Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja

Assalammualaikum dan peace yo!


Pojam celik pojam celik pojam selama-lamanya...eh! celik balik!....dah 3 tahun lebey atok berkecimpung di alam pekerjaan. *nampak sangat dah tuo benor haku kan....Tapi jiwa tatap muda. Tipsnya?? Sentiasa tersenyum dan amalkan makan potai dan jering setiap hari. Itulah rahsia keremajaanku. *mamposss. Ok lah, cer teka hari ini berapa hari bulan? Kalau tak tau, terjun lombong sekarang....

Hari ini tanggal 1 Mei 2012 bersamaan dengan Hari Pekerja. Dan hari ini jugak cuti am. Kalau yang bekojo tu, mungkin boss kasi double atau triple gaji lah kan. Huntung tak huntung kito yang bekojo nih. So, cubo Ecah bayangkan, ada hari khas untuk kita yang bergelar pekerja ni siap dengan kasi cuti lagi. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan kito pada masyarakat dan negara kan.

So, lepas nih....Manekan yang kaki ponteng tu pukul 8 pagi punch card pastu losap masuk semulo pukul 4.59 petang, silalah berubah. Gaji yang kito kasi anak bini makan tu berkat ke?? Manekan yang baru kena gigit nyamuk malam tadi, esoknya amik MC silalah insaf. Manekan yang rajin datang kojo, tapi datang-datang bukan buek kojo tapi mengumpat orang tu, silalah berhijrah ke arah kebaikan. Teguran untuk Ecah dan untuk atok jugak.

So, tak mau bebel panjang-panjang. So, nikmatilah hari ini dengan sebaiknya bersama keluarga atau teman seperjuangan. Tanamkan pada diri tu, rajin-rajin berusaha untuk terus mencapai kejayaan dalam apa jua lapangan pekerjaan. Percayalah, setiap pekerjaan itu walau sedikit cuma bayarannya, memberikan manfaat yang sangat besar pada semua manusia amnya. Orang yang bergaji ciput tapi niatnya ikhlas kerana Lillahi Taala, ganjarannya lebih besar di akhirat sana nanti, insyaAllah. Selamat Hari Pekerja!

p/s : cer teka berapa banyak perkataan 'so' keluar arini?

18 ulasan:

Mr.She berkata...

slmt hari pekerja atok. hewhew

inazamri berkata...

mcm nak bermalas malasan je hari ni..opss akak lum sidai kain lagi la...cuaca panas ni cepat la kering baju2.selamat bercuti

Ca Ezah berkata...

wajah baru lagi blog atok nie.. ^^

selamat hari pekerja atok...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie berkata...

SO apo yo aktiviti atok hari ni?? heheheh

Tanpa Nama berkata...

waalaikumussalam n peaco yo tok.! haha..

tgk r betapa pekerja dihargai tp pekerja pemls ish3.

betul3.walau gaji sikit tapi InsyaAllah berkat klo niat ikhls n kerja un x curi tulng.cukup utk hidup n mati dunia akhirat.hehehe...^^!

:Umang aii..atok mkn joring ngn potai.perghh bauny~ pngsn!!

Woofer Storm berkata...

tiada istilah cuti bgi kami,time cuti mcm ni pun kena keja juga.ehee

#slmt pagi bro^^

Tanpa Nama berkata...

seronok berehat2 di rumah semalam sambil makan kek kukus cokelat hihihi

little daisy berkata...

'so' ader lima atok! dapat present ker klau teka nih? hehe

dya nasir berkata...

4 kan??hihi..

Unknown berkata...

Mr.She : Selamat ari pekerja Mr.She

Unknown berkata...

inazamri : Opss...ha sidai kak...nanti kena marah macam ain...angkat kain jemuran...*eh??

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Haruss la baru uols. Nanti cucu larek. Eh?

Unknown berkata...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie : Aktiviti atok arini tido sepanjang ari...eh

Unknown berkata...

Novelgurl : Kocik macam mano pun gaji kito tu, insyaAllah kalu ikhlas buek kojo mesti cukup

p/s : peberet fud atok hokey....erk

Unknown berkata...

Woofer Storm : Alaa..cian cu den sorang ni...xpo2, kojo dengan ikhlas ek...kek luar nun ramai lagi dok tanam anggur...

p/s : samat pagi cu ;)

Unknown berkata...

umie mia : Aiyooo...ummi buek atok jeles nih...huhu

Unknown berkata...

little daisy : Dapek dopolosen...nah...

Unknown berkata...

dyabunga : Upsss...hik hik

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih