Khamis, 3 Mei 2012

Bayangan aneh di perhimpunan Bersih 3.0???

Assalammualaikum dan peace yo!


Bayangan aneh di perhimpunan Bersih 3.0?...............Haaaa.....Apa perkara pertama yang Ecah bayangkan?...Musti bayangkan kuntilanak kan? Tak pun bayangkan power rangers kuning tu...Ataupun kete polis diterbalikkan??......Salah! Suma salah!

Nampak tak, tajuk sangat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca. *mamposs aku jap g, sebenarnya mana ada bayangan aneh....Ok entry kali ini atok cubo sedayo upaya bersifat natural dan tidak berpihak mana-mana. Sebab atok percayo, ado antara kito ni yang sokong pihak satu tu, ada jugak yang sokong pihak yang lain. So, untuk berlaku adil, atok tak mau berat sebelah dan menuding jari sapa yang bersalah. Sobab atok pun kompius mano satu yang salah!

Sebenarnya atok dah naik menyampah dengan segelintir dari page-page, atau orang persendirian yang sengaja memanjangkan berita yang kita sendiri tak tahu sohih ko tidak dalam pesbok tu. Termasuk media massa, media cetak segala. Kita salahkan pihak ni sekian-sekian. Pihak yang tu pulak salahkan pihak yang ini sekian-sekian. Kita cakap pihak tu berdosa lah, itulah, ajaran sesatlah, rasuah lah, cincin berlian lah, main belakang lah, tuntutan PRU bersihlah, jalandah....eh!. Walhal kita tahu tak doso yang kito tanggung menyebarkan fitnah yang kita sendiri tak tahu sahih ke tidak??..berbakul-bakul kita dapat free je dosa....fitnah tu lagi teruk dari membunuh!

Cukup-cukuplah menyampaikan berita palsu atau tidak tepat tu. Ingat, orang yang bersalah tidak akan selamanya berada di atas. Dan orang yang berada di bawah tu jugak tak semestinya betul! Kalau masing-masing bertindak berpaksikan nafsu serakah untuk memegang kuasa, macam inilah jadinya. Pihak luar sana ketawa berdekah-dekah melihat kita bertelingkah. Terguling-guling sakan menyaksikan kita berpecah-belah. Apa salahnya jika kita bersatu, menuju ke arah satu tujuan yang betul. Barulah hidup saling dihormati. Perbanyakkan doa semoga jalan yang benar akan kelihatan satu hari nanti....bukannya dengan saling maki-memaki. Hmmm......


p/s : kecewa dengan orang yang menyebarkan berita palsu. tak kira mana pihak sekalipun. ingatlah manusia, kita ni hidup tak lama.


16 ulasan:

inazamri berkata...

yg pasti akak kecewa dgn pic newspaper smlm dan berita tv.Tak kira la si pelaku tu dari parti mana sekalipun tp aib tu tak yah la nk ditayang kat media smpai gitu sekali.Lucah!Ingat yg baca paper or tgk tv org dewasa je ke!Fikirlah kesannya pada budak2 yg tengok.Jika kita tutup aib org..nescaya Allah akan tutup aib kita di akhirat kelak

Cik Rimau berkata...

hehehe.. bagus tok.. :p
cik rimau pon xmau nak sebelah mane2 pihak..
tp asenye la kan klu org2 kite nie bersatu lg bagus..
nape nak berpecah.. yg byk berpecahnye org melayu gak..
org lain pakat gelak je kat kite..
huhu.. bile nak bersatu nie.. :p

Aziela berkata...

Good point. Bersatu! Tapi nak bersatu di pihak yang mana? Secara theori dari aspek political science, penting ada parti pembangkang. Ianya untuk mengelakkan monopoli dan salah guna kuasa dari parti pemerintah, waima di mana2 negara sekali pun. Tapi untuk memilih yang mana betul dan mana salah amatlah payah, sebab dah sah2 semua2nya salah..hahahahha. Kalau bijak, kenalah listkan yang mana paling sedikit dan ringan salahnya...

Owhh, akak tak dapat memilih sebab tak tahu hal sebenar.

mekjangok berkata...

no komen tok...paper pon tak bace...benda2 nie den x layan..lagi layan lagi den penin, bak kata atok la..x tahu mana salah mana betol..sori semua..

Diyana berkata...

padat mesej yg disampaikan...hurmmm no komen yg pasti acik x goma masyarakat kito yg makin pocah boleh...

UniMeOw berkata...

sokong sini ke,,sokong sana ke,,yg penting kita sume hamba Allah..
nt kat padang Mahsyar,,xde sape pon tye kita sokong blah mana..

jgn fanatik sangat la aih...:p

Tanpa Nama berkata...

pada ummie memang kecewa dengan dua2 pihak.. sebenarnya semua sama je.. saling tunding menunding.. sini bukak aib sana..sana bukak aib sini... adik beradik pun boleh bertelingkah hanya kerana politik.. tak minat sangat politik sebab kerana politik laki bini bercerai, adik beradik putus sedara dan umat islam berpecah belah.. bila dah aman bergaduh2.. cuba tengok negara yang berperang.. kesian budak2 dan wanita2 lemah mati gitu je.. takut... sayangilah dan hargailah negara kita dan ingatlah pejuang2 yang terkorban untuk keamanan sekarang.. janganlah kita cipta semula huru hara..

dya nasir berkata...

no komen lah atuk..huhu

Unknown berkata...

inazamri : Kot ye pun atok rasa tak patut kot aibkan orang. 1 malaysia tau tu

Unknown berkata...

Cik Rimau : Bilo masing2 dah gilo kuasa. cmnilah jadiknya

Unknown berkata...

Aziela : Bagus tu memang bagus kak...tp kalau dengan cara yang betul xda salahnya...ini sebaliknya..kita kat tengah2 ni dok pening

Unknown berkata...

mekjangok : Kan, atok sendiri tak tahu nak nilai camno

Unknown berkata...

Diyana : Boleh pun bolehlaa...

Unknown berkata...

UniMeOw : Yeszaaa...itu sepatutnya kan

Unknown berkata...

umie mia : Atok setuju ngan ummie

Unknown berkata...

dyabunga: Amboih...retisss

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih