀 Ok guys, for the first entry for a longgggggggg 'holiday', im start with new chapter. Here we go. Tempat Menarik di Jogjakarta (Bahagian 1)macam Upin & Upin punya opening sangat.

Sebagai makluman kalian, kami seramai 11 orang telah ke Jogjakarta, Indonesia pada 20 - 24 September yang lalu. Kami menaiki pesawat Air Asia yang sepatutnya berlepas jam  6.30 pagi tapi di tunda ke jam 8.55 ye - Ok, kat situ dah bazir masa 2 jam dan kami terpaksa keluarkan itinerary plan B. Kita mesti sedia untuk sebarang kemungkinan kerana apa yang berlaku on paper biasanya tidak akan seperti dirancang.

Nak diikutkan juga, kami berlepas dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta. Kemudian pulang dari Semarang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Jogjakarta ke Semarang tu melalui jalan darat (akan diceritakan dalam bahagian lain) Sebab apa? Dasar penjimatan dik. Kebetulan di Malaysia & Indonesia kan cuti umum sempena Awal Muharram (Tahun Baru Islam). Tiket KUL-JOG-KUL sudah mencecah RM500 lebih termasuk luggage dan juga makanan. - ok that one i was learn to try not travel within peak session because the air ticket for sure melambung.


Baju oren tu I (gemok sudah aku), duduk tu Odie, sandar di pokok Ayie (blogger Seremban), belakang Odie tu Muhaimin, Zaki dan Raouf. Ok berbaju merah belakang pokok tu blogger terkenal ye, Faizal Fredley, sebelahnya my travelmate Kak Fiza dan juga di belakang tudung biru Zira. Berseluar pendek tu Ben dan jacket merah tu Ikhwan. Zaki, Zira dan Ben tu kawan sekelas i masa sekolah dulu, dan boleh lah dikatakan mini reunion untuk team bujang. Yeayyy!


Selepas semua kesebelas pewira berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2, kami terus check in bag dan melalui proses imigresen dan sebagainya. Kami berlepas tepat jam 8.55 pagi. Wow hebat Air Asia. Time is gold ye. Kaki ni dah terkuis-kuis tak sabar jejak bumi Jogjakarta - bumi yang selalu dilihat keindahannya di sesawang facebook saja.

Ok, cerita sikit pasal Jogjakarta.


  1. Kota Jogja pernah menjadi ibu kota Indonesia sebelum dipindahkan semula ke Jakarta. Antara awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1949 ibu kota Indonesia dipindah ke Yogyakarta kemudian dipindah kembali ke Jakarta.
  2. Kota Jogja memiliki nama lain terbanyak. Nama-nama itu adalah Jogja , Yogya, Jogjakarta, Yogyakarta, Djogja, Ngayogyakarta, Ngayogyakarta Hadiningrat, Yoja/Yojo.
  3. Banyak tokoh–tokoh besar Indonesia lahir di kota ini, Jogja. Beberapa tokoh yang lahir di Yogyakarta: Presiden Soeharto, Presiden Megawati, Mantan Ketua MPR Amien Rais, Hidayat N Wahid, Wapres Boediono, Anies Baswedan.                                                                  
sumber rujukan di sini
Nampak tak tu? Itulah Gunung Merapi. Nak dapat view ni pilih seat kiri (Seat A). Akan kelihatan sekitar 30 minit sebelum mendarat.



Ok, bila nak jejaknya ke Jogjakarta ni. Huhu. Ok, dah jejak!. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto pada jam 10.30 pagi selepas berada di awangan selama 2 jam setengah. Sebagai makluman kalian juga, waktu di Jogjakarta adalah awal satu jam di Malaysia ya. Bermaksud kalau di  Malaysia pada masa itu adalah 11.30 pagi. So, kami dah habis masa setengah hari ni. Maka kami cepat-cepat ambil beg, cop passport dan cari Ilham. Mujur Ilham terus terpacak di pintu ketibaan.

Kami dijemput oleh Ilham dan Bang Heri yang menaiki Toyota Hiace. Sungguh selesa dan luas - cuma 30 minit yang pertama tu masak jugak dek pendingin hawa yang lambat menyejuk. Berair juga atas bawah.

Oraits, lokasi pertama yang kami singgah di mana? Tunggu bahagian kedua ya!  😂😂😂


Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1)
Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

1 ulasan:

fariza azmi berkata...

Thanks for this write up....otak tgh kja keras planning nk p jogja ka Bandung...better jogja kot...view bnyak yg best....sy khusyuk baca ni....thanks again

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih