Isnin, 7 Mei 2012

Pengenalan kepada Komposisi DSLR (framming)



Suhami Ahmad


Hi guys. Bulan ni Am nak share dengan u guys tentang komposisi DSLR. Komposisi merupakan salah satu elemen penting dalam senifoto yang akan memberikan kesan pada hasil gambar korang nanti. Jika ingin menceritakan tentang ketinggian, kamera perlu ditegakkan (vertical). Jika ingin menceritakan tentang keluasan, kamera perlu dilintangkan (horizontal). Bagaimana komposisi gambar yang akan korang ambil tu menentukan jalan cerita sesebuah gambar.

Istilah dikalangan jurufoto, vertical tu adalah potret manakala horizontal itu adalah landskap. Macam mana kita nak tentukan gambar itu perlu diambil secara potrait mahupun landskap? Kita ambil contoh di bawah.

Ini Am pinjam dari google. Ke buat ghete. Ok fine, buat ghete jap. Kalau gambar perseorangan macam budak omey2 ni, korang digalakkan supaya untuk framming kan gambar secara menegak. Supaya mata hanya tertumpu pada subjek itu saja dan kiri kanan tak kelihatan kosong. Namun, tak semestinya setiap gambar orang perlu di tangkap menegak, ada juga kes perlu ditangkap secara landskap. Iaitu ketika subjek adalah ramai, seperti sebuah keluarga yang besar. Gambar nampak lebih luas dan mata tertumpu pada semua orang. Kalau korang guna framming menegak, kompem gambar Pak Uteh ngan Mak Endut nampak sebelah je.



Kebiasaannya juga, kalau nak shoot gambar pemandangan, framming yang sesuai adalah landskap bagi menggambarkan kesemua objek di dalam gambar tersebut. Contohnya gambar pantai ni.
Kalau kita shoot secara menegak, mustahil kita akan dapat gambaran tentang keindahan ombak yang menghempas pantai. So tak dapat nak feeling ombak rindu sangat. Mungkin pandangan kita tersekat di situ saja. Ada juga tips yang lain di mana untuk menjadikan background kelihatan lebih luas, subjek perlulah diletakkan di sebelah kiri atau kanan seperti di bawah. Namanya third of rule photography.

Nampak tak? Gambar tersebut di tangkap secara landskap dan gambarannya lebih luas kerana subjek di letakkan di tepi kiri atau kanan. So, kalau kita letak subjek di tengah-tengah, pemandangan yang luas akan kelihatan sempit. Dan subjek tengah-tengah tu kelihatan menonjol macam kat bawah ni. Sama juga dengan subjek yang chubby perlulah diperbanyakkan shoot secara menegak, dan subjek yang kurus digalakkan shoot secara mendatar.


So, semua komposisi itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak gambarkan sesuatu benda tu. Samada hanya tumpukan pada subjek tersebut, nak semua kelihatan jelas, nak kelihatan lebih luas atau nak kelihatan sempit, gemok, kurus, petak, lebar, itu terpulang pada cara kita mengendalikan komposisi sesebuah gambar.

Ok, itu saja tips dari Am. Semoga kita berjumpa di lain masa. K Bye!

7 ulasan:

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie berkata...

likeeeee ;p

Munn Jaafar berkata...

am?

eh salah masuk blog ke? hehehe

little daisy berkata...

good tips! ^_^ boleh improve cara amik gambar lepas ni..

Unknown berkata...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie : Atok pun like...hik hik

Unknown berkata...

Munnafendy : Haish belog samo..tu cucu atok tu

Unknown berkata...

little daisy : Hihi atok pun suka berkongsi ilmu dengan cucu2 atok...

Cik Yuyu berkata...

Atok prasan x kte add atok pnye akaun pesbukkk..kih2.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih