Isnin, 25 Jun 2012

Petua Menguruskan Berat Badan Tanpa Ubat-Ubatan

kak milah





Hai uols....

Berjumpa lagi dalam siaran petua Kak Milah. Sebenarnya kakak dah kering idea nak kasi petua kat uols apa lagi. Semua petua dari dalam sampai ke luar akak dah kongsi. Cuma kali ini, memandangkan hakak dah semakin gebu, akak nak share dengan uols menguruskan berat badan. Sebelum ni akak pernah berkongsi dengan uols petua tersebut kan. Tapi kali ni istimewa sedikit pasal akak akan tambah perkataan "tanpa ubat-ubatan" kat belakang tu. Ok let start bebeh.

1. Minum 8 gelas air kosong setiap hari. Kalau uols nak tahu, air kosong sebenarnya mengurangkan selera makan kita dan dapat membantu proses metabolisme bagi menyingkir lemak dalam tubuh. Akak pun suka minum air. Tapi akak rasa, lagi banyak akak minum air lagi gemok air akak rasa. Apataknya air koka kola aku teguk. Camno tak gemuk. Uols kena banyakkan minum air suam sebelum makan. Dan selepas setengah jam selepas makan.

2.  Jangan biarkan perut kosong atau lapar. Sebab apa hakak katakan seperti itew. Sebabnya, jika kita tiada tenaga yang sepatutnya diperolehi daripada badan, nanti tubuh kita akan membakar (muscle) otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme akan rendah. Kalau dah rendah, nanti kalau uols ngap roti sekeping je terus cepat menggemok. So cara paling afdal, uols letakkan stok makanan di depan mata. Kalau rasa lapar cepat ngap. Tapi jangan pulak ko melantak dengan buas. Alas perut sudeh.

3. Ambil sarapan pagi. Satu kajian telah dijalankan, gemuk juga disebabkan seseorang itu  tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi tu boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. Uols pernah dengar tak pepatah ada menyebut, "makanlah kamu seperti raja pada waktu pagi, seperti rakyat biasa pada waktu tengah hari, dan seperti pengemis pada waktu malam"...so uols nampak point kat situ kan  :)

4. Kunyah makanan kepada cebisan kecil dan perlahan-lahan. Nabi kita pun mengamalkan makan dengan perlahan dan tidak gelojoh. Ada sebabnya kenapa Nabi kita makan cenggitu. Kalau kita makan perlahan-lahan, nanti tubuh akan terus menghantar isyarat ke otak menunjukkan kepuasan. So, nanti kita akan terus berhenti makan serta-merta.  Lagi satu kunyah 44 kali walaupun kadang-kadang masuk kunyahan ke 8 nasi dah lumat. Ada hikmahnya tu. Makanan akan senang di hadam.

5. Yang terakhir sekali, akak nak kongsikan dengan uols. Makanlah secara sederhana. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sekian, 
Wabillahi taufiq walhidayah assalammualaikum warah matullahi wabarokatuh....



18 ulasan:

inazamri berkata...

baik kak milah.macam tau2 je kak milah ni,yg hari ni saya tengah dok diet nak turun berat kilo2 ni heheh

Hanie Dew berkata...

patutla kak milah selim macam miss universe..aku tak pernah miss brekafast.tgh hari makan lauk jep. dinner sebelum pukul 8, kadang telajak,minum air kosong sampai kembung perut..muahahahha..

Aziela berkata...

Akak pelik la...Kak Milah hari nie sangat berhemah...

LadyBird berkata...

salam atok.. bgs tul petua ni atuk.. eh.. kak milah.. hehehe.. yg paling lady suka part ni

"Ambil sarapan pagi. Satu kajian telah dijalankan, gemuk juga disebabkan seseorang itu tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi tu boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. Uols pernah dengar tak pepatah ada menyebut, "makanlah kamu seperti raja pada waktu pagi, seperti rakyat biasa pada waktu tengah hari, dan seperti pengemis pada waktu malam"...so uols nampak point kat situ kan :)"

Unknown berkata...

hye hakak milah. Tq for tips (sambil mengunyah hayam)

dya nasir berkata...

paTUT lah akak slim je kan.. dya nk try lah tips ni..

mrs. hairum berkata...

haha.. 2 deh bilo molah bokato2.. kihkih ;p

Saya Noury berkata...

hye atuk..betul petua atok ni 100% sya percaya..dari pakai benda ntah aapa merepek...semua nak cepat last2 sakit sendiri..
lagi satu atok,sya nampak atok letak pautan blog nama NONOR, tp actually blog tu nonor dah tak guna lagi tau? just for ur info jek..TQ...;D

Unknown berkata...

tQ kak milah..tp bab minum air tu kan..chii slalu je ter skip..ada plak tu..lupa nak minum..eeheh

Unknown berkata...

inazamri : Sama la dengan hakak...hihi

Unknown berkata...

Hanie Dew : Gitu kekdahnya. Harus menyeksa diri uols. Kembung katanya

Unknown berkata...

Aziela : Hihi...sebab hakak makan pati ayam mas...*tiber

Unknown berkata...

LadyBird : Salam Ecah...hihi, itu kak milah ada terbaca kat majalah mana ntah

Unknown berkata...

Ali Kanchan aka Pirate : Haiyoooo.....carut hakak

Unknown berkata...

dyabunga : Harus try uolss

Unknown berkata...

Saya Noury : Nanti atok betulkan balik k...err hakak...

Unknown berkata...

chii : Lepas ni jangan lupa2 tau :P

Unknown berkata...

mrs. hairum : Melatop tak uollz

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih